Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Sabtu, 11 April 2009

Hari Bahasa Melayu


Guru Besar bergambar bersama pemenang.





Hari Bahasa Melayu peringkat sekolah telah berjaya dilaksanakan. Program ini dianjurkan oleh Panatia Bahasa Melayu dan Pusat Sumber Sekolah. Program ini melibatkan beberapa aktiviti antaranya pertandingan pantun , deklamasi sajak dan bercerita. Peserta pertandingan terdiri daripada pelajar tahap 1 dan 2.
Pertandingan pantun tahap 1 melibatkan seramai 15 orang pelajar. manakala pertandingan deklamasi sajak melibatkan seramai 12 pelajar tahap 1 dan 9 pelajar tahap 2. Tema pantun masa danbumi.
Pertandingan bercerita melibatkan pelajar tahap 1 dan 2. Jumlah peserta s pertandingan bercerita tahap 1 seramai 8 orang manakala tahap 2 seramai 15 orang.
Menurut Pn Hazlinda Mohd Tahan , ketua Panatia Bahasa Melayu , program Hari Bahasa ini merupakan menifestasi pelajaran yang diajar di dalam kelas. Di samping itu , program ini juga dapat mencungkil bakat di kalangan pelajar.
En Mohamad Zabidi b Abdullah , Guru Besar SK Kuala Tahan berharap program yang demikian dapat diadakan dengan lebih kerap sebagai satu usaha sokongan kepada pembelajaran di kelas.
Program Minggu Bahasa ini berakhir pada pukul 12 tengah hari.

Majlis Hafazan Peringkat Prasekolah dan Tadika





Majlis Hafazan Al Quran peringkat Prasekolah dan Tadika telah selamat dilaksanakan. Majlis tersebut merupakan anjuran bersama SK Kuala Tahan dan Tadika Kemas Kuala Tahan. Tema majlis " melentur buluh biarlah dari rebungnya"
Sambutan daripada ibu bapa dan penjaga amat menggalakkan walaupun hujan turun dengan begitu lebat sebelum majlis bermula. Dalam ucapan aluannya , Ustaz Mohd Khaidzir , Pengerusi Tadika Kuala Tahan berharap majlis ini menjadi satu platfom ke arah membentuk masyarakat berilmu bermula dari peringkat awal lagi.
Dua kategori pertandingan hafazan dipertandingkan iaitu untuk pelajar berumur 5 tahun dan 6 tahun. Ceramah motivasi untuk ibu bapa turut diadakan. Ceramah Ustaz Zulfaker begitu menarik perhatian hadirin.

Jumaat, 10 April 2009

Foto Majlis Perpisahan GPK


Baru nak mesra sudah berpisah..

pelukan sayang seorang sahabat


GPK bersama webmaster
Sebahagiaan guru lelaki dan staf

Sekeping gambar membawa seribu tafsiran

Khamis, 9 April 2009

Majlis Perpisahan GPK 1 dan GPK Ko Kurikulum


Raut wajah tersenyum , di hati siapa yang tahu...

Menerima cenderahati daripada Guru Besar

Menerima cenderahati daripada Guru Besar

Ustaz Azmi b Khalid
GPK Ko Kurikulum

En Sakri b Muda
GPK Pentadbiran

Majlis perpisahan bagi GPK 1 En Sakri Muda dan GPK Ko Kurikulum selamat dilaksanakan. En Sakri Muda dengan rasminya bertukar ke SK Jabor , Kuantan sebagai GPK Pentadbiran berkuatkuasa 01 April 2009. Manakala Ustaz Azmi Khalid pula bertukar ke PPD Raub sebagai Penyelia Agama.
En Sakri Muda mula bertugas di SK Kuala Tahan pada Oktober 2008. Sebelum ini beliau bertugas di SK Jaya Gading , Kuantan. Ustaz Azmi pula baru sahaja kembali dari Sawawak pada bulan Januari 2009. Pertukaran beliau secara rasminya pada 01 Mac 2009.
Warga SK Kuala Tahan merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan bakti selama berada di sini. Walaupun baru sahaja di sini , namun keakraban terasa. Kehadiran kedua-dua GPK ini dapat dirasai namun kehilangannya terasa. Masih banyak ruang namun apakan daya , khidmat mereka lebih diperlukan di tempat lain. Patah tumbuh hilang berganti.
Semoga suksess di tempat baru , tempat jatuh lagi dikenang.

Lawatan KS Unit Kualiti JPNP






SK Kuala Tahan berbesar hati menerima lawatan KS Unit Kualiti JPNP diketuai oleh Tn Hj Sudar pada hari selasa yang lalu ( 07 April 2009 ). Turut serta mengiringi lawatan ini Pegawai dari Pejabat Pelajaran Jerantut diketuai En Rosli Mubin , En Jamal Nasir , Ustaz Wahab dan En Suhaimi.
Lawatan ini membuka peluang kepada guru SK Kuala Tahan berinteraksi terutama sekali berkenaan dengan kurikulum khasnya bagi pelajar tahun 6. En Mohamad Zabidi dalam taklimatnya sempat membentangkan keputusan PKSR 1 .
Lawatan ini , walaupun hanya seketika , namun banyak input-input yang berguna dapat disampaikan untuk kemajuan pendidikan di SK Kuala Tahan.

Selasa, 7 April 2009

Kunjungan Muhibah ke SMKJP SHAS , Kuala Tahan

Dua GPK bakal meninggalkan SKKT..
Kalau ada sumur di ladang
Boleh kami menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Guru Besar bersama GPK Ko Kurikulum

GPK HEM bersama Pengetua SMKJPSHAS

Kunjungan hormat barisan pentadbiran SK Kuala Tahan ke SMKJPSHAS diketuai oleh En Mohamad Zabidi b ABdullah , Guru Besar dan turut serta bEn Sakri Muda , GPK Pentadbiran , Ustaz sabarno b Husin , GPK HEM dan Ustaz Azmi b Khalid , GPK Ko Kurikulum. Pengetua SMKJPSHAS En Rosdin b Rahmat berbesar hati menerima kunjungan tersebut.

Jumaat, 27 Mac 2009

Majlis Perpisahan Cikgu Mohd Khairul Syukrie b Kamaruddin




Pada hari ini , Jumaat 27 March 2009 merupakan hari terakhir buat seorang pendidik berkhidmat di SK Kuala Tahan. Setelah hampir 5 tahun mencurahkan khidmat dan bakti di SK Kuala Tahan , beliau akan bertukar ke SK Perian , Jerantut.
Pertukaran beliau adalah atas kepentingan pendidikan. Buat masa ini beliau berulang hampir 160 km pergi balik setiap hari. Dalam ucapan terakhirnya beliau berharap apabila pelajar ingatkan beliau ...ingatlah ilmu pengetahuan.
Cikgu Syuk merupakan seorang guru bahasa Inggeris dan mempunyai kemahiran khas dalam ilmu komputer. Beliau merupakan penyelaras ICT dan Pusat Akses.
Diharapkan beliiau akan suksess di sekolah baru. Warga Kuala Tahan mengucapkan terima kasih atas segala budi yang telah ditabur.

Selasa, 24 Mac 2009

Kursus Eduwebtv





Kursus eduwebtv telah berjaya diadakan pada hari selasa 23 March 2009 bertempat Makmal Komputer sekolah. Kehadiran peserta amat menggalakkan. Kursus diadakan bermula pukul 3.00 dan berakhir jam 5.00 petang.
Menurut salah seorang peserta kursus , En Aslahuddin Daud beliau amat teruja menggunakan teknologi dalam pendidikan dan berharap guru-guru akan menggunakan sepenuhnya kemudahan ICT yang sedia ada di sekolah

Isnin, 23 Mac 2009

Foto Sukan 2009




Foto Sekitar Kejohanan Sukan SKKT 2009

Khamis, 12 Mac 2009

Majlis Tadarus Al Quran Peringkat Zon Tembeling



Majlis Tadarus Al Quran peringkat zon Tembeling telah berlangsung dengan jayanya pada 11 Mac 2009. Seramai hampir 60 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam beberapa acara . Pertandinga tersebut telah diadakan di Dewan Utama , SK Kuala Tahan.

Bagi acara Tadarus , pertandingan telah diadakan di dewan utama , manakala pertandingan bercerita diadakan di Pusat Sumber Sekolah dan pertandingan Hafazan di Bilik Muzik. Sementara itu pertandingan Jawi diadakan di kelas 4 Al Ghazali.

Pertandingan pada kali ini bertujuan untuk mencungkil bakat di kalangan pelajar di zon Tembeling dan akan mewakili zon ke peringkat Daerah yang akan diadakan pada hujung bulan ini. Setiap wakil zon ini akan dilatih oleh guru di peringkat sekolah masing-masing.

Pertandingan Tadarus pada kali ini telah dirasmikan oleh wakil PPD Jerantut , ustaz Abdul Wahab. Beliau juga mengingatkan pemenang-pemenang agar mengggunakan platfon ini sebagai satu usaha untuk mengasah bakat. Guru-guru juga digalakkan mengilap bakat yang telah dicungkil. Beliau juga berharap agar pada tahun yang akan datang SK Kuala Tahan akan dapat menjadi tuan rumah untuk majlis peringkat daerah pula.

Selasa, 10 Mac 2009

Foto Persiapan Padang







Hanya satu hari diperlukan untuk menyudahkan padang pertandingan..




Sukan Tahunan SK Kuala Tahan 2009





Sukan Tahunan SK Kuala Tahan 2009 telah berjaya diadakan seperti mana yang telah dirancang. Sukan tersebut telah diadakan pada 07 March 2009 bertempat di Padang FELCRA Tembeling Tengah , Kuala Tahan. Pemilihan padang FELCRA adalah kerana SK Kuala Tahan tidak mempunyai padang . Padang sedia ada telah dijadikan tapak pembinaan bangunan tambahan. Jarak antara sekolah ke padang FELCRA sejauh 4 km.

Acara sukan telah bermula tepat pukul 8.00 pagi. Walau bagaimanapun hujan yang turun sepanjang malam menyebabkan keadaan padang menjadi becak dan licin. Namun demikian , itu tidak sedikitpun mengugat semangat pelajar menyertai sukan tahunan tersebut. Sukan ini merupakan sukan yang pertama kali diadakan di era milinium. Hampir satu dekad sukan tidak diadakan di SK Kuala Tahan.

Sebanyak empat buah rumah sukan mengambil antaranya Dato Bahaman , Mat Kilau , Tok Gajah dan Dato Maharaja Lela. Sambutan dari penjaga amat menggalakan malahan mereka sanggup bersengkang mata hingga pukul 1.00 pagi menghias rumah sukan masing-masing. Walaupun masa agak terhad , namun persiapan amat baik.

bersambung.....

Rabu, 4 Mac 2009

Foto Sekitar Latihan Sukan






Latihan Sukan Tahunan telah diadakan di Padang SMJJP SHAS , Kuala Tahan pada hari selasa dan Rabu . Latihan bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Walau bagaimanapun lahihan diteruskan di Padang FELCRA Tembeling Tengah pada hari khamis dan jumaat.
Latihan ini mendapat kerjasama penuh dari ibu bapa dan penjaga kerana mereka menghantar dan mengambil anak-anak mereka tepat pada waktunya.

Isnin, 2 Mac 2009

Latihan Rumah Sukan 2009

Latihan rumah sukan kembali diteruskan bermula petang ini. Maklumat lanjut mengenai latihan tersebut seperti di bawah :-

Masa : 4.30 - 6.30 petang
Tempat : Padang SMK JP SHAS , Kuala Tahan

Semua guru rumah sukan diharapkan hadir di padang untuk memberikan sokongan kepada rumah sukan masing-masing. Rumah sukan yang terbabit ialah :-

Tok Gajah
Datok Bahaman
Mat Kilau
Datuk Maharaja Lela

Semua pelajar terlibat sama. Pra hingga tahun 6.
Pelajar diminta membawa bersama minuman untuk membasahkan tekak.

Sekiranya hujan berterusan hingga petang. Latihan akan dibatalkan.

Harap maklum.

Foto Mesyuarat Agung PIBG



Barisan AJK PIBG bersama YDP , NYDP dan Penasihat PIBG


Foto selanjutnya boleh diaksess di

http://picasaweb.google.com/skkualatahan

Blog Widget by LinkWithin