Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Selasa, 27 Julai 2010

UJIAN PERCUBAAN UPSR


Tarikh  :  27 - 30 Julai 2010
Hari  :  Selasa - Jumaat
Masa  :  7.45 - 1.15 petang
Tempat  :  SK Kuala Tahan - Tahun 6 Al Ghazali dan Al Farabi

Seramai 52 orang calon UPSR SK Kuala Tahan telah mengambil ujian Percubaan UPSR anjuran JPN Pahang. Objektif utama ujian ini adalah untuk menilai pencapaian pelajar sebelum menghadapi ujian sebenar UPSR pada september nanti.

Jadual peperiksaan pada hari selasa 27 Julai 2010 :- 
BM Pemahaman , 
BM Penulisan dan
Matematik kertas 2.

Hari Rabu 28 Julai 2010 :-
Matematik Kertas 1

Hari Khamis 29 Julai 2010 :-
Science
Bahasa Inggeri kertas 1
Bahasa Inggeris kerta 2

Hari Jumaat 30 Julai 2010 :-
Bahasa Inggeris kertas 3

Selamat Menduduki Ujian Percubaan UPSR

Isnin, 26 Julai 2010

PROGRAM KECERIAAN KELAS FASA 2

Guru Besar menyerahkan penyapu lidi kepada guru kelas
sebagai simbolik program.
Tarikh  :  26 Julai 2010
Hari  :  Isnin
Masa  :  8.00 pagi
Tempat  :  Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Jawatankuasa  Keceriaan SK Kuala Tahan telah mengadakan kempen kebersihan fasa 2. Tujuan kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kebersihan. Seramai 31 orang guru dan 324 pelajar terlibat dalam kempen tersebut.
Dalam ucapannya , Cikgu Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan memperingatkan guru-guru dan para pelajar tentang kepentingan menjaga kebersihan kelas dan persekitaran. Kebersihan kelas amat mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Pada majlis tersebut , Guru Besar menyampaikan penyapu lidi sebagai simbolik bermulanya kempen kebersihan. Kesemua guru kelas menerima dua ikat penyapu lidi sebagai bermulanya pertandingan kebersihan kelas fasa 2.

PROGRAM MENTOR MENTEE

Cikgu Zainol bersama mentee Aina Azlinda
Tarikh  :  26 Julai 2010
Hari  ;  Isnin
Masa  :  8.30 pagi
Tempat  :  Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Jawatankuasa Program Kecemerlangan UPSR telah melancarkan Program Mentor Mentee UPSR. Program ini khusus untuk pelajar tahun 6 sahaja. Seramai 12 orang guru dan 52 orang pelajar terlibat dalam program tersebut.
Matlamat utama program ini adalah untuk memberikan sentuhan terakhir kepada pelajar sebelum mereka menduduki peperiksaan sebenar UPSR. Setiap mentor akan mengawasi perkembangan prestasi mentee mereka. Perjumpaan antara mentor dan mentee akan diadakan paling kurang sekali seminggu , selebihnya bergantung kepada mentor itu sendiri.
Setiap mentor menerima antara 2 ke 5 orang mentee dari kedua-dua kelas. Setiap mentor diamanahkan pelajar cemerlang dan pelajar potensi. Ini adalah bertujuan agar pelajar cemerlang dapat membantu pelajar potensi.
Foto Mentor Bersama Mentee

 

Jumaat, 23 Julai 2010

Ahad, 18 Julai 2010

IKRAR MURID

IKRAR  MURID

Kami anak didik Sekolah Kebangsan Kuala Tahan
Berikrar dan berjanji akan
Mengikuti pelajaran sekolah ,
Menghormati guru-guru dan mematuhi peraturan sekolah
Untuk melahirkan insan yang sempurna
Dari segi jasmani , emosi , rohani dan intelek
Berdasarkan kepercayaan , kepatuhan 
Kepada Tuhan. 

Ikrar Murid dibaca setiap kali perhimpunan pada hari Isnin

Khamis, 15 Julai 2010

IKRAR GURU

IKRAR  GURU

Bahawasanya kami guru Malaysia dengan ini berikrar :
Mendukung terus cita-cita kami terhadap
tugas kami dan menyatakan keyakinan
kami pada citi-cita murni pekerjaan kami.

Kami bersedia berbakti kepada masyarakat
dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjungi perlembagaan negara dan
mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara pada setiap masa 

BENGKEL PENULISAN BLOG

 

TARIKH  :  13 JULAI
HARI  :  SELASA
MASA  :  2.30 - 5.00 PETANG
TEMPAT  :  MAKMAL KOMPUTER . SK KUALA TAHAN

Bengkel Penulisan Blog telah diadakan bagi memberikan pendedahan kepada guru-guru mengenai penulisan blog. Bengkel ini melibatkan semua guru SK Kuala Tahan. En Zainol b Shahbudin selaku Guru Besar dalam ucapannya mengharapkan peserta kursus mengambil sikap positif dalam menambahkan ilmu berkaitan dengan ICT. Guru Besar turut hadir sebagai peserta bengkel.
Program pertama yaang dijalankan pada petang tersebut ialah mendaftarkan akaun gmail. walaupun telah biasa dengan internet , namun masih ada di kalangan kita tidak mengetahui adanya email selain yahoo.Setelah proses tersebut dilakukan , peserta mengambil kesempatan menguji kemahiran yang telah dipelajari. Semua guru akan menulis mengikut bidang masing-masing di blog yang disediakan.
Antara blog yang baru diwujudkan termasuklah blog unit HEM , Kurikulum , Kokurikulum dan data guru. Blog data guru hanya untuk guru dan staf SK Kuala Tahan. Melalui blog ini guru dan staf dapat menyimpan maklumat umum mengenai sejarah perkhidmatan mereka. Mereka boleh mengakses maklumat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

FOTO LADAP

Isnin, 12 Julai 2010

Sambutan Israq dan Mikraj


Tarikh  :  09 Julai 2010
Hari  :  Jumaat
Masa  :  8.00 hingga 12.00 tengah hari.
Tempat  :  Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Majlis Sambutan Israq dan Mikraj . Sambutan dimulakan dengan bacaan Asma Ul Usna oleh pelajar SK Kuala Tahan. Para pelajar kemudiannya berkumpul di Dewan Gemilang untuk sesi tazkirah oleh Ustaz Zakaria b Omar , GPK Kokurikulum SK Kuala Tahan.
Kesimpulan daripada ceramah :-
1. Jangan tinggal solat lima waktu
2. Menghormati ibu bapa
3. Jangan menimbulkan fitnah di kalangan kita.

Pada pukul 10.30 pagi bermula Kuiz Isra & Mikraj. Pertandingan ini diwakili oleh pelajar tahap 2 . Setiap pelajar dibahagikan kepada kumpulan rumah sukan iaitu Kuning , Hijau , Merah dan Biru. Pertandingan ini dimenangi oleh rumah Merah.
Cikgu Zainol b Shahbudin merasmikan penutupan majlis dan menyampaikan sijil penghargaan kepada pelajar yang turut serta dalam majlis tersebut

Jumaat, 9 Julai 2010

Penyampaian Bantuan KWAPM dan Biasiswa Yayasan Pahang

Tarikh  :  08 Julai 2010
Hari  :  Khamis
Masa  :  11.00 - 12.15 tengah hari
Tempat  :  Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Majlis penyampaian bantuan KWAPM dan biasiswa Yayasan Pahang telah dilaksanakan . Seramai 47 pelajar layak mendapat bantuan KWAPM dan 7 orang bantuan biasiswa . Pelajar tersebut terdiri daripada pelajar tahun 2 hingga tahun 6. Kehadiran ibu bapa penjaga amat menggalakan. Kebanyakan penerima bantuan tersebut menggunakan bantuan tersebut untuk melunaskan bayaran-bayaran persekolahan mereka.
Cikgu Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan dalam ucapannya mengingatkan ibu bapa menggunakan bantuan tersebut untuk kepentingan anak-anak. Beliau juga mengingatkan penjaga bahawa pemilihan penerima bantuan bukan ditentukan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah hanya menguruskan pemilihan pelajar sahaja.

Khamis, 8 Julai 2010

Hari Keluarga 2010


Tarikh  :  26 - 27 Jun 2010
Hari  :  Sabtu dan Ahad
Tempat  :  Lis Na Ree Resort , Sungai Ular , Kuantan.

Badan Kebajikan Guru dan Staf , SK Kuala Tahan telah menganjurkan program Hari Keluarga bagi tahun 2010. Program ini merupakan aktiviti tahunan Badan Kebajikan. Matlamat utama program ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara warga SK Kuala Tahan.
Hari keluarga pada kali ini telah diadakan di Lis Na Ree , Sungai Ular. Perjalanan ke Kuantan secara berkonvoi bermula dari Masjid Tg Abdullah , Jerantut. Sebanyak 10 buah kereta bergerak ke detinasi pada jam 10.00 pagi. Sepanjang perjalanan tiada sebarang masalah berlaku dan perjalanan lancar dan tiba di resort jam 1.30 petang.
Pada sebelah petang aktiviti sukaneka telah diadakan di perkarangan resort. Antara acara yang diadakan baling belon berair. Pertandingan membina istana pasir turut diadakan di pantai. Acara berenang dan mencari harta karun diadakan di kolam mandi.
Pada sebelah malam diadakan BBQ dan cabutan nombor bertuah. Acara kemuncak adalah acara karaoke keluarga. Ramai guru dan staf " menyumbangkan " lagu.
Pada hari ahad , aktiviti memancing dan mandi laut diadakan di Pulau Ular. Aktiviti ini amat menyeronokkan dan tidak sedar masa berlalu dengan pantas. Walaupun ikan yang berjaya didaratkan tidak banyak namun keseronokan memancing amat mengujakan. Semua warga kembali ke Kuala Tahan kira-kirajam 3.00 petang.
Blog Widget by LinkWithin