Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Sabtu, 19 November 2011

MAJLIS PERPISAHAN - USTAZAH NORMIZA MAT AMIN


TARIKH : 18 NOV 2011
MASA : 10.00 PAGI
HARI : JUMAAT
TEMPAT : DEWAN GEMILANG , SK KUALA TAHAN


Ucapan terakhir Ustazah Normiza bt Mat Amin

Hari terakhir persekolahan bagi sesi 2011 , SK Kuala Tahan kehilangan seorang lagi tenaga pengajar yang telah sekian lama menabur bakti di SKKT. Beliau ialah Ustazah Normiza bt Mat Amin. Ustazah Normiza bertukar ke negeri Selangor kerana mengikut suaminya yang bertugas di sana.

Beliau mula bertugas di SK Kuala Tahan mulai tahun 2006. Beliau merupakan guru keluaran pertama jQAF di SK Kuala Tahan. Rakan beliau Ustazah Intan Azlina dan Ustazah Ida Kalimah. Sepanjang beliau berkhidmat di SK Kuala Tahan , beliau dan rakan-rakan telah menjayakan kelas jQAF. Pelajar-pelajar pertama beliau kini telah menduduki tahun 5.

Belaiu seorang ustazah yang aktif dan sering membantu rakan-rakan menjayakan pelbagai program anjuran Panitia Pendidikan Islam. Semoga khidmat bakti yang cemerlang dapat diteruskan walau di mana beliau berada. Akhir sekali , warga SK Kuala Tahan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustazah Normiza.

SELAMAT BERTUKAR.

Khamis, 17 November 2011

HARI ANUGERAH PENDIDIKAN 2011

TARIKH : 17 NOV 2011
HARI : KHAMIS
MASA : 10.00 - 1.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN GEMILANG , SK KUALA TAHAN



Jawatankuasa Pengelola Hari Anugerah 2011 telah berjaya melaksanakan aktiviti Hari Anugerah Pendidikan. Objektif program ini adalah untuk memberikan penghargaan kepada pelajar sepanjang tahun dalam semua bidang iaitu kurikulum dan kokurikulum.

Program ini bermula seawal jam 10.00 pagi dengan didahului majlis graduasi pelajar prasekolah. Pengerusi Perwaris berbesar hati menyampaikan hadiah dan cenderamata kepada semua pelajar yang terlibat. Para tetamu juga turut dihiburkan dengan persembahan pelajar pra sinar dan pra cahaya.

Majlis perasmian Hari Anugerah dirasmikan oleh En Abdullah b Hj Manan , YDP PIBG SK Kuala Tahan. Dalam ucapannya , beliau mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam semua bidang.

Dalam majlis yang sama juga Cikgu Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan telah memgumumkan keputusan UPSR bagi tahun 2011. Seramai 44 calon telah menduduki ujian tersebut. Peratus kelulusan adalah 50 %. Dua orang pelajar telah mendapat keputusan 5A iaitu Adik Siti Raudah bt Rozali dan Nurul Aqilah bt Zamri. Seramai 2 orang pelajar memperoleh keputusan 4A1B iaitu Mohamad Ameen Aiman b Mohd Saluji dan Nuur Hanis bt Zulkifli.

Majlis berakhir pada jam 1.15 petang dan semua tetamu dijemput ke jamuan makan tengah hari . Majlis telah berlangsung dengan jayanya.

Foto Sekitar Hari Anugerah


Rabu, 16 November 2011

GOTONG ROYONG KENDURI KESYUKURAN

TARIKH : 16 NOV 2011
HARI : RABU
MASA : 12.00 - 6.00 PETANG
TEMPAT : MASJID KUALA TAHAN


Ibu bapa dan penjaga bekerjasama menyiapkan juadah

Satu majlis gotong royong bagi Majlis Kesyukuran telah diadakan di perkarangan Masjid Kg Kuala Tahan. Majlis bermula dengan penyembelihan seekor lembu sumbangan En Zainol b Shahbudin. Program ini adalah dibawah kelolaan PIBG SK Kuala Tahan.

Seawal pukul 12.00 tengah hari , aktiviti melapah lembu telah bermula. Aktiviti ini melibatkan golongan bapa dan penjaga pelajar SK Kuala Tahan. Aktiviti ini mendapat sokongan yang menggalakan dari ibu bapa dan penjaga.

Aktiviti menyiang daging bermula jam 2.30 petang. Kehadiran ramai ibu bapa mempercepatkan perlaksanaan aktiviti tersebut. Sebelum waktu asar semua daging dan tulang telah diletakkan ke dapur. Kaum ibu pula bertungkus lumus membuat persediaan seperti mengupas bawang dan menumbuk bahan-bahan tumis.

