Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Jumaat, 20 November 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan

Tarikh : 18 November 2009
Hari : Rabu
Masa : 8.00 - 12 .00 tengah hari
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

SK Kuala Tahan telah berjaya melaksanakan Hari Anugerah Pendidikan. Objektif utama penganjuran majlis ini adalah untuk memberikan pengiktirafan kepada para pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dan peningkatan prestasi pelajaran.
Majlis ini memberikan pengiktirafan atas kejayaan semua pelajar bermula pelajar PRASekolah hinggalah kepada pelajar tahun 6 . Walaupun keputusan peperiksaan UPSR masih belum diumumkan namun keputusan pelajar dalam ujian Percubaan UPSR diambil kira.
Majlis Hari Anugerah Pendidikan dirasmikan oleh Naib Yang Dipertua PIBG , En Zambri b Mat Ami. Dalam ucapan perasmiannya , beliau menekankan peranan yang perlu dimainkan oleh setiap ibu bapa untuk membantu kejayaan anak-anak.
Majlis ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ibu bapa serta penjaga. Dalam majlis ini juga , ibu bapa dihiburkan oleh anak-anak kecil yang mempersembahkan tarian , nasyid dan koir. Walaupun pada tahun ini tiada acara cabutan bertuah , namun kemeriahan tetap terasa.
Ibu bapa dan penjaga yang perihatin turut menyumbangkan juadah untuk jamuan ringan. Juadah yang dibawa seperti kuih-muih amat beraneka jenis. Kerjasaman dan sumbangan yang baik ini diharapkan berterusan dan menjadi budaya mesyarakat di Kuala Tahan
Guru Besar bersama NYDP PIBG
Penyampaian Hadiah
Anugerah Cendikiawan

Bersama Penjaga
Persembahan Pelajar dan Ibu Bapa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin