Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Rabu, 5 Mei 2010

Majlis Perpisahan GPK Kokurikulum


Tarikh : 05 Mei 2010

Hari : Rabu
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Warga SK Kuala Tahan kehilangan seorang lagi warga kerjanya. Kali ini giliran Cikgu Zulzaman b Jamaluddin , GPK Kokurikulum pula meninggalkan SK Kuala Tahan. Cikgu Zulzaman akan mula bertugas di SK Jengka 24 sebagai GKP Kokurikulum.
Sepanjang setahun berada di SK Kuala Tahan , Cikgu Zulzaman amat diigati oleh para pelajar kerana ketegasan beliau terutama sekali perkara berkaitan dengan disiplin. Sepanjang berada di SK Kuala Tahan beliau sempat mengendalikan sukan tahunan yang diadakan di Padang FELCRA Tembeling Tengah.
Dalam majlis yang diadakan , para pelajar SK Kuala Tahan sempat memberikan beberapa persembahan mengiringi pepergian Cikgu Zulzaman. Pelajar sempat menyanyikan beberapa lagu seperti Pelangi Petang- nyanyian Sudirman dan lagu Kenangan Terindah - Samson.
Semoga Cikgu Zulzaman sukses di tempat baru. Walaupun sekejap namun kehadiran tetap dirasai.
Blog Widget by LinkWithin