Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Khamis, 20 Januari 2011

LAWATAN KERJA YB DR HJ MOHD PUAD B ZARKASHI


YB Dr Hj Mohd Puad sempat beramah mesra dengan warga pendidik

YB Dr Hj Mohd Puad bersama Guru Besar.

Tarikh : 20 Januari 2011

Hari : Khamis
Masa : 7.30 - 8.30 Pagi
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan menerima kunjungan hormat oleh YB Dr Hj Mohd Puad b Zakarshi , Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Beliau diiringi oleh En Yahya b Zainal Abidin , Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Pahang. Rombongan tersebut tiba tepat jam 7.30 pagi.
Ketibaan rombongan disambut paluan kompang pelajar SK Kuala Tahan. YB Dr Hj Mohd Puad Zarkashi sempat beramah mesra bersama ibu bapa dan penjaga pelajar SKKT.
Majlis bermula dengan bacaan doa , seterusnya ucapan aluan oleh En Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan. dalam ucapannya cikgu Zainol sempat mengutarakan masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah antaranya kekurangan rumah guru dan masalah padang sekolah. Walaupun padang telah disiapkan , namum beberapa pembaikan perlu dibuat sebelum dapat digunakan oleh pelajar. Keperluan padang amat penting selaras dengan saranan satu pelajar satu sukan.
YB Dr Hj Mohd Puad b Zakarshi dalam ucapannya menyentuh peranan yang perlu dimainkan oleh pihak dan ibu bapa dalam membentuk pelajar yang cemerlang. Beliau juga sempat menerangkan dasar-dasar baru kerajaan seperti NKRA , SBT , New deal yang mana semua program ini jika diamati dan dilaksanakan akan meningkatkan dan melonjakkan pendidikan ke arah yang lebih baik. Beliau juga memberikan cabaran kepada warga kerja SKKT agar meningkatkan prestasi UPSR 2011 ke tahap yang lebih cemerlang.
Rombongan KPM juga telah dijamu dengan makanan tradisional seperti nasi lemak , kuih cakar ayam , pulut , emping serta sambal hitam juga ikan sungai.Rombongan ini juga dipersembahkan dengan tarian oleh pelajar tahap 1 yang menyajikan tiga buah tarian.
Walaupun lawatan tersebut hanya sebentar , namun ianya sungguh memberikan makna kepada warga SK Kuala Tahan khasnya masyarakat Kuala Tahan amnya.
Warga SKKT mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang hadir di samping sumbangan kuih muih yang pelbagai jenis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin