Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Selasa, 20 November 2012

MESYUARAT PERWARIS 2013

Mesyuarat PEWARIS 2013

TARIKH  :  20 NOV 2012
MASA  :  9.00 - 12.00 TENGAH HARI
HARI  :  RABU
TEMPAT  :  BILIK GERAKAN , SK KUALA TAHAN

Mesyuarat Agung PERWARIS prasekolah bagi sesi 2012 telah berlangung dengan kehadiran ibu bapa penjaga di SK Kuala Tahan.

     AJK PERWARIS 2013
Penasihat  :  En Nor Azmuddin b Sulaiman
Pengerusi  :  En Mohd Khaidzir b Abdullah
Naib Pengerusi  :  En Abu Jamil b Mohamad
Setiausaha  :  Pn Fadilah
Naib Setiausaha  :  Pn Rohana bt Abdul Hamid
Bendahari  :

AJK
1. En Mohamad Rafifie
2. Pn Rokiah
3. Pn Wan Zulina
4. En Ami Suhaizam
5. En Herman b Fakaruddin
6. EN Mohd Khaiduriza b Abd Satar
7. En Kamaruddin b Abu Bakar
8. Pn Maimoon
9. En Asri b Mohamad
10. En Zaharuddin

Isnin, 29 Oktober 2012

HARI USAHAWAN MUDA

Gerai Ikan Hiasan
Gerai Cendol dan air jambu
Proton turut membuka gerai pameran
YDP PIBG bersama GPK 1
TARIKH. :  23 OKT 2012
HARI. :  SELASA
MASA. :  10.15 PAGI
TEMPAT. :  DATARAN PAKIR, SK KUALA TAHAN
PERASMI. :  EN ABDULLAH B HJ MANAN , YDP PIBG.

Panitia Kemahiran Hidup , SK Kuala Tahan telah berjaya menganjurkan Hari Usahawan Muda buat kali kedua tahun 2012. Matlamat utama adalah untuk memberikan pengalaman dan situasi sebenar bidang perniagaan.
     Seramai 43 buah gerai dicatatkan membuat jualan. Pelbagai jenis barangan diurusniaga termasuklah makanan , minuman , alat tulis , sayuran segar , ikan salam , ikan hiasan dan juga madu lebah Ulu Tembeling.
     Majlis perasmian disempurnakan oleh En Abdullah b HJ Manan , YDP PIBG , SK Kuala Tahan.Selepas majlis perasmian , aktiviti berjual beli dimulakan. Gerai menjual makanan dan minuman mendapat sambutan hangat daripada pengunjung. Aktiviti berjual beli ditamatkan pada pukul 12.00 tengah hari.

Sabtu, 20 Oktober 2012

LAWATAN KE PULAU PINANG

Melalui Jambatan Pulau Pinang
Mengintai Georgetown
Terima kasih TLDM

Sempat ke pasar jeruk
Kea Farm , Cameron Highland

TARIKH. :  12 - 14 OKT 2012
HARI. :  JUMAAT - AHAD
TEMPAT. :  PULAU PINANG
PESERTA. :  80 ORANG

Kelab Rekreasi dan Perlancongan SK Kuala Tahan sekali lagi berjaya menganjurkan Lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang. Lawatan pada kali ini melibatkan pelajar asrama dan pelajar sekolah dengan menggunakan dua buah bas.
     Tujuan lawatan ini adalah sebagai pembuka minda dan julung kali sk. Kuala Tahan menganjurkan lawatan ke Pulau Pinang. Sejumlah 62 oranh murid tahap 2 terlibat.
     Perjalanan dari SK Kuala Tahan bermula pada jam 10.00 pagi dan singgah di beberapa tempat antaranya Hutan Lipur Lentang , Hentian Rawang dan Hentian Sungai Perak. Kami tiba di Pengkalan TUDM Butterworth jam 8.30 malam. Peserta lawatan menginap selama dua malam di sini.
     Lawatan pada hari kedua ke Bukit Bendera. Kami menghabiskan masa hampir 3 jam di sini. Banyak pengalaman menarik disdapati di sini. Pada sebelah petang lawatan tertumpu ke Butterfly farm dan Taman Negara Pulau Pinang. Pada sebelah malam dihabiskan di Batu Feringgi melawat uptown. Lawatan ditamatkan padan jam 11.59 malam.
     Hari terakhir di Pulau Pinang , kami bergerak awal balik dan mengikuti jalan Simpang Pulai. Kami sempat singgah di Cameron Highland dan membeli buah tangan dari tanah tinggi tersebut.
     Peserta tiba di Sk Kuala Tahan pada jam 12.15 pagi isnin. Sesungguhnya lawatan ini banyak membuka minda para pelajar.

