Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Jumaat, 16 Oktober 2009

Aktiviti Lepas Peperiksaan ( ALP ) - Permainan

Tarikh : 12 - 16 Oktober 2009
Hari : Isnin - Jumaat
Masa : 8.00 - 12.00 tengah hari
Tempat : Permainan Luaran di gelanggang / Permainan dalaman di Dewan Gemilang

Program dan aktiviti lepas periksa UPSR diteruskan lagi dengan aktiviti permainan. Permainan ini melibatkan semua pelajar dan melibatak permainan individu dan permainan berkumpulan. Setiap permainan diadili oleh seorang pengadil terdiri daripada guru tahun enam dan guru serta staf sokongan yang terbabit.
Permainan luaran termasuklah permainan sepak takraw , futsal , badminton , bola tampar dan bola jaring. manakala permainan dalaman termasuklah catur , dam dan ping pong .Setiap pelajar dibahagkan kepada beberapa kumpulan. Setiap permainan dijalankan secara liga untuk menjimatkan masa. Bagi permainan dalaman , permainan dijalankan pada waktu petang.
Permainan ini hanya diadakan untuk tempoh seminggu sahaja. Mulai minggu hadapan , pelajar tahun 6 akan meneruskan pembelajaran seperti biasa bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun yang akan diadakan pada bulan november nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin