Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Isnin, 20 April 2009

Santai di Lata Berkoh dan Santuari Kelah

Tarikh : 18 April
Masa : 9.00 - 1.00 petang
Tempat : Lata Berkoh dan Santuari Kelah , Lubuk Tenor
Kehadiran : 40 dewasa dan 38 kanak-kanak
Aktiviti
i . Mandi manda
ii . Bakar ayam
iii. Makan-makan
iv . Beri makan ikan kelah


Badan Kebajikan Guru dan Staf SK Kuala Tahan telah berjaya menganjurkan Hari Keluarga peringkat sekolah di Lata Berkoh dan santuari Kelah , Lubuk Tenor. Sambutan ahli amat menggalakkan di mana haampir 2/3 ahli turut serta. Pada hari tersebut , Ustaz Azmi Khalid mantan GPK Ko Kurikulum SKKT turut hadir memeriahkan suasana.
Perjalanan pada pagi tersebut bermula pada pukul 9.00 pagi. Sebanyak 12 buah bot digunakan uuntuk membawa warga SKKT ke lokasi perkelahan. Perjalanan mengambil masa kira-kira 40 minit.
Setibanya di Lata Berkoh aktiviti utama dilakukan termasuklah mandi manda di sungai Tahan yang terkenal dengan kejernihan airnya. Pelbagai aksi maaut dilakukan oleh stunt taak bertauliah. Kaum bapa tidak ketinggalan membakar ayam manakala kum ibu menyediakan hidangan.
Masa berlalu dengan amat pantas , pada pukul 12.00 tengah hari , seluruh warga SKKT bergerak menghilir ke Lubuk Tenor untuk aktiviti memberi makan ikan kelah. Rata-rata warga SKKT melahirkan kegembiraan dengan aktiviti yang dilakukan.
Ucapan jutaan terima kasih juga kepada pihak Jabatan PERHILITAN , Persatuan Bot Pelancong Kuala Tahan dan Golden Masheer , Santuari Kelah atas sumbangan dan sokongan menjayakan program tersebut.

Untuk mengaksess foto sila ke pautan foto 2009











3 ulasan:

  1. alhamdulillah,sampai jugak hajat nak ke santuari, seronok, ada peluang lain kali pergi lagi, leh bawak keluarga plak....

    BalasPadam
  2. Moleklah tu...ngape tak tulis name ??

    BalasPadam
  3. tahniah kepada para guru yang telah melahirkan pelajar yang cemerlang

    BalasPadam

Blog Widget by LinkWithin