Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Selasa, 5 April 2011

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2011

Tarikh : 03 April 2011
Hari : Ahad
Masa : 8.00 - 2.00 petang
Tempat : Padang FELCRA Tembeling Tengah , Kuala Tahan.

SK Kuala Tahan telah berjaya menganjurkan kejohanan Sukan Tahunan kali ketiga era milinium bertempat di Padang FELCRA Tembeling Tengah. Kejohanan pada kali ini disertai empat buah rumah sukan iaitu Hijau , Biru , Kuning dan Merah.

Kejohanan sukan kali ini bermula seawal 8.00 pagi bagi acara-acara pecut seperti 80 m , 100 m dan 200 meter. Saringan peringkat awal bagi acara lontar peluru , lompat jauh telah didominasi oleh rumah biru meninggalkan jauh juara tahun lalu , rumah hijau. Persaingan sengit dapat dilihat semasa acara balapan hari kejohanan.

Majlis perasmian diadakan pada pukul 9.30 pagi oleh En Abdullah b Hj Manan , YDP PIBG SK Kuala Tahan. Dalam ucapannya , beliau menekankan pentingnya pelajar-pelajar menyertai aktiviti sukan untuk membentuk pelajar yang cergas dan cerdas. Selepas acara perasmian , kejohanan diteruskan lagi dengan acara-acara lari berganti-ganti.

Kejohanan pada kali ini mendapat sokongan yang begitu jitu dari pengurusan FELCRA Tembeling Tengah kerana membenarkan padang digunakan buat kali ketiga berturut. Walaupun jarak SK Kuala Tahan ke Padang FELCRA lebih 4 km , namun kerjasama semua pihak telah berjaya menganjurkan kejohanan ini dengan lancar.Di samping itu , pihak sekolah juga telah mendapat bantuan daripada RELA Felda Sungai Retang bagi membantu kelancaran perjalanan kejohanan tersebut.

Pihak penganjur tidak lupa menganjurkan acara-acara untuk belia , beliawanis dan ibu bapa serta penjaga. Aktiviti sukaneka mendapat sambutan yang menggalakkan dan maklum balas yang diterima , mereka meminta diperbanyakkan lagi acara seperti itu pada kejohanan akan datang.

Kejohanan pada kali ini mencatatkan persaingan yang sengit di kalangan rumah sukan yang bertanding. Juara tahun lalu rumah Hijau telah diberikan tentangan sengit dari rumah Biru. Pada peringkat awal rumah biru mendahului agak jauh , namun di akhir persaingan rumah Hijau masih lagi mengekalkan kejuaraan bagi tahun ketiga berturut-turut. Perbarisan rumah sukan dimenangi rumah biru manakala rumah sukan tercantik dimenangi rumah Merah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin