



Tarikh : 04 April 2010
Hari : Ahad
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Padang FELCRA Tembeling Tengah , Kuala Tahan
Perbarisan kontigen Sukan Tahunan SK Kuala Tahan pada kali ini melibatkan empat buah rumah sukan yang bertanding iaitu Hijau , Biru , Merah dan Kuning. Perarakan masuk perbarisan bermula jam 10.00 pagi dan didahului rumah Kuning sebagai penghormatan selaku Juara Perbarisan Sukan 2009.
En Abdullah b Hj Manan , YDP PIBG dan En Zainol b Shahbudin, Guru Besar SK Kuala Tahan menerima tabik hormat daripada kontigen yang bertanding. Pada temasya sukan kali ini juga , pertandingan Perbarisan Terbaik turut dipertandingkan. Berbagai cara dipersembahkan untuk menarik perhatian pihaak juri pertandingan. Keputusan terakhir , rumah Biru diistiharkan sebagai pemenang bagi kejohanan sukan 2010.
Foto Sekitar Perbarisan Kontigen Rumah Sukan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan