Program perjumpaan antara penjaga pelajar tahun 6 bersama guru telah diadakan pada 15 Julai 2009. Program ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pendapat mengenai pembelajaran anak-anak. Ibu bapa dan penjaga telah diberikan taklimat mengenai prestasi pelajaran anak-anak.Dalam majlis ini juga ibu bapa berinteraksi bersama pihak pentadbir bagaimana cara untuk meningkatkan pelajaran anak-anak. Mulai bulan ogos nanti semua pelajar ini akan mengikuti kelas intensif pada setiap malam bermula jam 8.00 hingga 10.00 malam.
Di antara program yang telah dan sedang dilakukan termasuklah program Jadual Waktu Anjal , Kelas tambahan petang , kelas malam , kelas hujung minggu dan bacaan yassin pada setiap pagi.
* Program Solat Hajat Perdana pada 30 Julai 2009 / Khamis malam. Semua dijemput hadir *Program Perjumpaan Penjaga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan