Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Selasa, 20 Oktober 2009

Pentadbir SK Kuala Tahan


 En Zainol b Shahbudin
Guru Besar
En Azman b Abdullah Hashim
GPK Pentadbiran
En Adzahar b Mokhtar
GPK HEM
Ustaz Ramli b abdul Rahman
GPK Kokurikulum

Isnin, 19 Oktober 2009

Jamuan Akhir Tahun , Badan Kebajikan Guru & Staff 2009

Tarikh : 18 Oktober 2009
Hari : Ahad
Masa : 8.00-10.30 malam
Tempat : Dewan Bayan Nuri , Mutiara Taman Negara Resort . Kuala Tahan

Badan Kebajikan Guru dan Staff ,SK Kuala Tahan telah berjaya menganjurkan jamuan makan malam 3 dalam satu iaitu Jamuan Akhir Tahun , Jamuan untuk Guru Besar Baharu dan Jamuan perpisahan Mantan Guru Besar.
Jamuan ini diadakan di Dewan Bayan Nuri , Mutiara Taman Negara. Seawal pukul 7.45 malam tetamu telah berada di Taman Negara. Majlis ini melibatkan jemputan di kalangan guru dan YDP serta NYDP PIBG. Sambutan dari kalangan ahli Badan Kebajikan amat menggalakan.
Majlis pada malam itu dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz nazri diikuti ucapan En Mohamad Zabidi b Abdullah , mantan Guru Besar dan ucapan En Kamaruddin b Ariffin , Guru Besar SK Kuala Tahan.
Selepas jamuan makan malam , majlis penyempaian cenderahati kepada mantan Guru Besar dan hadiah kepada penganting baru , kelahiran baru dan hadiah hari lahir. Majils diserikan lagi dengan paduan suara guru-guru yang menyumbangkan suara berkaraoke.
Pihak badan Kebajikan juga ingin merakaman ucapan jutaan terima kasih kepada pengurusan Mutiara Taman Negara yang menaja kek untuk program tersebut.
Majlis berakhir pad jam 10.45 malam dan perjalanan menyeberangi sungai diiringi hujan yang turun agak lebat semasa majlis berlangsung.

Jumaat, 16 Oktober 2009

Aktiviti Lepas Peperiksaan ( ALP ) - Permainan

Tarikh : 12 - 16 Oktober 2009
Hari : Isnin - Jumaat
Masa : 8.00 - 12.00 tengah hari
Tempat : Permainan Luaran di gelanggang / Permainan dalaman di Dewan Gemilang

Program dan aktiviti lepas periksa UPSR diteruskan lagi dengan aktiviti permainan. Permainan ini melibatkan semua pelajar dan melibatak permainan individu dan permainan berkumpulan. Setiap permainan diadili oleh seorang pengadil terdiri daripada guru tahun enam dan guru serta staf sokongan yang terbabit.
Permainan luaran termasuklah permainan sepak takraw , futsal , badminton , bola tampar dan bola jaring. manakala permainan dalaman termasuklah catur , dam dan ping pong .Setiap pelajar dibahagkan kepada beberapa kumpulan. Setiap permainan dijalankan secara liga untuk menjimatkan masa. Bagi permainan dalaman , permainan dijalankan pada waktu petang.
Permainan ini hanya diadakan untuk tempoh seminggu sahaja. Mulai minggu hadapan , pelajar tahun 6 akan meneruskan pembelajaran seperti biasa bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun yang akan diadakan pada bulan november nanti.

Khamis, 15 Oktober 2009

Senarai Guru Besar


BIL
NAMA
TARIKH BERKHIDMAT
1
EN MOHD NAZIR B MOHAMAD
FEB 1960 - DIS 1962
2
EN OTHMAN B CHIK
JAN 1963 - DIS 1964
3
EN HASHIM B ABDUL RAHMAN
JAN 1965 - DIS 1967
4
EN SENUSI B YAACOB
JAN 1968 - DIS 1968
5
EN HASHIM B AWANG SULONG
JAN 1969 - DIS 1970
6
EN JAHIDIN B ISMAIL
JAN 1971 - DIS 1971
7
EN AHMAD B AWANG
JAN 1972 - DIS 1972
8
EN FONG WAI FONG
JAN 1973 - DIS 1973
9
EN ABDUL AZIZ B YUNUS
JAN 1974 - DIS 1975
10
EN DAUD B SHAM
JAN 1976 - DIS 1977
11
EN SAADAM B TALIB
APR 1978 - DIS 1978
12
EN ANUAR B BUYUNG
JAN 1979 - OGOS 1979
13
EN ISMAIL B TEH
SEPT 1979 - SEPT 1981
14
EN AHMAD B SAMAD
SEPT 1981 - SEPT 1983
15
EN ZAKARIAN B UTEH
SEPT 1983 - JUL 1986
16
EN JABALUDDIN B JAWAWI
OGOS 1986 - APR 1993
17
EN MOHD BASIR B SHMAD DARJOO
JUN 1994 - MAC 1998
18
TN HJ ADBUL MALIK B ABDULLAH
APR 1998 - JAN 2006
19
EN MOHAMAD ZABIDI B ABDULLAH
JAN 2006 – OKT 2009
20
EN KAMARUDDIN B ARIFIN
OKT 2009 – DIS 2009
21
22
EN ZAINOL B SHAHBUDDIN
USTAZ NOR AZMUDDIN B SULAIMAN
DIS 2009 -FEB 2012
JUN 2012

