Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Selasa, 24 Julai 2012

TADARUS AL QURAN 1433H

TARIKH   :  24 JULAI 2012
HARI        :  SELASA-KHAMIS
MASA      :  7.30 - 8.15 PAGI
TEMPAT   :  DEWAN GEMILANG

panitia Pendidikan Islam SK Kuala Tahan telah menganjurkan aktiviti sempena bulan Ramadhan al Mubarak. Program yang telah dirancang melibatkan semua warga SK Kuala Tahan. Program Tadarus Al Quran dilaksanakan pada hari selasa , rabu dan khamis. Program bermula pada pukul 7,30 pagi dan berakhir pada pukul 8.15 pagi.
     Pada setiap pagi seorang pelajar dipilih untuk membacakan hadith nabi dengan pengawasan ustaz. Hadith yang dipilih berkaitan dengan ibadat puasa. Selepas itu , bacaan Al Quran beramai-ramai dimulakan dan dipimpim oleh Ustaz Zaharuddin b Abdul Rahman dan Ustaz nasaruddin b Ismail.

FOTO  AKTIVITI  TADARUS  AL  QURAN
 Penggunaan teknologi untuk memudahkan majlis
 Guru dan pelajar sama-sama menjayakan program

Jumaat, 20 Julai 2012

PELANCARAN PROGRAM IHYA RAMADHAN 1433

TARIKH   :  19 JULAI 2012 @ 29 SYAABAN 1433H
HARI        :  KHAMIS
MASA      :  11.00 - 1.15 PETANG
TEMPAT   :  DEWAN GEMILANG , SK KUALA TAHAN

Panitia Pendidikan Islam telah melancarkan Program Ihya Ramadhan sempena kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak.Majis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Al Fadhil Ustaz NorÁzamuddin b Sulaiman , Guru Besar SK Kuala Tahan. Beliau sempat mengingatkan para pelajar tentang kepentingan ibadat puasa kepada pelajar-pelajar.
     Dalam masa yang sama , Ustaz Nasaruddin b Ismail , Ketua Panitia Pendidikan Islam telah memberikan taklimat lanjut mengenai program yang akan dijalankan sepanjang bulan ramadhan nanti. Antara program yang telah diaturkan termasuklah :-
     1.  Tadarus Al Quran
     2.  Bacaan hadis oleh pelajar yang terpilih
     3.  Kalam jamaie
     4.  Majlis khatam Al Quran.
   
     Setiap program yang dicadangkan akan diketuai oleh seorang ketua. Masa program berlangsung dari jam 7.30 hingga 8.30 pagi. Program akan diadakan pada hari selasa , rabu dan khamis.Dalam masa yang sama , Tuan Guru Besar juga telah melancarkan Tabung Idil Fitri 1433 . Tabung ini menerima sumbangan daripada sesiapa sahaja. Program ini telah dimulakan pada tahun 2007 yang lalu.
     Semoga usaha yang dilakukan akan mendapat keberkatan dan keredhaanNya.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak dan Selamat Berpuasa.

FOTO PELANCARAN IHYA RAMADHAN
Ustaz NorÁzmuddin Sulaiman merasmikan pelancaran Ihya Ramadhan
 Ustaz Nasaruddin KP PAI memyampaikan taklimat
     Simbolik Pelancaran Tabung Hari Raya 1433H

Selasa, 17 Julai 2012

KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG

TARIKH   :   17 JULAI 2012
HARI        :  SELASA
MASA      :  7.30 - 10.15 PAGI
TEMPAT   :  DEWAN GEMILANG , SK KUALA TAHAN

Hari ini bertempat di Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan satu majlis pelancaran Kempen Kibarkan Jalur Gemilang telah diadakan sempena Bulan Kemerdekaan. Kempan ini akan berlangsung mulai 17 Julai hingga 16 september 2012. Matlamat kempen ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada para pelajar akan sejarah kemerdekaan negara Malaysia tercinta.
Majlis ini dimulakan dengan nyanyian lagu sekolah , lagu negeri dan Negaraku. Kemudian diikuti dengan bacaan doa oleh al fadhil Ustaz Nasaruddin b Ismail. Para hadirin juga diperdengarkan perutusan yang dibacakan oleh Cikgu Adzahar b Mokhtar , GPK HEM.
     Kemuncak acara adalah penyerahan jalur gemilang kepada wakil pelajar sebagai simbolik kempen. Para pelajar digalakkan mengebarkan jalur gemilang dalam kelas masing-masing.Persembahan pelajar mengisi salah satu slot seperti deklamasi sajak dan nyanyian lagu warisan.
     Kesempatan ini juga digunakan untuk program mewarna jalur gemilang untuk pelajar SK Kuala Tahan. semua pelajar terlibat dari pelajar prasekolah hinggalah pelajar tahun 6. Majlis berakhir pada jam 10.15 pagi setelah acara mewarna tamat.

FOTO KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG
En Adzahar b Mokhtar , GPK HEM
Penyerahan Jalur Gemilang kepada wakil pelajar
Pertandingan Mewarna Jalur Gemilang
Suasana semasa perlancaran program 

Jumaat, 13 Julai 2012

SOLAT HAJAT PERDANA - UPSR

TARIKH   :  12 JULAI 2012
HARI        :  KHAMIS
MASA      :  7.00 - 10.00 MALAM
TEMPAT   :  DEWAN GEMILANG , SK KUALA TAHAN
KEHADIRAN  :  WARGA SKKT DAN PENJAGA TAHUN 6

Program Solat Hajat Perdana telah berjaya dilaksanakan dengan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan penjaga pelajar tahun 6. Program yang julung kali diadakan pada tahun ini dan akan diadakan bagi fasa 2 pada bulan september nanti.
     Program ini melibatkan seluruh warga SK Kuala Tahan , pelajar tahun serta inu bapa dan penjaga. Majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Al Fadhil Ustaz Nasaruddin b Ismail. Sesudah solah berjemaah solat hajat diadakan memohon kejayaan anak-anak dalam peperiksaan UPSR nanti.
     Bacaan yasin menyusul selepas solat hajat. Pada majlis ini juga , Ustaz Nor'Azmuddin b Sulaiman , Guru Besar SK Kuala Tahan turut serta. Solat isyak berjemaah diimamkan oleh Al Fadhil Ustaz Zaharuddin b Abdul Rahman. Sesudah solat semua tetamu yang hadir dijemput menjamu selera.
     Ibu bapa dan penjaga bersama-sama membawa makanan dari rumah. Rezeki pada malam itu amat banyak dengan pelbagai juadah. Ini adalah budaya di SK Kuala Tahan yang masih diamalkan hingga kini.Majlis tamat kira-kira jam 10 malam dengan satu azam ingin mencapai kejayaan cemerlang dunia dan akhirat.
        Ya Allah , perkenanlah permintaan kami ini , hanya Engkaulah tempat kami memohon pertolongan. Amin
FOTO SEKITAR SOLAT HAJAT
 Tetamu menjamu selera selepas solat

Rabu, 11 Julai 2012

PANCING AMAL WARGA SKKT

TARIKH     :  10 JULAI 2012
HARI          :  SELASA
MASA        :  4.00-6.30 PETANG
TEMPAT     :  KOLAM PANCING MHS ,KUALA TAHAN
KEHADIRAN  :  WARGA SK KUALA TAHAN

Sekali lagi warga SK Kuala Tahan telah mengadakan aktiviti memancing. Kali pertama dahulu pertandingan memancing sempena Hari Guru , kini pancing amal sempena solat Hajat UPSR. Objektif utama pancingan hari ini adalah untuk mendapatkan dan dikumpulkan sebagai lauk yang akan disediakan bagi Majlis Solat Hajat Perdana UPSR yang akan berlangsung pada 12 Julai nanti.
     Program ini telah menarik hampir 95 % warga SK Kuala Tahan ,manakala warga yang tidak hadir adalah atas alasan sakit dan perkara yang tidak dapat dielakkan. Walaupun , ada sebahagian pemancing baru pertama kali memancing , namun tidak menghalang dali memberikan sumbangan kepada program ini.
     Pancingan pada kali mencapai objektif di mana lebih daripada 30 kilogram ikan patin telah dipancing. Ikan yang didapati akan disalai oleh warga SK Kuala Tahan. Jumlah ikan yang banyak dan besar menceriakan peserta pada hari ini.
     Walaupun pancing amal , namun hadiah juga disediakan untuk peserta yang mendapat ikan terbesar. Cikgu Firdaus dan Ayah Chu saadun ( pengawal keselamatan ) berkongsi hadiah dengan tangkapan seberat 1.65 kilogram. Ikan terbanyak dimenangi oleh Cikgu Azman dengan tangkapan sebanyak 8 ekor.
     Program tamat pada jam 6.30 petang setelah tambahan 30 minit oleh tuan punya kolam pancing. Terima kasih kepada Pak Njang Yaacob. Semoga usaha murni ini mendapat keredaanNya.

FOTO PANCING
Ayah Chu Saadun - Juara
 Antara ikan yang berjaya dipancing dan aksi melayan ikan patin
Wajah ceria antara warga SK Kuala Tahan

Selasa, 10 Julai 2012

1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

TARIKH     :  10 JULAI 2012
HARI          :  SELASA
MASA        :  7.30 - 10.15 PAGI
TEMPAT     :  DEWAN GEMILANG , SK KUALA TAHAN

Program 1murid 1sukan telah dilaksanakan dengan jayanya oleh warga SK Kuala Tahan. Program ini diadakan serentak di seluruh Malaysia bagi menyahut seruan Menteri Pelajaran Malaysia. Program ini melibatkan seramai 315 orang pelajar bermula dari kelas prasekolah hinggalah pelajar tahun 6. Kakitangan sokongan serta pekerja pembersihan swasta dan pengawal keselamatan turut serta. YDP PIBG dan ajk turut serta memberikan sokongan kepada program tersebut.
     Program ini bermula seawal 6.45 pagi dengan kedatangan pelajar dan kehadiran telah direkodkan. Setelah selesai , majlis bermula dengan nyanyian lagu negeri dan lagu kebangsaan. Sebagai gimik pelancaran , En Abdullah b Manan , YDP PIBG SK Kuala Tahan telah memecahkan belon dan menyerahkan salinan CD bagi memulakan acara.
     Acara senamrobik telah bermula pada jam 8.15 pagi . Pasukan tarian yang dilatih oleh Cikgu Nor Idayu Idrus telah memimpin tarian 1murid 1sukan. wajah-wajah ceria warga SKKT menceriakankan lagi aktiviti pagi ini. Acara senamrobik diselang dengan tarian poco-poco. Tarian tamat pada jam 9.45 pagi. 
     Keseluruhan program berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

FOTO 1MURID 1SUKAN
 Memanaskan badan
 
 Barisan penari.1M1S ....Bersemangat..

Isnin, 9 Julai 2012

LAWATAN INTERNATIONAL SCHOOL - ALICE SMITH

TARIKH     :  05 JULAI 2012
HARI          :  KHAMIS
MASA        :  3.00 - 5.00 PETANG
TEMPAT     :  DEWAN GEMILANG , SK KUALA TAHAN

SK Kuala Tahan sekali lagi menerima lawatan daripada International School Alice Smith , Kuala Lumpur. Lawatan ini diketuai oleh Pengetua sekolah tersebut. Seramai 85 orang pelajar yang berunur antara 12-13 tahun terlibat dalam lawatan tersebut. Pelajar tersebut terdiri daripada pelbagai negara seperti Switzerland , Perancis , Kanada , UK , Bangladesh , India , Ecuador , Taiwan dan sebagainya. Mereka ini terdiri daripada anak-anak diplomat dan petugas yang berkhidmat di Kuala Lumpur.
     Tujuan lawatan ini adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang kebudayaan yang diamalkan dalam kalangan masyarakat melayu. Kedatangan mereka disambut dengan paluan kompang dan ditaburkan bunga rampai. Seterusnya mereka telah disajikan dengan persembahan silat dan adat persandingan masyarakat melayu. Mereka telah bersama merasa bagaimana majlis menitis inai.
     Pada sesi yang lain , mereka telah didedahkan kepada pengalaman permainan tradisional seperti sepak raga bulat , batu seremban , congkak , galah panjang dan ketinting. Pengalaman ini telah memberikan pendedahan yang baharu kepada mereka.
     Mereka juga membalas dengan sketsa yang berkisarkan kehidupan sehari-hari mereka di sekolah bermula dari bunyi loceng sehinggalah tamat waktu belajar pada waktu petang. 
     Program yang demikian aamat memberikan manfaat kepada pelajar di SK Kuala Tahan. Mereka dapat mengetahui dan bergaul bersama-sama dengan pelajar yang datang dari pelbagai negara. Majlis tamat pada jam 5 petang. Pelajar International School juga telah menyampaikan sumbangan berbentuk buku  kepada pelajar SK Kuala Tahan.

FOTO  SEKITAR AKTIVITI



Ahad, 8 Julai 2012

USTAZ NOR' AZMUDDIN B SULAIMAN

 Ustaz Nor `Azmuddin b Sulaiman
Guru Besar

Penantian lebih daripada tiga bulan akhirnya terjawab apabila Ustaz Nor A'zmuddin b Sulaiman , Penyelia Kanan Unit Agama Islam , Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut telah dilantik secara rasminya sebagai 
Guru Besar , SK Kuala Tahan menggantikan Cikgu Zainol b Shahbuddin yang bertukar ke SK Damak Jerantut.
     Ustaz Nor A'zmuddin merupakan anak jati Jerantut. Beliau dilahirkan di Kampung Tebing Tinggi , Jerantut , Pahang. Setelah menamatkan kursus perguruan , beliau telah menabur bakti di negeri Bawah Bayu selama 7 tahun. Pelbagai pengalaman dikutip dan dibawa balik untuk dijadikan pelgalaman yang berguna dalam bidang pendidikan.
     Sebelum bertugas sebagai Penyelia Kanan di PPD Jerantut , beliau terlebih dahulu bertugas di PPD Kuala Lipis dan menjawat jawatan yang sama. Dalam bidang pentadbiran , beliau telah menjawat jawatan sebagai GPK Pentadbiran di SK Batu Balai , Jerantut selama lebih daripada 8 tahun.
     Misi beliau di SK Kuala Tahan adalah untuk meningkatkan pencapaian dalam bidang kurikulum selaras dengan saranan melahirkan pelajar yang cemerlang alam bidang akademik , kokurikulum mahupun sahsiah diri.

                  SELAMAT BERTUGAS KEPADA USTAZ NOR' AZMUDDIN.
Blog Widget by LinkWithin