Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Isnin, 21 Mac 2011

JADUAL LATIHAN RUMAH SUKAN 2011

Mulai hari ini , semua pelajar SK Kuala Tahan akan memulakan latihan sukan tahunan. Latihan sukan adak diadakan di Padang FELCRA Tembeling Tengah , Kuala Tahan. Latihan akan bermula pada pukul 4.30 hingga 6.30 petang.

Bagi pelajar Asrama Desa , Guru rumah sukan hendaklah memastikan pelajar menjalani latihan di Padang FELCRA. Pengangkutan pelajar hendaklah diuruskan oleh Guru rumah sukan. Di samping itu , keselamatan pelajar perlulah diutamakan . Kehadiran pelajar perlu direkodkan sebelum sebarang aktiviti sukan dijalankan.

Jadual Latihan Rumah Sukan.

Masa : 4.30 - 6.30 petang
Tempat : Padang FELCRA Tembeling Tengah , Kuala Tahan

21.03.2011 - Isnin - Hijau dan Kuning
22.03.2011 - Selasa - Merah dan Biru
23.03.2011 - Rabu - Hijau dan Kuning
24.03.2011 - Khamis - Merah dan Biru

Foto Latihan Rumah Sukan

Khamis, 10 Mac 2011

PERSIAPAN PADANG

Tarikh : 10 March 2011
Hari : Khamis
Masa : 3.00 - 6.00 petang
Tempat : Padang FELCRA Tembeling Tengah

Kejohanan Sukan Tahunan SK Kuala Tahan akan diadakan pada 03 April 2011. Kejohanan sukan ini buat kali ke tiga diadakan luar dari kawasan sekolah. Keadaan ini adalah kerana keadaan padang SK Kuala Tahan tidak begitu sempurna dan tidak menepati spesifikasi padang. Walaupun kedudukan padang 4 km dari sekolah , namun bukan menjadi penghalang menganjurkan kejohanan sukan.

Keadaan cuaca yang tidak menentu menghalang kelancaran proses menyudahkan padang. Hujan turun hampir dua hari berturut-turut menyebabkan melambatkan proses tersebut , namun padang dapat juga disudahkan dalam cuti sekolah. Terima kasih kepada pihak yang terlibat terutama staf sokongan sekolah.

Foto Persiapan Padang

Isnin, 7 Mac 2011

MAJLIS TADARUS AL QURAN - ZON TEMBELING 2011


Ucapan Perasmian Penutup oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Jerantut

Tarikh : 07 Feb 2011

Hari : Isnin
Masa : 8.00 - 1.00 petang
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

SK Kuala Tahan sekali lagi menjadi tuan rumah kepada Program Tadarus Al Quran bagi Zon Tembeling. Pertandingan kali ini diadakan untuk memilih wakil zon Tembeling ke pertandingan peringkat Daerah Jerantut. Tema pada kali ini " Al Quran Teras Kesejahteraan Ummah Gemilang "

Pertandingan pada kali ini disertai SK Kuala Tahan , SK Merting , SK Chebong , SK Pasir Durian , SK Kuala Tembeling , SK Pagi , SK Kuala Sat dan SK Ulu Tembeling. Ini melibatkan seramai 52 orang peserta iaitu 27 perempuan dan 25 lelaki.

Pertandingan ini dibahagikan kepada Tilawah , hafazan , bercerita dan Jawi. Pertandingan Tilawah diadakan di Dewan Gemilang , Bercerita di Pusat Sumber , Hafazan di Bilik Muzik dan Jawi di kelas tahun 5 dan 6.

Majlis Tadarus Al Quran Peringkat Zon Tembeling sesi 1432H / 2011 mendapat sambutan yang menggalakan di kalangan sekolah-sekolah Lembah Tembeling. Walaupun terpaksa menaiki bot dan bermalam di Asrama Desa , SK Kuala Tahan namun itu tidak sekali melunturkan semangat anak-anak Lembah Tembeling untuk menunjukkan komitmen mereka dalam pertandingan ini.

