Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Hari Usahawan Muda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Usahawan Muda. Papar semua catatan

Isnin, 29 Oktober 2012

HARI USAHAWAN MUDA

Gerai Ikan Hiasan
Gerai Cendol dan air jambu
Proton turut membuka gerai pameran
YDP PIBG bersama GPK 1
TARIKH. :  23 OKT 2012
HARI. :  SELASA
MASA. :  10.15 PAGI
TEMPAT. :  DATARAN PAKIR, SK KUALA TAHAN
PERASMI. :  EN ABDULLAH B HJ MANAN , YDP PIBG.

Panitia Kemahiran Hidup , SK Kuala Tahan telah berjaya menganjurkan Hari Usahawan Muda buat kali kedua tahun 2012. Matlamat utama adalah untuk memberikan pengalaman dan situasi sebenar bidang perniagaan.
     Seramai 43 buah gerai dicatatkan membuat jualan. Pelbagai jenis barangan diurusniaga termasuklah makanan , minuman , alat tulis , sayuran segar , ikan salam , ikan hiasan dan juga madu lebah Ulu Tembeling.
     Majlis perasmian disempurnakan oleh En Abdullah b HJ Manan , YDP PIBG , SK Kuala Tahan.Selepas majlis perasmian , aktiviti berjual beli dimulakan. Gerai menjual makanan dan minuman mendapat sambutan hangat daripada pengunjung. Aktiviti berjual beli ditamatkan pada pukul 12.00 tengah hari.

Jumaat, 29 Oktober 2010

HARI USAHAWAN

Tarikh : 29 Oktober 2010
Hari : Jumaat
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Perkarangan , SK Kuala Tahan

Unit Kokurikulum SK Kuala Tahan telah menganjurkan Hari Usahawan Muda kali kedua bagi tahun 2010. Program ini dilaksanakan pada 29 oktober 2010 bertempat di perkarangan SKKT.
Menurut En Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan ,objektif utama penganjuran Hari Usahawan Muda adalah untuk mendedahkan para pelajar mengenai aktiviti perniagaan di samping pelajar dapat menggunakan kemahiran yang telah mereka pelajari di dalam kelas.
Aktiviti ini melibatkan semua pelajar SKKT. Walaupun demikian , cuma 32 buah gerai sahaja disediakan kepada pelajar. Penyertaan terhad kepada siapa yang mendaftar dahulu. Antara gerai yang beroperasi pada hari tersebut termasuklah gerai makanan dan minuman , alat tulis , sayur-sayuran , perhiasan dan ikan hidup.
Sambutan dari pelajar dan ibu bapa amat menggalakkan. Ibu bapa turut hadir memberikan sokongan kepada anak-anak mereka. Ibu bapa hanya memerhatikan anak-anak mereka melakukan aktiviti jual beli. Mereka tidak dibenarkan membantu anak-anak mereka.
Pada hari itu juga , diadakan peraduan teka berat labu , teka berat Guru Besar dan 3 orang GPK serta teka batang mancis. Peraduan ini menyediakan hadiah berupa hamper yang disumbangkan oleh masyarakat setempat. Peraduan ini juga mendapat sambutan yang amat baik.
Program ini berakhir kira-kira pukul 11.30 pagi , di mana hampir semua barang jualan telah habis dijual. Barang-barang jualan yang terakhir telah dilelong dengan harga yang amat berpatutan. Menurut seorang penjaga yang ditemui , program ini amat baik dan sepatutnya pihak sekolah membuka penyertaan kepada ibu bapa pula.

Foto Sekitar Hari Usahawan Muda

Klik gambar kecil untuk lihat gambar seterusnya...

Isnin, 8 Mac 2010

Hari Usahawan Muda

Tarikh :  05 March 2010
Hari  :  Jumaat
Masa  :  10.30 - 12.10 tengah hari
Tempat  :  Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Unit Kurikulum SK Kuala Tahan telah menganjurkan Hari Usahawan Muda bagi kali pertama sesi 2010. Objektif utama diadakan Hari Usahawan Muda adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai kaedah perniagaan dan mengaplikasi pembelajaran yang telah dipelajari di dalam kelas. Melalui usaha ini pelajar dapat merancang bagaimana hendak menjalankan perniagaan dan membuat perkiraan untung rugi.
Sebanyak 30 gerai jualan telah beroperasi pada hari tersebut. Gerai jualan termasuklah gerai makanan , sayuran , ikan , alat tulis , aksesori pelajar , minuman dan makanan yang dibungkus.
Majlis perasmian gerai jualan disempurnakan oleh Cikgu Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan. dalam ucapan perasmian , beliau mengingatkan pelajar belajar cara berniaga dengan cara mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari di dalam kelas. Guru Besar sempat membeli belah di gerai jualan lauk-lauk kampung seperti gulai rom ikan lawang , ikan salai dan sebagainya.
Sambutan daripada masyarakat sekitar amat menggalakkan. Ibu bapa turut serta membantu menyediakan barang jualan dan membeli belah barang jualan murid-murid. Program ini akan diadakan lagi memandangkan sambutan yang menggalakan. Majlis berakhir jam 11.30 pagi. Guru-guru dan murid-murid bergotong royong membersihkan gerai jualan .
Blog Widget by LinkWithin