Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Selasa, 10 November 2009

Majlis Perpisahan GPK 1 - En Abdul Sani

Tarikh : 30 Oktober 2009
Hari : Jumaat
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Majlis perpisahan GPK 1 , En Abdul Sani b Razali telah selamat disempurnakan. Tahun ini merupakan tahun perpisahan bagi warga SK Kuala Tahan. Cikgu Abdul Sani hanya sempat mencurahkan khidmat baktinya kepada warga SKKT selama lebih kurang enam bulan sahaja. Beliau kembali ke PPD Maran mengisi jawatan yang dikosongkan oleh beliau. Selama enam bulan di SKKT , beliau sempat merancang dan melaksanakan berbagai aktiviti yang berkaitan dengan kurikulum. Aktiviti Lepas Periksa ( ALP ) telah dilaksanakan dengan jayanya.
Dalam ucapan perpisahan , beliau sempat menyatakan bahawa beliau masih ada 21 aktiviti yang hendak dilaksanakan di SKKT. Usaha murni beliau amat dihargai . Seluruh warga SK Kuala Tahan berdoa agar beliau akan terus suksess dengan apa jua yang dilakukan.

Menerima cenderahati dari Guru Besar


Gambar kenangan bersama guru dan staf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin