Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Jumaat, 31 Julai 2009

Solat Hajat - UPSR

Tarikh : 30 Julai 2009
Hari : Khamis / Malam
Tempat : Dewan Seri Gemilang , SK Kuala Tahan

Aktiviti :
1. Solat Maghrib
2. Bacaan Yasin
3. Solat Hajat
4. Jamuan BBQ

Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan telah menganjurkan program solat hajat bersama penjaga pelajar tahun 6. Program diadakan di Dewan Seri Gemilang , SK Kuala Tahan dan dihadiri penjaga serta ibu bapa pelajar tahun 6. Sambutan dari penjaga amat menggalakkan. Kehadiran penjaga di luar jangkaan.
Majlis bermula dengan solat maghrib berjemaat diikuti bacaan yassin dan disusuli solat isya dan diakhiri solat hajat.
Majlis berakhir dengan jamuan BBQ yang diadakan atas usaha ibu bapa penjaga. Pihak sekolah berterima kasih kepada penjaga yang memberikan sumbangan untuk majlis ini. Sesungguhnya usaha ini amat positif dalam melahirkan generasi berilmu di masa hadapan.
Solat hajat untuk pelajar UPSR akan diadakan sekali lagi bersama penduduk kampung Kuala Tahan sebelum Ujian UPSR berlangsung pada 08 Sept nanti.



Majlis Bacaan Yassin diketuai oleh Ustaz Nasaruddin Ismail
Jamuan BBQ

Foto Sekitar Solat Hajat


Khamis, 30 Julai 2009

Ujian Percubaan UPSR - JPN Pahang

Seramai 53 orang pelajar tahun 6 SK Kuala Tahan , telah menduduki Ujian Percubaan UPSR anjuran JPNP. Ujian ini bermula 28-30 Julai 2009. Ujian ini melibatkan subjek BM Pemahaman , Penulisan , Bahasa Inggeris , Sains dan Matematik. Ujian ini diadakan serentak seluruh negeri Pahang.
Objektif utama ujian ini diadakan adalah untuk menguji dan menilai tahap pencapaian pelajar menjelang UPSR yang sebenar pada 8-10 september nanti. Dapatan daripada ujian ini akan dapat memperbaiki kekurangan yang ada pada pelajar.
Menurut seorang pelajar yang ditemui, Adik Izattie bt Mohd Saluji , pelajar tahun 6 Al Ghazali , ujian ini dapat menguji tahap pencapaiannya setelah bertungkus-lumus dari awal tahun membuat persiapan menghadapi peperiksaan. Ujian yang telah diduduki amat mencabar dan beliau berkeyakinan akan mendapat keputusan 5A. Semua ini berkat usaha dan dorongan dari guru-guru dan tidak lupa kepada ibu bapa yang turut mengembeling tenaga untuk kejayaan anak-anak.

Rabu, 29 Julai 2009

Program Keceriaan Fasa 2

Tarikh : 28 Julai 2009
Hari : Selasa

Masa : 3.00 - 5.00 petang
Tempat : Dewan Seri Gemilang


Program keceriaan sekolah fasa 2 telah berjaya dilaksanakan pada petang selasa. Program bermula pukul 3.00 petang dan berakhir pukul 5.00 petang. Program ini diketuai oleh GPK Pentadbiran , En Abdul Sani. Objektif utama program ini adalah untuk menceriakan kawasan dewan yang menjadi tempat / tapak utama upacara sekolah. Di samping itu , Dewan ini merupakan tempat pertama dilihat oleh pelawat yang berkunjung ke SK Kuala Tahan.
Program ini mendapat kerjasama penuh seluruh warga SK Kuala Tahan. Sebelum berakhir , jamuan ringan disediakan untuk membasahkan tekak dengan menu buah cempedak goreng dan buah-buahan tempatan. Program ini akan diteruskan pada minggu akan datang untuk mengemaskini bahagian yang tertinggal.


Antara aksi yang sempat dirakam


Selepas Projek Mengecat Dewan Seri Gemilang


Jumaat, 24 Julai 2009

Sambutan Isra dan Mikraj

Tarikh : 20 Julai 2009
Hari : Isnin
Masa : 8.30 - 10.10 pagi
Tempat : Dewan Seri Gemilang , SK Kuala Tahan

Aktiviti.
Bacaan al Quran
Nasyid
Ceramah oleh Ustaz Nadzri Ahmad.


Foto ...diupload kemudian

Jumaat, 17 Julai 2009

Minggu Kecergasan Peringkat Sekolah

Program Minggu Kecergasan Peringkat SK Kuala Tahan telah selamat dilancarkan pada 16 Julai 2009. Perasmian majlis tersebut disempurnakan oleh En Mohamad Zabidi b Abdullah , Guru Besar SK Kuala Tahan. dalam ucapan perasmiannya , beliau menyeru agar semua warga sekolah mengamalkan budaya hidup sihat dan sentiasa bersenam.
Program ini disertai oleh semua warga SK Kuala Tahan termasuklah pelajar , guru dan staf sokongan. Program bermula jam 5.00 petang dengan ucapan aluan GPK Kojurikulum , En Zulzaman b Jamaluddin. Selepas itu , persembahan poco-poco oleh pelajar asrama. Majlis diteruskan dengan acara senamrobik yang dipimpim oleh En Kamil , Pn Zanariah dan Cik Azmaliza. Cuaca pada petang itu , tidak begitu panas namun sambutan warga SK Kuala Tahan sangat baik.
En Mohamad Zabidi b Abdullah
En Zulzaman b Jamaluddin
Poco-poco dari pelajar Asrama

Rabu, 15 Julai 2009

Perjumpaan Penjaga Pelajar Tahun 6

Program perjumpaan antara penjaga pelajar tahun 6 bersama guru telah diadakan pada 15 Julai 2009. Program ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pendapat mengenai pembelajaran anak-anak. Ibu bapa dan penjaga telah diberikan taklimat mengenai prestasi pelajaran anak-anak.Dalam majlis ini juga ibu bapa berinteraksi bersama pihak pentadbir bagaimana cara untuk meningkatkan pelajaran anak-anak. Mulai bulan ogos nanti semua pelajar ini akan mengikuti kelas intensif pada setiap malam bermula jam 8.00 hingga 10.00 malam.
Di antara program yang telah dan sedang dilakukan termasuklah program Jadual Waktu Anjal , Kelas tambahan petang , kelas malam , kelas hujung minggu dan bacaan yassin pada setiap pagi.

* Program Solat Hajat Perdana pada 30 Julai 2009 / Khamis malam. Semua dijemput hadir *


Program Perjumpaan Penjaga

Isnin, 13 Julai 2009

Majlis Perpisahan GPK Hem


Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan sekali lagi kehilangan tunggak pentadbiran untuk sesi 2009. Jika sebelum ini GPK 1 dan GPK Kokurikulum bertukar, kini giliran Ustaz Sabarno meninggalkan SK Kuala Tahan setelah 6 tahun mencurahkan baktinya kepada generasi Kuala Tahan. Ustaz Sabarno b Husin telah dilantik sebagai Guru Besar SK Pancing Utara mulai 13 Julai 2009. Satu majlis perpisahan telah diadakan untuk mengiringi pemergian Ustaz Sabarno. Dalam ucapan ringkasnya kepada pelajar SK Kuala Tahan , beliau sempat berpesan agar pelajar SK Kuala Tahan menjadi pelajar yang cemerlang selaras dengan Visi SK Kuala Tahan Gemilang. Di kesempatan ini , kami warga SK Kuala Tahan ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Ustaz atas jawatan baru yang disandangnya. Semoga amanah yang diberikan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.Semoga suksess di tempat baru.

Foto sekitar Majlis Perpisahan

Rabu, 1 Julai 2009

Hari Tanda Kasih

Sekolah Kebangsaan kuala Tahan telah mengadakan Hari Tanda kasih. Tujuan diadakan hari tanda kasih adalah untuk memberikan peluang ibu bapa dan penjaga bersemuka dengan guru-guru mengenai permasalahan pembelajaran anak -anak mereka.
Program ini melibatkan semua penjaga pelajar bermula dari kelas pra sekolah hinggalah kelas tahun 6. Terdapat 13 buah kelas terlibat dalam program ini. Program ini bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.
sambutan daripada ibu bapa dan penjaga amat menggalakkan. Hampir 90 peratus penjaga hadir untuk mengambil dan menandatangani keputusan peperiksaan anak-anak mereka.Ibu bapa dan penjaga menerima keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang telah diadakan pada akhir mei yang lalu.



Gambar sekitar Hari Tanda Kasih

Rabu, 3 Jun 2009

Aktiviti di Taman Negara

Ingin ke Taman Negara. Hubungi webmaster di talian 019-9695889.din.

Ahad, 10 Mei 2009

Program Motivasi Belajar

Program Motivasi Belajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Tarikh : 10 Mei 2009
Masa : 8.00 hingga 12.30 tengah hari
Tempat : SK Kuala Tahan
Penglibatan : Murid tahun 6
Fasilitator : BM - En Atikullah
BI - Tn Hj Osman b Razali

SK Kuala Tahan dengan kerjasama FELCRA Tembeling Tengah telah berjaya mengadakan program motivasi belajar khas untuk pelajar tahun 6. Program ini melibatkan seramai 52 pelajar terdiri dari kelas Al Ghazali dan Al Farabi.
Tujuan utama program ini adalaah untuk memberikan ransangan dan motivasi kepada pelajar mengenai kaedah pembelajaran untuk kedua mata pelajaran tersebut. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi sebelum berhenti rehat pada pukul 10.00 pagi. Sesi diteruskan sehingga jam 12.30 tengah hari. Program ini akan diadakan selama tiga minggu berturut-turut hingga akhir bulan mei nanti.
Pengisian prograam lebih kepada penumpuan teknik menjawab soalan secara sistemetik. Program ini amat berguna dan memberikaan keyakinan kepada kami untuk menjawab soalan peperiksaan nanti . Itulah luahan salah seorang pelajar yang mengikuti program ini.
Usaha bersama FELCRA Tembeling Tengah amat bermakna dalam meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak Kuala Tahan.



Selasa, 5 Mei 2009

English Reading Competition


Guru Besar bersama para pemenang

Majlis Penyampaian Hadiah

Ucapan Aluan daripada En Mohamad Zabidi

Hakim bertugas..Pn Hazlinda dan En Razali

Orang kuat BI Pn Noridayu dan Cik Azmaliza

Pelajar turut serta menyaksikan pertandingan

Salah seorang peserta

Tarikh : 04 Mei 2009
Hari : Isnin

Tempat : Dewan Seri Gemilang , SK Kuala Tahan


Panitia Bahasa Inggeris dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah telah menganjurkan pertandingan Bacaan dalam Bahasa inggeris. Pertandingan ini melibatkan pelajar tahun satu hingga tahun 6. Seramai 36 pelajar telah turut serta dalam pertandingan ini.
Pertandingan ini bertujuan untuk memberikan galakkan kepada pelajar dalam penggunaan bahasa inggeris dalam kehidupan seharian. Pertandingan bermula pada pukul 9.00 pagi. Pertandingan tersebut telaah diadili oleh hakim yang terdiri daripada guru-guru SK Kuala Tahan.
En Mohamad Zabidi b Abdullah , Guru Besar dalam ucapan aluan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Program yang baik haruslah diadakan lebih kerap dan dapat memberikan peluang yang sama kepada semua pelajar.Di samping itu , program ini dapat mengikis sikap malu untuk tampil di khalayak ramai.
Majlis berakhir dengan upacara penyampaian hadiah kepada para peserta yang menyyertai pertandingan tersebut. Guru besar juga sempat bergambar bersama para pemenang.

Isnin, 27 April 2009

Karnival Anugerah Seri Asrama Terbilang 2009


Naib Johan Bola Jaring

Pasukan Bola Sepak




Tarikh : 24 - 26 April 2009
Tempat : SMK JP Sultan Hj Ahmad Shah , Kuala Tahan

Aktiviti

Sekolah Rendah
1. Bola sepak
2. Bola Jaring
3. Pidato

Karnival ASAT 2009 peringkat daerah Jerantut telah berlangsung dengan jayanya. Karnival ASAT bertempat di SMKJPSHAS . Semua sekolah berasrama di Lembah Tembeling menyertainya termasuklah SK Pasir Durian , SK Chebung , SK Merting , SK Kuala Tahan , SK Pagi , SK Kuala Sat , SK Ulu Tembeling dan SK Bukit Mat Daling.
Bagi sekolah rendah , hanya tiga acara terlibat iaitu Bola sepak , Bola Jaring dan Pidato. Acara bola sepak bertempat di Padang Belia Kuala Tahan manakala bola jaring bertempat di Padang FELCRA Tembeling Tengah.
Bagi sekolah rendah , SK Kuala Tahan telah menjadi johan keseluruhan manakala SMK Temin bagi kategori sekolah menengah.
Tujuan utama diadakan kkarnival ASAT adalah untuk memilih wakil daerah Jerantut ke peringkat negeri.

Rabu, 22 April 2009

Program Canadian International School


Adat Persandingan Masyarakat Melayu

Di antara pelajar CIS , Singapura

Pasukan Kompang Sekolah

Pelajar CIS sedang menitis inai

Tarikh : 22 April 2009
Masa : 3.00 - 5. 00 pm

Tempat : Dewan Seri Gemilang , SKKT

Penglibatan : Pelajar CIS - 80 orang

Aktiviti.

Pelajar-pelajar diperkenalkan dan menyertai bersama aktiviti budaya melayu seperti :-

1. Adat bersanding masyarakat melayu

2. Bersilat

3. Menepung tawar
4. Tarian Jong-jong Inai
5. Permainan Batu Seremban
6. Sepak Raga Bulat
7. Kompang

Isnin, 20 April 2009

Santai di Lata Berkoh dan Santuari Kelah

Tarikh : 18 April
Masa : 9.00 - 1.00 petang
Tempat : Lata Berkoh dan Santuari Kelah , Lubuk Tenor
Kehadiran : 40 dewasa dan 38 kanak-kanak
Aktiviti
i . Mandi manda
ii . Bakar ayam
iii. Makan-makan
iv . Beri makan ikan kelah


Badan Kebajikan Guru dan Staf SK Kuala Tahan telah berjaya menganjurkan Hari Keluarga peringkat sekolah di Lata Berkoh dan santuari Kelah , Lubuk Tenor. Sambutan ahli amat menggalakkan di mana haampir 2/3 ahli turut serta. Pada hari tersebut , Ustaz Azmi Khalid mantan GPK Ko Kurikulum SKKT turut hadir memeriahkan suasana.
Perjalanan pada pagi tersebut bermula pada pukul 9.00 pagi. Sebanyak 12 buah bot digunakan uuntuk membawa warga SKKT ke lokasi perkelahan. Perjalanan mengambil masa kira-kira 40 minit.
Setibanya di Lata Berkoh aktiviti utama dilakukan termasuklah mandi manda di sungai Tahan yang terkenal dengan kejernihan airnya. Pelbagai aksi maaut dilakukan oleh stunt taak bertauliah. Kaum bapa tidak ketinggalan membakar ayam manakala kum ibu menyediakan hidangan.
Masa berlalu dengan amat pantas , pada pukul 12.00 tengah hari , seluruh warga SKKT bergerak menghilir ke Lubuk Tenor untuk aktiviti memberi makan ikan kelah. Rata-rata warga SKKT melahirkan kegembiraan dengan aktiviti yang dilakukan.
Ucapan jutaan terima kasih juga kepada pihak Jabatan PERHILITAN , Persatuan Bot Pelancong Kuala Tahan dan Golden Masheer , Santuari Kelah atas sumbangan dan sokongan menjayakan program tersebut.

Untuk mengaksess foto sila ke pautan foto 2009











Rabu, 15 April 2009

Piagam Pelanggan

Blog Widget by LinkWithin