KEPUTUSAN PENUH

TILAWAH
Lelaki - Mohd Firdaus b Lembayung - SK Kuala Tembeling
Perempuan - Syaima Barakah bt Sohit - SK Kuala Tembeling

BERCERITA
Lelaki - Wan Mohd Haziq Irsyad b Wan Nazri - SK Chebong
Perempuan - Nur Amisha Shahima bt Rozaini - SK Kuala Tahan

HAFAZAN
Lelaki - Mohd Asmain b Asri Ibrahim - SK Kuala Tembeling
Perempuan - Nur Batrisyia Balqis bt Maslukang - SK Kuala Tembeling

JAWI
Lelaki - Muhammad Ameen Aiman b Saluji - SK Kuala Tahan
Perempuan - Siti Raudhah bt Rozali - SK Kuala Tahan

JOHAN KESELURUHAN PERTANDINGAN : SK KUALA TAHAN

FOTO TILAWAH ZON TEMBELING

JADUAL PEPERIKSAAN - PKSR 01 - 2011

Jadual Waktu Peperiksaan PKSR 02
Tarikh : 08 - 10 March 2011

Jumaat, 4 Mac 2011

KEJOHANAN FUTSAL ANTARA RUMAH SUKAN


Juara - Rumah Hijau

Naib Johan - Rumah Biru Tempat Ketiga Rumah Merah

Tarikh : 01 - 03 March 2011
Hari : Selasa - Khamis
Masa : 5.00 - 6.30 petang
Tempat : Dataran Keras Asrama Desa , SK Kuala Tahan

Unit Kokurikulum SK Kuala Tahan telah berjaya menganjurkan kejohanan Futsal antara rumah-rumah sukan. Kejohanan ini diadakan selama 3 hari ( waktu petang ). Matlamat kejohanan ini adalah memberikan pendedahan kepada pelajar di samping langkah awal untuk mengesan bakat terpendam di kalangan pelajar.

Kejohanan ini melibatkan empat buah rumah sukan iaitu Hijau , Biru , Merah dan Kuning. Setiap rumah sukan menghantar dua buah pasukan. Penglibatan pelajar dalam pasukan ditentukan oleh guru rumah sukan. Kejohanan ini melibatkan pelajar tahun 3 hingga pelajar tahun 6.

Kejohanan ini mendapat sambutan yang menggalakan di kalangan pelajar dan juga ibu bapa. Walaupun kekurangan kemudahan fizikal , namun kekurangan tersebut tidak menjadi halangan kepada para pelajar.

Keputusan kejohanan tersebut :-
Johan - Pasukan Hijau
Naib Johan - Pasukan Biru
Tempat ketiga - Pasukan Merah

Rabu, 2 Mac 2011

PERTANDINGAN MEWARNA - PPDA

Tarikh : 02 Mac 2011
Hari : Rabu
Masa : 3.00 - 5.00 petang
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Unit PPDA SK Kuala Tahan telah menganjurkan pertandingan mewarna dan melukis sempena Minggu pencegahan dadah peringkat sekolah. Pertandingan ini dibahagiakan kepada dua tahap iaitu pelajar tahap 1 dan tahap 2. Semua pelajar mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Selasa, 1 Mac 2011

KEJOHANAN BOLA JARING - ZON TEMBELING


Pasukan Bola Jaring bersama Jurulatih
Tarikh : 01 Mac 2011
Hari : Selasa
Masa : 8.00 - 12.00 tengah hari
Tempat : SK Merting , Jerantut , Pahang.

SK Kuala Tahan telah menghantar satu pasukan Bola Jaring menyertai kejohanan MSS Zon Tembeling yang diadakan di SK Merting. Sebanyak enam buah sekolah telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Antaranya SK Kuala Tembeling , SK Pasir Durian , SK Chebong , SK Merting , SK Kuala Tahan , dan SK Pagi . Kejohanan ini berlangsung selama satu hari.

Pasukan SK Kuala Tahan telah mencapai kemenangan bertemu SK Chebong 8 berbalas 3 manakala SK Merting 11 berbalas 2. Secara keseluruhan pasukan SK Kuala Tahan menduduki tempat ketiga.

Pasukan SK Kuala Tahan telah dilatih oleh Cikgu Norhaizan bt Zulkifli dan dibantu oleh Pn Wan Rozlina bt Wan Ismail, PPM Asrama Desa. Walaupun cuma sempat mengadakan latihan selama seminggu , namun kejayaan menduduki tempat ketiga agak memberangsangkkan. Tahniah kepada pasukan Bola Jaring SK Kuala Tahan.
Blog Widget by LinkWithin