Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Rabu, 21 April 2010

Lawatan Canadian International School



Tarikh  :  21 April 2010
Hari  :  Rabu
Masa  :  3.00 - 5.00 petang
Tempat  :  Dewan Gemilang.

SK Kuala Tahan menerima lawatan sambil belajar pelajar dari Canadian International School Singapura. Lawatan ini merupakan lawatan kali kedua sekolah tersebut ke SK Kuala Tahan. Lawatan ini seramai 70 orang pelajar berumur antara 8 hingga 12 tahun. Lawatan ini diiringi oleh 6 orang guru.
Pelajar tersebut terlebih dahulu mengadakan aktiviti di Taman Negara. Lawatan ke SK Kuala Tahan merupakan program pertukaran budaya. Semasa di SK Kuala Tahan , pelajar tersebut didedahkan kepada budaya masyarakat melayu seperti adat persandingan , silat melayu , menepung tawar pengantin. Di samping itu , mereka juga didedahkan dengan permainan tradisional seperti sepak raga bulatan , ketinting , congkak dan batu seremban.
Pelajar-pelajar tersebut turut merasai bagaimana adat budaya diamalkan. Mereka juga sempat bermain dan berlajar berkompang dan bersilat. Di akhir lawatan , mereka juga disajikan dengan makanan tradisional masyarakat melayu.
Program ini dapat mendedahkan pelajar SK Kuala Tahan dengan masyarakat luar. Dalam majlis tersebut , pelajar International School turut menyumbangkan buku-buku untuk perpustakaan SK Kuala Tahan.




Jumaat, 9 April 2010

Perbarisan Rumah Sukan

DSC 0181DSC 0183
DSC 0185DSC 0210

Tarikh  :  04 April 2010
Hari  :  Ahad
Masa  :  10.00 pagi
Tempat  :  Padang FELCRA Tembeling Tengah , Kuala Tahan

Perbarisan kontigen Sukan Tahunan SK Kuala Tahan pada kali ini melibatkan empat buah rumah sukan yang bertanding iaitu Hijau , Biru , Merah dan Kuning. Perarakan masuk perbarisan bermula jam 10.00 pagi dan didahului rumah Kuning sebagai penghormatan selaku Juara Perbarisan Sukan 2009. 
      En Abdullah b Hj Manan , YDP PIBG dan En Zainol  b Shahbudin, Guru Besar SK Kuala Tahan menerima tabik hormat daripada kontigen yang bertanding. Pada temasya sukan kali ini juga , pertandingan Perbarisan Terbaik turut dipertandingkan. Berbagai cara dipersembahkan untuk menarik perhatian pihaak juri pertandingan. Keputusan terakhir , rumah Biru diistiharkan sebagai pemenang bagi kejohanan sukan 2010.

Foto Sekitar Perbarisan Kontigen Rumah Sukan



Khamis, 8 April 2010

Pertandingan Rumah Sukan Tercantik 2010

Pertandingan Rumah Sukan Tercantik. Empat buah rumah sukan bertanding iaitu :-


Rumah Merah                             Rumah  Kuning
Rumah  Hijau                           Rumah Biru

Ibu bapa dan Penjaga serta Guru rumah sukan bertungkus lumus untuk menyiapkan rumah sukan. Kerjasama antara masyarakat dengan Warga SK Kuala Tahan amat memberangsangkan dan diharapkan kelak sampai bila-bila.
Keputusannya rumah Kuning menjadi juara
Foto Rumah Sukan Cantik


Blog Widget by LinkWithin