Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Rabu, 21 April 2010

Lawatan Canadian International School



Tarikh  :  21 April 2010
Hari  :  Rabu
Masa  :  3.00 - 5.00 petang
Tempat  :  Dewan Gemilang.

SK Kuala Tahan menerima lawatan sambil belajar pelajar dari Canadian International School Singapura. Lawatan ini merupakan lawatan kali kedua sekolah tersebut ke SK Kuala Tahan. Lawatan ini seramai 70 orang pelajar berumur antara 8 hingga 12 tahun. Lawatan ini diiringi oleh 6 orang guru.
Pelajar tersebut terlebih dahulu mengadakan aktiviti di Taman Negara. Lawatan ke SK Kuala Tahan merupakan program pertukaran budaya. Semasa di SK Kuala Tahan , pelajar tersebut didedahkan kepada budaya masyarakat melayu seperti adat persandingan , silat melayu , menepung tawar pengantin. Di samping itu , mereka juga didedahkan dengan permainan tradisional seperti sepak raga bulatan , ketinting , congkak dan batu seremban.
Pelajar-pelajar tersebut turut merasai bagaimana adat budaya diamalkan. Mereka juga sempat bermain dan berlajar berkompang dan bersilat. Di akhir lawatan , mereka juga disajikan dengan makanan tradisional masyarakat melayu.
Program ini dapat mendedahkan pelajar SK Kuala Tahan dengan masyarakat luar. Dalam majlis tersebut , pelajar International School turut menyumbangkan buku-buku untuk perpustakaan SK Kuala Tahan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin