Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Selasa, 18 Ogos 2009

Ujian PKSR 3 /2009

Tarikh : 18 - 20 Ogos 2009
Hari : Isnin hingga Rabu

Aktiviti : Ujian PKSR 03


Pelajar SK Kuala Tahan telah dan sedang menduduki Ujian PKSR 03 /2009. Peperiksaan ini dijalankan serentak seluruh daerah Jerantut. Walau bagaimanapun terdapat segelintir pelajar tidak dapat menduduki peperiksaan ini kerana telah diberikan cuti selama 7 hari akibat simpton jangkitan virus H1N1. Pelajar tersebut seramai 10 orang diberikan cuti hingga 20 Ogos ini. Bagi pelajar yang terlibat , mereka akan dibenarkan menduduki ujian ini setelah mereka hadir semula ke sekolah.
Bagi pelajar tahun enam pula , mereka menduduki ujian PRA UPSR PPD anjuran PPD Jerantut. Walaupun baru sahaja menduduki ujian Percubaan UPSR JPNP , namum semangat mereka tidak pernah menurun. Program pecutan akhir ini diharapkan akan membuahkan hasil yang gemilang kepada pelajar UPSR nanti.
Kepada warga dan pelajar SK Kuala Tahan selamat menduduki peperiksaan dan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.


Pelajar Tahun 6 sedang khusyuk menjawab soalan PKSR 3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin