Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Rabu, 25 November 2009

Majlis Perpisahan Cikgu Hazfizi & Cikgu Fauziah



Tarikh : 20 Nov 2009
Hari : Jumaat
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Gemilang

Setelah hampir tiga tahun menabur bakti di SK Kuala Tahan akhirnya Cikgu Hazfizi dan Isterinya dapat kembali ke tanah tumpah darahnya di Kemaman , Terengganu. Cikgu Hazfizi dan Isterinya telah berkhidmat di Pahang mulai tahun 1996. Sekolah pertama beliau di SK Benta , Kuala Lipis kemudian ke SK Tekam Utara , seterusnya di SK Kota Gelanggi 1 dan terakhir di SK Kuala Tahan.
Sepanjang berada di SK Kuala Tahan mulai 01.07.2007 beliau sempat mencurah bakti terhadap pelajar tahun 6. Alhamdulillah pada tahun ini prestasi pelajaran Matematik amat membanggakan.

* Foto upload kemudian

2 ulasan:

  1. Tahniah diucapkan kepada cikgu fizie dan isteri..
    Kami mendoakan agar persahabatan kita terus berkekalan selamanya.kami guru sk kota gelanggi 3 mendoakan kejayaan cikgu fizie di sekolah baru...
    p/s:cikgu fizie pernah mengajar di sk kota gelanggi 3 sebelum ke kuala tahan.

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas ingatan anda.
    Fizi...gambar tak upload lagi...insyallah.

    BalasPadam

Blog Widget by LinkWithin