Selasa, 25 September 2012

PERSIAPAN PADANG - SUKAN 2012

TARIKH  : 25 SEPT 2012
HARI  : ISNIN
MASA : 5.00 PETANG
TEMPAT : PADANG FELCRA TEMBELING TENGAH

 sedang membuat pancang
Kerjasama antara budya kerja warga skkt

Selasa, 24 Julai 2012

TADARUS AL QURAN 1433H

TARIKH   :  24 JULAI 2012
HARI        :  SELASA-KHAMIS
MASA      :  7.30 - 8.15 PAGI
TEMPAT   :  DEWAN GEMILANG

panitia Pendidikan Islam SK Kuala Tahan telah menganjurkan aktiviti sempena bulan Ramadhan al Mubarak. Program yang telah dirancang melibatkan semua warga SK Kuala Tahan. Program Tadarus Al Quran dilaksanakan pada hari selasa , rabu dan khamis. Program bermula pada pukul 7,30 pagi dan berakhir pada pukul 8.15 pagi.
     Pada setiap pagi seorang pelajar dipilih untuk membacakan hadith nabi dengan pengawasan ustaz. Hadith yang dipilih berkaitan dengan ibadat puasa. Selepas itu , bacaan Al Quran beramai-ramai dimulakan dan dipimpim oleh Ustaz Zaharuddin b Abdul Rahman dan Ustaz nasaruddin b Ismail.

FOTO  AKTIVITI  TADARUS  AL  QURAN
 Penggunaan teknologi untuk memudahkan majlis
 Guru dan pelajar sama-sama menjayakan program

Jumaat, 20 Julai 2012

PELANCARAN PROGRAM IHYA RAMADHAN 1433

TARIKH   :  19 JULAI 2012 @ 29 SYAABAN 1433H
HARI        :  KHAMIS
MASA      :  11.00 - 1.15 PETANG
TEMPAT   :  DEWAN GEMILANG , SK KUALA TAHAN

Panitia Pendidikan Islam telah melancarkan Program Ihya Ramadhan sempena kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak.Majis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Al Fadhil Ustaz NorÁzamuddin b Sulaiman , Guru Besar SK Kuala Tahan. Beliau sempat mengingatkan para pelajar tentang kepentingan ibadat puasa kepada pelajar-pelajar.
     Dalam masa yang sama , Ustaz Nasaruddin b Ismail , Ketua Panitia Pendidikan Islam telah memberikan taklimat lanjut mengenai program yang akan dijalankan sepanjang bulan ramadhan nanti. Antara program yang telah diaturkan termasuklah :-
     1.  Tadarus Al Quran
     2.  Bacaan hadis oleh pelajar yang terpilih
     3.  Kalam jamaie
     4.  Majlis khatam Al Quran.
   
     Setiap program yang dicadangkan akan diketuai oleh seorang ketua. Masa program berlangsung dari jam 7.30 hingga 8.30 pagi. Program akan diadakan pada hari selasa , rabu dan khamis.Dalam masa yang sama , Tuan Guru Besar juga telah melancarkan Tabung Idil Fitri 1433 . Tabung ini menerima sumbangan daripada sesiapa sahaja. Program ini telah dimulakan pada tahun 2007 yang lalu.
     Semoga usaha yang dilakukan akan mendapat keberkatan dan keredhaanNya.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak dan Selamat Berpuasa.

FOTO PELANCARAN IHYA RAMADHAN
Ustaz NorÁzmuddin Sulaiman merasmikan pelancaran Ihya Ramadhan
 Ustaz Nasaruddin KP PAI memyampaikan taklimat
     Simbolik Pelancaran Tabung Hari Raya 1433H

Selasa, 17 Julai 2012

KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG

TARIKH   :   17 JULAI 2012
HARI        :  SELASA
MASA      :  7.30 - 10.15 PAGI
TEMPAT   :  DEWAN GEMILANG , SK KUALA TAHAN

Hari ini bertempat di Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan satu majlis pelancaran Kempen Kibarkan Jalur Gemilang telah diadakan sempena Bulan Kemerdekaan. Kempan ini akan berlangsung mulai 17 Julai hingga 16 september 2012. Matlamat kempen ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada para pelajar akan sejarah kemerdekaan negara Malaysia tercinta.
Majlis ini dimulakan dengan nyanyian lagu sekolah , lagu negeri dan Negaraku. Kemudian diikuti dengan bacaan doa oleh al fadhil Ustaz Nasaruddin b Ismail. Para hadirin juga diperdengarkan perutusan yang dibacakan oleh Cikgu Adzahar b Mokhtar , GPK HEM.
     Kemuncak acara adalah penyerahan jalur gemilang kepada wakil pelajar sebagai simbolik kempen. Para pelajar digalakkan mengebarkan jalur gemilang dalam kelas masing-masing.Persembahan pelajar mengisi salah satu slot seperti deklamasi sajak dan nyanyian lagu warisan.
     Kesempatan ini juga digunakan untuk program mewarna jalur gemilang untuk pelajar SK Kuala Tahan. semua pelajar terlibat dari pelajar prasekolah hinggalah pelajar tahun 6. Majlis berakhir pada jam 10.15 pagi setelah acara mewarna tamat.

FOTO KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG
En Adzahar b Mokhtar , GPK HEM
Penyerahan Jalur Gemilang kepada wakil pelajar
Pertandingan Mewarna Jalur Gemilang
Suasana semasa perlancaran program 

Jumaat, 13 Julai 2012

SOLAT HAJAT PERDANA - UPSR

TARIKH   :  12 JULAI 2012
HARI        :  KHAMIS
MASA      :  7.00 - 10.00 MALAM
TEMPAT   :  DEWAN GEMILANG , SK KUALA TAHAN
KEHADIRAN  :  WARGA SKKT DAN PENJAGA TAHUN 6

Program Solat Hajat Perdana telah berjaya dilaksanakan dengan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan penjaga pelajar tahun 6. Program yang julung kali diadakan pada tahun ini dan akan diadakan bagi fasa 2 pada bulan september nanti.
     Program ini melibatkan seluruh warga SK Kuala Tahan , pelajar tahun serta inu bapa dan penjaga. Majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Al Fadhil Ustaz Nasaruddin b Ismail. Sesudah solah berjemaah solat hajat diadakan memohon kejayaan anak-anak dalam peperiksaan UPSR nanti.
     Bacaan yasin menyusul selepas solat hajat. Pada majlis ini juga , Ustaz Nor'Azmuddin b Sulaiman , Guru Besar SK Kuala Tahan turut serta. Solat isyak berjemaah diimamkan oleh Al Fadhil Ustaz Zaharuddin b Abdul Rahman. Sesudah solat semua tetamu yang hadir dijemput menjamu selera.
     Ibu bapa dan penjaga bersama-sama membawa makanan dari rumah. Rezeki pada malam itu amat banyak dengan pelbagai juadah. Ini adalah budaya di SK Kuala Tahan yang masih diamalkan hingga kini.Majlis tamat kira-kira jam 10 malam dengan satu azam ingin mencapai kejayaan cemerlang dunia dan akhirat.
        Ya Allah , perkenanlah permintaan kami ini , hanya Engkaulah tempat kami memohon pertolongan. Amin
FOTO SEKITAR SOLAT HAJAT
 Tetamu menjamu selera selepas solat

Rabu, 11 Julai 2012

PANCING AMAL WARGA SKKT

TARIKH     :  10 JULAI 2012
HARI          :  SELASA
MASA        :  4.00-6.30 PETANG
TEMPAT     :  KOLAM PANCING MHS ,KUALA TAHAN
KEHADIRAN  :  WARGA SK KUALA TAHAN

Sekali lagi warga SK Kuala Tahan telah mengadakan aktiviti memancing. Kali pertama dahulu pertandingan memancing sempena Hari Guru , kini pancing amal sempena solat Hajat UPSR. Objektif utama pancingan hari ini adalah untuk mendapatkan dan dikumpulkan sebagai lauk yang akan disediakan bagi Majlis Solat Hajat Perdana UPSR yang akan berlangsung pada 12 Julai nanti.
     Program ini telah menarik hampir 95 % warga SK Kuala Tahan ,manakala warga yang tidak hadir adalah atas alasan sakit dan perkara yang tidak dapat dielakkan. Walaupun , ada sebahagian pemancing baru pertama kali memancing , namun tidak menghalang dali memberikan sumbangan kepada program ini.
     Pancingan pada kali mencapai objektif di mana lebih daripada 30 kilogram ikan patin telah dipancing. Ikan yang didapati akan disalai oleh warga SK Kuala Tahan. Jumlah ikan yang banyak dan besar menceriakan peserta pada hari ini.
     Walaupun pancing amal , namun hadiah juga disediakan untuk peserta yang mendapat ikan terbesar. Cikgu Firdaus dan Ayah Chu saadun ( pengawal keselamatan ) berkongsi hadiah dengan tangkapan seberat 1.65 kilogram. Ikan terbanyak dimenangi oleh Cikgu Azman dengan tangkapan sebanyak 8 ekor.
     Program tamat pada jam 6.30 petang setelah tambahan 30 minit oleh tuan punya kolam pancing. Terima kasih kepada Pak Njang Yaacob. Semoga usaha murni ini mendapat keredaanNya.

FOTO PANCING
Ayah Chu Saadun - Juara
 Antara ikan yang berjaya dipancing dan aksi melayan ikan patin
Wajah ceria antara warga SK Kuala Tahan

Selasa, 10 Julai 2012

1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

TARIKH     :  10 JULAI 2012
HARI          :  SELASA
MASA        :  7.30 - 10.15 PAGI
TEMPAT     :  DEWAN GEMILANG , SK KUALA TAHAN

Program 1murid 1sukan telah dilaksanakan dengan jayanya oleh warga SK Kuala Tahan. Program ini diadakan serentak di seluruh Malaysia bagi menyahut seruan Menteri Pelajaran Malaysia. Program ini melibatkan seramai 315 orang pelajar bermula dari kelas prasekolah hinggalah pelajar tahun 6. Kakitangan sokongan serta pekerja pembersihan swasta dan pengawal keselamatan turut serta. YDP PIBG dan ajk turut serta memberikan sokongan kepada program tersebut.
     Program ini bermula seawal 6.45 pagi dengan kedatangan pelajar dan kehadiran telah direkodkan. Setelah selesai , majlis bermula dengan nyanyian lagu negeri dan lagu kebangsaan. Sebagai gimik pelancaran , En Abdullah b Manan , YDP PIBG SK Kuala Tahan telah memecahkan belon dan menyerahkan salinan CD bagi memulakan acara.
     Acara senamrobik telah bermula pada jam 8.15 pagi . Pasukan tarian yang dilatih oleh Cikgu Nor Idayu Idrus telah memimpin tarian 1murid 1sukan. wajah-wajah ceria warga SKKT menceriakankan lagi aktiviti pagi ini. Acara senamrobik diselang dengan tarian poco-poco. Tarian tamat pada jam 9.45 pagi. 
     Keseluruhan program berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

FOTO 1MURID 1SUKAN
 Memanaskan badan
 
 Barisan penari.1M1S ....Bersemangat..

Isnin, 9 Julai 2012

LAWATAN INTERNATIONAL SCHOOL - ALICE SMITH

TARIKH     :  05 JULAI 2012
HARI          :  KHAMIS
MASA        :  3.00 - 5.00 PETANG
TEMPAT     :  DEWAN GEMILANG , SK KUALA TAHAN

SK Kuala Tahan sekali lagi menerima lawatan daripada International School Alice Smith , Kuala Lumpur. Lawatan ini diketuai oleh Pengetua sekolah tersebut. Seramai 85 orang pelajar yang berunur antara 12-13 tahun terlibat dalam lawatan tersebut. Pelajar tersebut terdiri daripada pelbagai negara seperti Switzerland , Perancis , Kanada , UK , Bangladesh , India , Ecuador , Taiwan dan sebagainya. Mereka ini terdiri daripada anak-anak diplomat dan petugas yang berkhidmat di Kuala Lumpur.
     Tujuan lawatan ini adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang kebudayaan yang diamalkan dalam kalangan masyarakat melayu. Kedatangan mereka disambut dengan paluan kompang dan ditaburkan bunga rampai. Seterusnya mereka telah disajikan dengan persembahan silat dan adat persandingan masyarakat melayu. Mereka telah bersama merasa bagaimana majlis menitis inai.
     Pada sesi yang lain , mereka telah didedahkan kepada pengalaman permainan tradisional seperti sepak raga bulat , batu seremban , congkak , galah panjang dan ketinting. Pengalaman ini telah memberikan pendedahan yang baharu kepada mereka.
     Mereka juga membalas dengan sketsa yang berkisarkan kehidupan sehari-hari mereka di sekolah bermula dari bunyi loceng sehinggalah tamat waktu belajar pada waktu petang. 
     Program yang demikian aamat memberikan manfaat kepada pelajar di SK Kuala Tahan. Mereka dapat mengetahui dan bergaul bersama-sama dengan pelajar yang datang dari pelbagai negara. Majlis tamat pada jam 5 petang. Pelajar International School juga telah menyampaikan sumbangan berbentuk buku  kepada pelajar SK Kuala Tahan.

FOTO  SEKITAR AKTIVITI



Ahad, 8 Julai 2012

USTAZ NOR' AZMUDDIN B SULAIMAN

 Ustaz Nor `Azmuddin b Sulaiman
Guru Besar

Penantian lebih daripada tiga bulan akhirnya terjawab apabila Ustaz Nor A'zmuddin b Sulaiman , Penyelia Kanan Unit Agama Islam , Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut telah dilantik secara rasminya sebagai 
Guru Besar , SK Kuala Tahan menggantikan Cikgu Zainol b Shahbuddin yang bertukar ke SK Damak Jerantut.
     Ustaz Nor A'zmuddin merupakan anak jati Jerantut. Beliau dilahirkan di Kampung Tebing Tinggi , Jerantut , Pahang. Setelah menamatkan kursus perguruan , beliau telah menabur bakti di negeri Bawah Bayu selama 7 tahun. Pelbagai pengalaman dikutip dan dibawa balik untuk dijadikan pelgalaman yang berguna dalam bidang pendidikan.
     Sebelum bertugas sebagai Penyelia Kanan di PPD Jerantut , beliau terlebih dahulu bertugas di PPD Kuala Lipis dan menjawat jawatan yang sama. Dalam bidang pentadbiran , beliau telah menjawat jawatan sebagai GPK Pentadbiran di SK Batu Balai , Jerantut selama lebih daripada 8 tahun.
     Misi beliau di SK Kuala Tahan adalah untuk meningkatkan pencapaian dalam bidang kurikulum selaras dengan saranan melahirkan pelajar yang cemerlang alam bidang akademik , kokurikulum mahupun sahsiah diri.

                  SELAMAT BERTUGAS KEPADA USTAZ NOR' AZMUDDIN.

Rabu, 22 Februari 2012

LADAP - PENGKALAN DATA MURID

TARIKH  : 22 FEB 2012
HARI  :  RABU
MASA  :  10.15 PAGI
TEMPAT  :  MAKMAL KOMPUTER , SK KUALA TAHAN

Latihan dalam Perkhidmatan bagi guru kelas telah diadakan di makmal komputer SK Kuala Tahan. LADAP ini disertai oleh 14 orang guru kelas prasekolah hingga tahun 6.

akan diupdate kemudian...

Isnin, 13 Februari 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H

TARIKH  :  11 FEB 2012
HARI  : SABTU
MASA  :  8.00 - 12.00 TENGAH HARI
TEMPAT  :  SK KUALA TAHAN

FOTO SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Selasa, 31 Januari 2012

GOTONG ROYONG PIBG

TARIKH  :  26 JANUARI 2012
HARI  :  KHAMIS
MASA  :  8.00-11.00 PAGI
TEMPAT  :  SK KUALA TAHAN


Program Gotong Royong PIBG merupakan program yang menjadi rutin PIBG SK Kuala Tahan. Pada tahun ini PIBG menganjurkan gotong royong bagi memangkas dahan pokok yang terdapat di atas kelas prasekolah. Keadaan dahan pokok jati tersebut boleh merbahayakan keselamatan pelajar dan guru.

Program ini diadakan seawal jam 9.00 pagi. Kehadiran ibu bapa dan penjaga amat menggalakan walaupun suasana masih dalam keadaan cuti perayaan. Para penjaga dibahagikan kepada beberapa kumpulan kerja seperti membersih dan menebas kawasan rumah guru , memesin rumput dan kawasan utama memotong dahan pokok jati.

Sepanjang gotong royong tersebut , pelbagai gelagat dan karenah penjaga dan ibu bapa telah memeriahkan suasana. Yang berat sama dipikul , yang ringan sama dijinjing. Gotong royong pada hari ini telah mencapai objektif yang telah ditetapkan. Dahan-dahan yang berbahaya , telah dapat dibuang.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 26

TARIKH  :  19 JAN 2012
HARI  :  KHAMIS
MASA  :  2.30 PETANG
TEMPAT  :  DEWAN GEMILANG , SK KUALA TAHAN


Persatuan Ibu Bapa Dan Guru ( PIBG ) SK Kuala Tahan telah mengadakan mesyuarat Agung PIBG kali ke 26 pada 19 Januari yang lalu. Mesyuarat ini diadakan bagi meluluskan usul kutipan dana pendidikan PIBG bagi sesi persekolahan 2012.

Mesyuarat PIBG telah dirasmikan oleh En Abdullah b Hj Manan , YDP PIBG SK Kuala Tahan. Dalam ucapan aluannya , YDP PIBG mengharapkan ibu bapa memainkan peranan dalam membantu kemajuan pendidikan anak-anak .

Mesyuarat pada kali ini mendapat sambutan yang menggalakan . Kehadiran ibu bapa dan penjaga lebih daripada 2/3. . Dalam mesyuarat ini juga , keputusan sebulat suara dicapai dalam menantukan jumlah kutipan sumbangan kepada PIBG.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Selasa, 17 Januari 2012

MAJLIS PERPISAHAN - CIK AZLINA BT ABD LATEH

TARIKH  :  13 JAN 2012
HARI  :  JUMAAT
MASA  :  11.00 PAGI
TEMPAT  :  DEWAN GEMILANG , SK KUALA TAHAN

Awal tahun , warga SK Kuala Tahan dikejutkan dengan pertukaran seorang guru Pendidikan Islam , Cik Azlina bt Abdul Lateh ke SK Merting. Cik Azlina mula berkhidmat di SK Kuala Tahan mulai 2011. Beliau merupakan guru yag mengajar Bahasa Arab dari tahun 1-6.

Walaupun baru berkhidmat  berkhidmat di SK Kuala Tahan , namun kehilangannya amat dirasakan oleh seluruh warga SK Kuala Tahan. Semasa di SK Kuala Tahan , beliau banyak diberikan peranan sebagai pengacara majlis. Walaupun baru setahun jagung , namun pengalaman dalam mengendali majlis amat baik.

Khamis, 12 Januari 2012

PERJUMPAAN PENJAGA TAHUN 6 2012

TARIKH : 11 JANUARI 2012
HARI : RABU
MASA : 3.00 - 5.00 PETANG
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER


Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR 2012 telah mengadakan perjumpaan bersama pelajar , Guru , Ibu Bapa dan Penjaga tahun 6. Program ini bertujuan untuk memberikan penerangan dan memaklumkan aktiviti yang telah dirancangkan sepanjang tahun 2012 bagi pelajar tahun 6.
Perjumpaan pada kali ini merupakan perjumpaan pertama dan hampir semua penjaga hadir.


Majlis pada petang ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Cikgu Azman Abdullah Hashim , GPK 1 dan diikuti dengan penerangan oleh Cikgu Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan. Guru besar menyatakan objektif perjumpaan pada petang ini.


Pada majlis yang sama , semua guru mata pelajaran membentangkan nilai mula ( TOV ) yang telah diperoleh dari peperiksaan akhir tahun. Walaupun pada keseluruhan , keputusan agak rengah namun semua yang hadir optimis akan berlaku peningkatan kepada keputusan peperiksaan nanti.


Ibu bapa dan penjaga juga berkesempatan mengutarakan sokongan kepada usaha yang telah dilakukan oleh pihak sekolah . Malah , segala program akan disokong demi kebaikan anak-anak pelajar. Majlis berakhir dalam suasana yang amat harmoni dan masing-masing menaruh harapan tinggi kepada anak-anak didik untuk mencipta kecemerlangan pada tahun ini.
Blog Widget by LinkWithin