Menu yang disediakan untuk majlis kesyukuran termasuklah gulai kawah daging , ayam masak kicap , goreng kacang dan hati . Ibu bapa tidak ketinggalan membawa kuih-kuih bagi jamuan yang diadakan pada sebelah pagi.

Pihak SK Kuala Tahan , Cikgu Zainol b Shahbudin khasnya merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan tenaga oleh pihak ibu bapa dan penjaga dalam menjayakan program ini. Sesungguhnya bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat.

Foto Sekitar Gotong Royong

Rabu, 9 November 2011

SUKANRIA PRASEKOLAH 2011

TARIKH  :  09 NOV 2011
HARI  :  RABU
MASA  :  8.15 - 12.45 TENGAH HARI
TEMPAT  :  DEWAN GEMILANG , SK KUALA TAHAN

Cikgu Zainol b Shahbudin merasmikan Sukan Ria

Prasekolah SK Kuala Tahan telah berjaya menganjurkan Sukan Ria Prasekolah. Aktiviti ini melibatkan dua buah kelas iaitu pra sinar dan pra cahaya. Seramai 50 orang pelajar mengambil bahagian dalam program tersebut. Objektif utama sukan ria untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar terutama sekali bidang yang berkaitan dengan sukan dan permainan.

Program sukan Ria telah dirasmikan oleh Cikgu Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan. Dalam ucapan perasmiannya , beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur kerana berjaya menganjurkan aktiviti yang julung kali dilaksanakan secara berasingan.

Acara sukan Ria melibatkan pelajar berumur 5 dan 6 tahun. Antara acara yang diadakan seperti lari sambil kepik bola , lari dan pecah belon , golek gelung rotan dan sebagainya. Kehadiran ibu bapa dan penjaga amat memberangsangkan dan tidak ketinggalan disediakan acara bagi mereka iaitu music chair dan semakin jauh semakin sayang.

Program ini berlangsung bermula 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari setelah selesai majlis penyampaian hadiah kepada pemenang. Keseluruhannya , program yang dianjurkan telah mencapai matlamatnya seperti yang telah digariskan

 Gambar Majlis Perasmian dan salah satu acara Sukan Ria
.

Khamis, 3 November 2011

PERTANDINGAN MEMBACA BAHASA INGGERIS

TARIKH  :  03 NOVEMBER 2011
HARI  :  KHAMIS
MASA  :  9.00 - 1.00 PETANG
TEMPAT  :  DEWAN GEMILANG , SK KUALA TAHAN

 Peserta Pertandingan Membaca Dalam Bahasa Inggeris

Panitia  Bahasa Inggeris telah menganjurkan satu pertandingan Membaca dalam Bahasa Inggeris bagi pelajar tahap 1 dan 2. Program ini adalah merupakan salah satu komponen program membaca 1 Malaysia yang telah dilancarkan serentak seluruh Malaysia .

Program ini telah disertai seramai 36 pelajar tahap 1 dan 2. setiap kelas diwakili oleh tiga orang peserta. Setiap peserta dibekalkan dengan satu petikan dalam Bahasa Inggeris dan pelajar perlu membaca dengan intonasi dan sebutan yang betul.




Rabu, 2 November 2011

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

TARIKH  :  02 NOVEMBER 2011
HARI  :  RABU
MASA  :  11.00 PAGI
TEMPAT  :  DEWAN GEMILANG , SK KUALA TAHAN

 Guru Besar sedang memerhatikan pelajar LINUS 
membaca buku selepas perasmian penutup.

SK Kuala Tahan telah berjaya mengadakan Program Membaca 1 Malaysia. Program ini telah dan sedang berlangsung selama satu minggu bermula pada 31 Oktober dan akan berakhir 04 November 2011. Objektif utama program ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai kecintaan kepada Bahasa Kebangsaan di samping memperkasakan Bahasa Inggeris.

Di antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan termasuklah bacaan beramai-ramai secara serentak petikan Bahasa Inggeris , Bahasaton dan ceramah bertajuk  kaedah membaca berkesan.

Majlis Pelancaran Program telah disempurnakan oleh Cikgu Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan. Dalam ucapannya , beliau mengingatkan kepentingan membaca dalam kalangan pelajar. Pembacaan yang berkesan akan menambahkan ilmu pengetahuan para pelajar.

Blog Widget by LinkWithin