Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Rabu, 11 Julai 2012

PANCING AMAL WARGA SKKT

TARIKH     :  10 JULAI 2012
HARI          :  SELASA
MASA        :  4.00-6.30 PETANG
TEMPAT     :  KOLAM PANCING MHS ,KUALA TAHAN
KEHADIRAN  :  WARGA SK KUALA TAHAN

Sekali lagi warga SK Kuala Tahan telah mengadakan aktiviti memancing. Kali pertama dahulu pertandingan memancing sempena Hari Guru , kini pancing amal sempena solat Hajat UPSR. Objektif utama pancingan hari ini adalah untuk mendapatkan dan dikumpulkan sebagai lauk yang akan disediakan bagi Majlis Solat Hajat Perdana UPSR yang akan berlangsung pada 12 Julai nanti.
     Program ini telah menarik hampir 95 % warga SK Kuala Tahan ,manakala warga yang tidak hadir adalah atas alasan sakit dan perkara yang tidak dapat dielakkan. Walaupun , ada sebahagian pemancing baru pertama kali memancing , namun tidak menghalang dali memberikan sumbangan kepada program ini.
     Pancingan pada kali mencapai objektif di mana lebih daripada 30 kilogram ikan patin telah dipancing. Ikan yang didapati akan disalai oleh warga SK Kuala Tahan. Jumlah ikan yang banyak dan besar menceriakan peserta pada hari ini.
     Walaupun pancing amal , namun hadiah juga disediakan untuk peserta yang mendapat ikan terbesar. Cikgu Firdaus dan Ayah Chu saadun ( pengawal keselamatan ) berkongsi hadiah dengan tangkapan seberat 1.65 kilogram. Ikan terbanyak dimenangi oleh Cikgu Azman dengan tangkapan sebanyak 8 ekor.
     Program tamat pada jam 6.30 petang setelah tambahan 30 minit oleh tuan punya kolam pancing. Terima kasih kepada Pak Njang Yaacob. Semoga usaha murni ini mendapat keredaanNya.

FOTO PANCING
Ayah Chu Saadun - Juara
 Antara ikan yang berjaya dipancing dan aksi melayan ikan patin
Wajah ceria antara warga SK Kuala Tahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin