Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Rabu, 25 November 2009

Majlis Perpisahan Cikgu Hazfizi & Cikgu Fauziah



Tarikh : 20 Nov 2009
Hari : Jumaat
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Gemilang

Setelah hampir tiga tahun menabur bakti di SK Kuala Tahan akhirnya Cikgu Hazfizi dan Isterinya dapat kembali ke tanah tumpah darahnya di Kemaman , Terengganu. Cikgu Hazfizi dan Isterinya telah berkhidmat di Pahang mulai tahun 1996. Sekolah pertama beliau di SK Benta , Kuala Lipis kemudian ke SK Tekam Utara , seterusnya di SK Kota Gelanggi 1 dan terakhir di SK Kuala Tahan.
Sepanjang berada di SK Kuala Tahan mulai 01.07.2007 beliau sempat mencurah bakti terhadap pelajar tahun 6. Alhamdulillah pada tahun ini prestasi pelajaran Matematik amat membanggakan.

* Foto upload kemudian

Jumaat, 20 November 2009

UPSR 2009

Tarikh : 19 Nov 2009
Hari : Khamis
Tempat : SK Kuala Tahan

Prestasi pelajar SK Kuala Tahan bagi tahun 2009 amat memberangsangkan. Walau bagaimanapun jumlah pelajar mendapat keputusan 5A merosot dari tahun sebelumnya.

Analisa keseluruhan UPSR 2009

Calon : 52 orang
Peratusan : 76.9 % - 40 orang menguasai semua subjek
GPS : 2.30

Pelajar Cemerlang 5A
1. Izzattie bt Mohd Saluji
2. Nur Ain Syafiqah bt Nawang

Adik Izzattie bersama Ibu Bapa

Adik Nur Ain Syafiqah bersama PPM Asrama

Analisa Mata pelajaran
Bahasa Melayu Pemahaman - 94 %
Bahasa Melayu Penulisan - 90 %
Bahasa Inggeris - 86%
Matematik - 86%
Sains - 80%

Tahniah kepada semua warga SK Kuala Tahan yang menyumbang tenaga untuk kecemerlangan SK Kuala Tahan.

Anugerah Khas Pelajar

SK Kuala Tahan dalam usaha mengangkat martabat pendidikan telah memberikan pengiktirafan kepada para pelajar yang cemerlang dan menunjukkan daya kepimpinan yang tinggi. Anugerah khas ini diwujudkan untuk memberi dorongan kepada pelajar untuk lebih cemerlang lagi. Antara anugerah yang diperkenalkan termasuklah :
- Anugerah Cendikiawan - kurikulum
- Anugerah Satriawan dan Serikandi - Kokurikulum
- Anugerah Seriputra dan Seriputeri - Anugerah Khas bagi pelajar Asrama


Anugerah Cendikiawan-
Izzattie & Mohammad Syafiq

Anugerah Serikandi dan Satriawan-
Syafiqah Ainda & M Zahiruddin
Anugerah SeriPutra da Seriputeri-
Muhammad Hazim Syami & Nur Ain Syafiqah


Gambar Kenangan bersama Pentadbir dan Penjaga

Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan

Tarikh : 18 November 2009
Hari : Rabu
Masa : 8.00 - 12 .00 tengah hari
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

SK Kuala Tahan telah berjaya melaksanakan Hari Anugerah Pendidikan. Objektif utama penganjuran majlis ini adalah untuk memberikan pengiktirafan kepada para pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dan peningkatan prestasi pelajaran.
Majlis ini memberikan pengiktirafan atas kejayaan semua pelajar bermula pelajar PRASekolah hinggalah kepada pelajar tahun 6 . Walaupun keputusan peperiksaan UPSR masih belum diumumkan namun keputusan pelajar dalam ujian Percubaan UPSR diambil kira.
Majlis Hari Anugerah Pendidikan dirasmikan oleh Naib Yang Dipertua PIBG , En Zambri b Mat Ami. Dalam ucapan perasmiannya , beliau menekankan peranan yang perlu dimainkan oleh setiap ibu bapa untuk membantu kejayaan anak-anak.
Majlis ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ibu bapa serta penjaga. Dalam majlis ini juga , ibu bapa dihiburkan oleh anak-anak kecil yang mempersembahkan tarian , nasyid dan koir. Walaupun pada tahun ini tiada acara cabutan bertuah , namun kemeriahan tetap terasa.
Ibu bapa dan penjaga yang perihatin turut menyumbangkan juadah untuk jamuan ringan. Juadah yang dibawa seperti kuih-muih amat beraneka jenis. Kerjasaman dan sumbangan yang baik ini diharapkan berterusan dan menjadi budaya mesyarakat di Kuala Tahan
Guru Besar bersama NYDP PIBG
Penyampaian Hadiah
Anugerah Cendikiawan

Bersama Penjaga
Persembahan Pelajar dan Ibu Bapa

Isnin, 16 November 2009

Majlis Penyampaian Hadiah -Sukan Gabungan

Tarikh : 16 Nov 2009
Hari : Isnin
Masa : 8.15 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan

Majlis penyempaian hadiah program sukan gabungan telah diadakan selepas perhimpunan pagi. Program sukan ini telah berlangsung dari 07 oktober hingga 27 oktober dan melibatkan pelajar asrama dan pelajar tahun 6 .
Setiap pelajar dibahagikan kepada lima kumpulan dan markah dikira berdasarkan mata kemenangan. Setiap kumpulan terdiri daripada pelajar tahun 4 ,5 dan 6.
Di antara permainan yang dipertandingkan termasuklah permainan dalaman dan luaran seperti futsal, bola jaring , badminton, catur , dam dan sebagainya.


Pemenang menerima hadiah daripada Guru Besar

Green Run Taman Negara

Tarikh : 14 Nov 2009
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Perkarangan SK Kuala Tahan

Green Run Taman Negara merupakan aktiviti anjuran Persatuan Pengusaha Pelancongan Kuala Tahan dengan kerjasama SKKT dan SMKJPSHAS. Green Run pada kali ini merupakan edisi kedua setelah penganjuran kali pertama pada tahun 2008 mendapat sokongan yang memberangsangkan.
Penganjuran pada kali ini melibatkan dua kategori iaitu kategori sekolah rendah dan sekolah menengah. Trek larian melibatkan jalan raya dan trek dalam ladang getah. Kejohanan kali ini mendapat kerjasama daripada masyarakat setempat.
Acara larian ini bermula pada pukul 9.00 pagi dalam suasana hujan renyai-renyai namun tidak menghalang peserta bersaing sesama sendiri.

Pendahulu dan peserta

Peserta lelaki dan perempuan

keletihan...
Penyampaian Hadiah & Hamper untuk urusetia

Selasa, 10 November 2009

Foto Majlis Perpisahan En Mohamad Zabidi


Februari 2006 - Oktober 2009

Majlis Perpisahan GPK 1 - En Abdul Sani

Tarikh : 30 Oktober 2009
Hari : Jumaat
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Majlis perpisahan GPK 1 , En Abdul Sani b Razali telah selamat disempurnakan. Tahun ini merupakan tahun perpisahan bagi warga SK Kuala Tahan. Cikgu Abdul Sani hanya sempat mencurahkan khidmat baktinya kepada warga SKKT selama lebih kurang enam bulan sahaja. Beliau kembali ke PPD Maran mengisi jawatan yang dikosongkan oleh beliau. Selama enam bulan di SKKT , beliau sempat merancang dan melaksanakan berbagai aktiviti yang berkaitan dengan kurikulum. Aktiviti Lepas Periksa ( ALP ) telah dilaksanakan dengan jayanya.
Dalam ucapan perpisahan , beliau sempat menyatakan bahawa beliau masih ada 21 aktiviti yang hendak dilaksanakan di SKKT. Usaha murni beliau amat dihargai . Seluruh warga SK Kuala Tahan berdoa agar beliau akan terus suksess dengan apa jua yang dilakukan.

Menerima cenderahati dari Guru Besar


Gambar kenangan bersama guru dan staf

Rabu, 4 November 2009

Penantian satu dekad berakhir



Penantian hampir satu dekad hampir berakhir apabila permohonan pembinaan padang SK Kuala Tahan telah diluluskan dan kerja tanah bermula pada 03 November 2009. Pembinaan padang ini mengakhiri penantian warga SK Kuala Tahan selama hampir 10 tahun ketiadaan padang untuk aktiviti sukan dan permainan. Walaupun semasa ketiadaan padang , namun warga SK Kuala Tahan tetap menghantar pasukan bola sepak dan bola jaring bertanding pada peringkat zon dan daerah.Padang sekolah yang asal telah dibina 2 bangunan tambahan dan makmal komputer.

Foto terbaharu..14 Nov 2009

Jentera berat sedang membersihkan kawasan padang

Ujian PKSR 04 / 2009

Tarikh : 03-06 November 2009
Hari : Selasa - Jumaat
Masa : 8.00 - 1.00 pm

Minggu ini merupakan minggu peperiksaan bagi semua pelajar SK Kuala Tahan. Peperiksaan PKSR 04 merupakan nilai mula untuk pembentukan kelas bagi tahaun hadapan. Prestasi yang dicapai pelajar dalam peperiksaan ini nanti akan menentukan kejayaan mereka semasa Hari ANUGERAH Pendidikan.



Selamat Datang GPK HEM dan GPK 1


Selamat datang diucapkan kepada GPK HEM , En Adzahar bin Mokhtar dari SK Kampung Pagi yang dilantik sebagai GPK HEM SK Kuala Tahan menggantikan Ustaz Sabarno Husin yang menjawat jawatan Guru Besar SK Panching Utara , Kuantan.
Ucapan selamat datang juga diucapkan kepada En Rusli bin Ishak dari SK St Thomas , Kuantan mengisi kekosongan jawatan GPK 1 yang dikosongkan oleh En Abdul Sani b Razali yang kembali ke PPD Maran mengisi jawatan PPDA.

Selasa, 20 Oktober 2009

Pentadbir SK Kuala Tahan


 En Zainol b Shahbudin
Guru Besar
En Azman b Abdullah Hashim
GPK Pentadbiran
En Adzahar b Mokhtar
GPK HEM
Ustaz Ramli b abdul Rahman
GPK Kokurikulum
Blog Widget by LinkWithin