Lencana





WARNA MAKSUD
Merah Berani
Hijau Alam Sekitar
Kuning Di Raja
Biru Harmoni
Putih Bersih
Obor Menerangi alam
Buku Ilmu

Maklumat Umum

Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan terletak 80 km dari bandar Jerantut.SK Kuala Tahan merupakan
sekolah kategori
luar bandar.SK Kuala Tahan terletak di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran
Daerah Jerantut.SK kuala Tahan boleh dihubungi
dengan bandar terhampir melalui jalan darat
yang bermula dari Simpang Felda Padang piol dan jalan air melalui jeti Kuala Tembeling.

SK Kuala Tahan terletak di Mukim Tembeling Tengah. Kedudukannya berhampiran
dengan Sungai Tembeling. SK Kuala Tahan
juga berhadapan dengan kawasan perlancongan
yang terkenal iaitu Taman Negara.
Lebih daripada 50 % penjaga kepada pelajar SK Kuala Tahan
terlibat dalam sektor perlancongan.Sektor perlancongan merupakan
nadi kepada ekonomi
Kuala Tahan. Terdapat banyak hotel dan chaletdibina untuk memenuhi permintaan sektor pelancong
Kuala Tahan merupakan tempat persinggahan pelawat dari serata dunia yang ingin menikmati
keindahan Taman Negara di mana
terletak sebuah sekolah yang dinamakan
Sekolah Kebangsaan Kuala tahan.
Sekolah ini dibuka pada 9 rebruari 1960 dengan sebuah
bangunan yang mempunyai 2 buah bilik darjah.Permulaannya dibuka,
sekolah ini hanya
mempunyai seramai 30 orang murid sahaja. Pada 29 Oktober 1969, Menteri Pelajaran pada
ketika itu,
Encik Khair Johari telah merasmikan pembukaan sekolah ini.Kini sekolah
ini mempunyai dua buah blok bangunan baru setinggi
3 tingkat setiap satunya.
Di mana bangunan ini telahdibekalkan pelbagai kemudahan asas terkini serta ruang
pembelajaran yang
lebih selesa dan terkini yangsetanding dengan sekolah-sekolah di Bandar.

Lagu Sekolah

Lagu Sekolah

Indahnya sekolahku
Letak di Kuala Tahan
Tempat menuntut ilmu
Bekalan masa depan

Alam semulajadi
Indah segar dan subur
Kamikan berdikari
Budikan kami tabur

Korus,

Jasa bapa takkan ku lupa
jasa ibu ke syurga
Jasa guru yang kami hormati
Akan kami kenangi

Ilmu penerang hidup
Itulah kata sakti
Semangat kami tiup
Untuk kami berbakti


Lagu Ciptaan;
Cikgu Abdul Rahman b Hj Isnin
1996 - 1997

Jumaat, 9 Oktober 2009

Reunion mantan Pentadbir SKKT

Perjumpaan semula @ reunion bekas Guru Besar dan GPK SK Kuala Tahan telah berjaya diadakan sempena Rumah Terbuka Hari Raya 1430 baru -baru ini. Kehadiran semua mantan GPK amat menggalakan kecuali Haji Nazri b Awang , Ustaz Ramli dan Hj Abdul Malik b Abdullah tidak dapat hadir atas sebab tidak dielakkan.

Antara mantan yang hadir pada majlis tersebut :-
Mohamad Zabidi b Abdullah - GB SK Mela , Kuala Lipis
Ustaz Sabarno Husin - GB SK Panching Utara , Kuantan
En Sakri b Muda - GPK 1 SK Jabor , Kuantan
Ustaz Azmi b Khalid - Penyelia Agama , PPD Raub
En Mohd Zaini b Md Din - GPK HEM SK Kuala Krau ,Temerloh
En Sofian b Kasim - GPK 1 SK Kota Gelanggi 1 , Jerantut
En Omar Sani b Bajuri - GPK 1 SK Tekam Utara , Jerantut
En Suhaimi b Kasim - Penyelia PPD Jerantut
Tn Hj Jamarizan - GB SK Bukit Nikmat , Jerantut
En Mohd Basir b Ramli - Penyelia PPD Jerantut

Barisan Bekas GB & GPK bersama Tuan PPD Jerantut
Wajah ceria dapat bertemu kembali..

GPK yang telah bersara En Wan Ahmad Temizi

Rabu, 7 Oktober 2009

Rumah Terbuka SK Kuala Tahan

Tarikh : 06 Oktober 2009
Hari : Selasa
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

SK Kuala Tahan telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Jerantut ke majlis tersebut. Dalam majlis tersebut Tuan PPD sempat menyampaikan cenderahati kepada En Mohamad Zabidi , mantan Guru Besar , SK Kuala Tahan.
Majlis yang diadakan ini turut mengundang bekas-bekas GPK yang pernah berkhidmat di SK Kuala Tahan. Kehadiran mantan GPK menceriakan suasana sambutan tambahan pula sambutan daripad ibu bapa serta masyarakat setempat begitu menggalakan.
Tuan PPD bersama En Kamaruddin dan Mantan GB En Mohd Zabidi
Cenderahati tanda kenangan

Ucapan Mantan GB dan Guru Besar

Tetamu yang hadir & Pengetua SMKJPSHAS

Selamat Datang En Kamaruddin b Arifin , GB SK Kuala Tahan

Tarikh : 05 Oktober 2009
Hari : Isnin
Masa : 7.30 - 8.15 pagi
Tempat : Dataran Gemilang

Pada pagi isnin yang lalu , bermulalah secara rasmi bagi En Kamaruddin b Arifin dilantik sebagai Guru Besar yang baru di SK Kuala Tahan. Beliau sebelum ini bertugas di SK Bukit Rok , Bera , Pahang. Beliau menggantikan En Mohamad Zabidi b Abdullah yang bertukar ke SK Mela , Kuala Lipis.
Dalam ucapan pertama , beliau sempat mengingatkan pelajar tentang kepentingan pendidikan kepada murid-murid. Beliau juga mengingatkan agar pelajar meningkatkan hal-hal mengenai kebersihan kerana SK Kuala Tahan sering menjadi tumpuan ramai kerana terletak di pintu masuk ke Taman Negara.

Amanat pertama daripada Guru Besar
Guru Besar bersama GPK 1 & GPK KOKU

Melemang 2


Memasak rendang daging

Mantan GB tidak ketinggalan

Persiapan membakar lemang

Masyarakat setempat barganding bahu

Hari Melemang

Tarikh : 05 Oktober 2009
Hari : Isnin
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Perkarangan Sekolah

Ibu bapa dan masyarakat Kg Kuala Tahan memberikan kerjasama yang begitu menggalakan dalam menjayakan program rumah terbuka. Seawal pagi kehadiran ibu bapa banyak membantu melaksanakan tugasan. Kaum ibu terutamanya bertungkus lumus menyediakan persiapan untuk memasak lemang. Proses memasukkan daun dan beras dilakukan bersama-sama.

Mengisi daun pisang dan menganyam ketupat
Ibu bapa dan masyarakat setempat berganding bahu

Persiapan bahan untuk menumis
Orang Kuat PIBG - Ustaz Nasaruddin

Mencari Buluh Lemang dan daun Pisang

Tarikh : 04 Oktober 2009
Hari : Ahad
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kampung Teresik , Kuala Tahan

Sempena program Sambutan Rumah terbuka Hari Raya SK Kuala Tahan , berbagai aktiviti dilakukan untuk menjayakan program tersebut. Pada hari ahad , warga SKKT bersama ibu bapa penjaga telah bergotong royong mencari buluh lemang. Sebanyak 210 ruas buluh telah dapat dikumpulkan . Satu kumpulan lagi mencari daun pisang dan daun lirik yang akan digunakan untuk memasak lemang. Aktiviti ini berakhir pukul 1.00 tengah hari dan selepas makan tengah hari semua penjaga bersurai. Kerjasama dan komitmen warga SKKT dan ibu bapa amat dihargai.
Menyusun kayu api dan membina dapur
Membasuh buluh dan daun lerik
Memotong buluh
Menunggah buluh ke Frontier

Yang berat sama dipikul...

Ahad, 4 Oktober 2009

Selamat Pengantin Baru

Tarikh : 03 Oktober 2009
Hari : Sabtu

Tempat : PAKR Kuala Tembeling , Jerantut , Pahang.


SELAMAT PENGANTIN BARU

Ustazah Normiza bt Mohd Amin & Syaiful Fitry b Masuti

Seluruh Warga SK Kuala Tahan mendoakan agar berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat..

Khamis, 1 Oktober 2009

Aktiviti Lepas Peperiksaan ( ALP ) - Blok Sifir

Program membina blok sifir merupakan projek pertama pelajar tahun 6 sebagai aktiviti lepas periksa (ALP) . Pelbagai aktiviti telah dirancang antaranya mengecat bata , sukan , program motivasi dan khemah ibadat. Program ini akan diadakan mengikut jangka waktu yang telah ditetapkan.
GPK 1 sedang memberikan penerangan
Pelaja sedang memotong blok sifir
Blog Widget by LinkWithin