Hari : Ahad
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kampung Teresik , Kuala Tahan
Sempena program Sambutan Rumah terbuka Hari Raya SK Kuala Tahan , berbagai aktiviti dilakukan untuk menjayakan program tersebut. Pada hari ahad , warga SKKT bersama ibu bapa penjaga telah bergotong royong mencari buluh lemang. Sebanyak 210 ruas buluh telah dapat dikumpulkan . Satu kumpulan lagi mencari daun pisang dan daun lirik yang akan digunakan untuk memasak lemang. Aktiviti ini berakhir pukul 1.00 tengah hari dan selepas makan tengah hari semua penjaga bersurai. Kerjasama dan komitmen warga SKKT dan ibu bapa amat dihargai.
Menyusun kayu api dan membina dapur
Membasuh buluh dan daun lerik
Memotong buluh
Menunggah buluh ke Frontier
Tiada ulasan:
Catat Ulasan