Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Jumaat, 29 Oktober 2010

HARI USAHAWAN

Tarikh : 29 Oktober 2010
Hari : Jumaat
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Perkarangan , SK Kuala Tahan

Unit Kokurikulum SK Kuala Tahan telah menganjurkan Hari Usahawan Muda kali kedua bagi tahun 2010. Program ini dilaksanakan pada 29 oktober 2010 bertempat di perkarangan SKKT.
Menurut En Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan ,objektif utama penganjuran Hari Usahawan Muda adalah untuk mendedahkan para pelajar mengenai aktiviti perniagaan di samping pelajar dapat menggunakan kemahiran yang telah mereka pelajari di dalam kelas.
Aktiviti ini melibatkan semua pelajar SKKT. Walaupun demikian , cuma 32 buah gerai sahaja disediakan kepada pelajar. Penyertaan terhad kepada siapa yang mendaftar dahulu. Antara gerai yang beroperasi pada hari tersebut termasuklah gerai makanan dan minuman , alat tulis , sayur-sayuran , perhiasan dan ikan hidup.
Sambutan dari pelajar dan ibu bapa amat menggalakkan. Ibu bapa turut hadir memberikan sokongan kepada anak-anak mereka. Ibu bapa hanya memerhatikan anak-anak mereka melakukan aktiviti jual beli. Mereka tidak dibenarkan membantu anak-anak mereka.
Pada hari itu juga , diadakan peraduan teka berat labu , teka berat Guru Besar dan 3 orang GPK serta teka batang mancis. Peraduan ini menyediakan hadiah berupa hamper yang disumbangkan oleh masyarakat setempat. Peraduan ini juga mendapat sambutan yang amat baik.
Program ini berakhir kira-kira pukul 11.30 pagi , di mana hampir semua barang jualan telah habis dijual. Barang-barang jualan yang terakhir telah dilelong dengan harga yang amat berpatutan. Menurut seorang penjaga yang ditemui , program ini amat baik dan sepatutnya pihak sekolah membuka penyertaan kepada ibu bapa pula.

Foto Sekitar Hari Usahawan Muda

Klik gambar kecil untuk lihat gambar seterusnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin