Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Rabu, 16 November 2011

GOTONG ROYONG KENDURI KESYUKURAN

TARIKH : 16 NOV 2011
HARI : RABU
MASA : 12.00 - 6.00 PETANG
TEMPAT : MASJID KUALA TAHAN


Ibu bapa dan penjaga bekerjasama menyiapkan juadah

Satu majlis gotong royong bagi Majlis Kesyukuran telah diadakan di perkarangan Masjid Kg Kuala Tahan. Majlis bermula dengan penyembelihan seekor lembu sumbangan En Zainol b Shahbudin. Program ini adalah dibawah kelolaan PIBG SK Kuala Tahan.

Seawal pukul 12.00 tengah hari , aktiviti melapah lembu telah bermula. Aktiviti ini melibatkan golongan bapa dan penjaga pelajar SK Kuala Tahan. Aktiviti ini mendapat sokongan yang menggalakan dari ibu bapa dan penjaga.

Aktiviti menyiang daging bermula jam 2.30 petang. Kehadiran ramai ibu bapa mempercepatkan perlaksanaan aktiviti tersebut. Sebelum waktu asar semua daging dan tulang telah diletakkan ke dapur. Kaum ibu pula bertungkus lumus membuat persediaan seperti mengupas bawang dan menumbuk bahan-bahan tumis.

Menu yang disediakan untuk majlis kesyukuran termasuklah gulai kawah daging , ayam masak kicap , goreng kacang dan hati . Ibu bapa tidak ketinggalan membawa kuih-kuih bagi jamuan yang diadakan pada sebelah pagi.

Pihak SK Kuala Tahan , Cikgu Zainol b Shahbudin khasnya merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan tenaga oleh pihak ibu bapa dan penjaga dalam menjayakan program ini. Sesungguhnya bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat.

Foto Sekitar Gotong Royong

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin