Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Isnin, 19 Oktober 2009

Jamuan Akhir Tahun , Badan Kebajikan Guru & Staff 2009

Tarikh : 18 Oktober 2009
Hari : Ahad
Masa : 8.00-10.30 malam
Tempat : Dewan Bayan Nuri , Mutiara Taman Negara Resort . Kuala Tahan

Badan Kebajikan Guru dan Staff ,SK Kuala Tahan telah berjaya menganjurkan jamuan makan malam 3 dalam satu iaitu Jamuan Akhir Tahun , Jamuan untuk Guru Besar Baharu dan Jamuan perpisahan Mantan Guru Besar.
Jamuan ini diadakan di Dewan Bayan Nuri , Mutiara Taman Negara. Seawal pukul 7.45 malam tetamu telah berada di Taman Negara. Majlis ini melibatkan jemputan di kalangan guru dan YDP serta NYDP PIBG. Sambutan dari kalangan ahli Badan Kebajikan amat menggalakan.
Majlis pada malam itu dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz nazri diikuti ucapan En Mohamad Zabidi b Abdullah , mantan Guru Besar dan ucapan En Kamaruddin b Ariffin , Guru Besar SK Kuala Tahan.
Selepas jamuan makan malam , majlis penyempaian cenderahati kepada mantan Guru Besar dan hadiah kepada penganting baru , kelahiran baru dan hadiah hari lahir. Majils diserikan lagi dengan paduan suara guru-guru yang menyumbangkan suara berkaraoke.
Pihak badan Kebajikan juga ingin merakaman ucapan jutaan terima kasih kepada pengurusan Mutiara Taman Negara yang menaja kek untuk program tersebut.
Majlis berakhir pad jam 10.45 malam dan perjalanan menyeberangi sungai diiringi hujan yang turun agak lebat semasa majlis berlangsung.

2 ulasan:

  1. kenapa tak disertakan gambar jamuan akhir tahun?

    BalasPadam
  2. Gambar tak dapat lagi...saya tak bawa kamera malam tu.

    BalasPadam

Blog Widget by LinkWithin