Penantian hampir satu dekad hampir berakhir apabila permohonan pembinaan padang SK Kuala Tahan telah diluluskan dan kerja tanah bermula pada 03 November 2009. Pembinaan padang ini mengakhiri penantian warga SK Kuala Tahan selama hampir 10 tahun ketiadaan padang untuk aktiviti sukan dan permainan. Walaupun semasa ketiadaan padang , namun warga SK Kuala Tahan tetap menghantar pasukan bola sepak dan bola jaring bertanding pada peringkat zon dan daerah.Padang sekolah yang asal telah dibina 2 bangunan tambahan dan makmal komputer.


Foto terbaharu..14 Nov 2009
Foto terbaharu..14 Nov 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan