Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Rabu, 21 Disember 2011

TAKLIMAT SBPA BAGI WARGA SK KUALA TAHAN


Taklimat SPBA oleh Guru Besar

TARIKH : 21 DIS 2011
HARI : RABU
MASA : 9.00 - 11.00 PAGI
TEMPAT : BILIK GERAKAN

Semua warga SK Kuala Tahan telah hadir dalam satu taklimat berkaitan Sistem Baharu Perkhidmatan Awam ( SBPA ) . Majlis bermula dengan taklimat oleh Cikgu Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan. Beliau menghuraikan dengan terperinci semua penerangan yang berkaitan dengan SBPA.

Kesemua guru dan staf sokongan SK Kuala Tahan telah membuat pilihan opsyen masing-masing.Dalam sesi soal jawab pelbagai soalan diajukan bagi membantu pemahaman tentang SPBA. Tuan Guru besar juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan staf yang hadir dalam taklimat SBPA. Majlis berakhir dengan jamuan pulut durian. Alhamdulillah.

Sabtu, 19 November 2011

MAJLIS PERPISAHAN - USTAZAH NORMIZA MAT AMIN


TARIKH : 18 NOV 2011
MASA : 10.00 PAGI
HARI : JUMAAT
TEMPAT : DEWAN GEMILANG , SK KUALA TAHAN


Ucapan terakhir Ustazah Normiza bt Mat Amin

Hari terakhir persekolahan bagi sesi 2011 , SK Kuala Tahan kehilangan seorang lagi tenaga pengajar yang telah sekian lama menabur bakti di SKKT. Beliau ialah Ustazah Normiza bt Mat Amin. Ustazah Normiza bertukar ke negeri Selangor kerana mengikut suaminya yang bertugas di sana.

Beliau mula bertugas di SK Kuala Tahan mulai tahun 2006. Beliau merupakan guru keluaran pertama jQAF di SK Kuala Tahan. Rakan beliau Ustazah Intan Azlina dan Ustazah Ida Kalimah. Sepanjang beliau berkhidmat di SK Kuala Tahan , beliau dan rakan-rakan telah menjayakan kelas jQAF. Pelajar-pelajar pertama beliau kini telah menduduki tahun 5.

Belaiu seorang ustazah yang aktif dan sering membantu rakan-rakan menjayakan pelbagai program anjuran Panitia Pendidikan Islam. Semoga khidmat bakti yang cemerlang dapat diteruskan walau di mana beliau berada. Akhir sekali , warga SK Kuala Tahan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustazah Normiza.

SELAMAT BERTUKAR.

Khamis, 17 November 2011

HARI ANUGERAH PENDIDIKAN 2011

TARIKH : 17 NOV 2011
HARI : KHAMIS
MASA : 10.00 - 1.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN GEMILANG , SK KUALA TAHAN



Jawatankuasa Pengelola Hari Anugerah 2011 telah berjaya melaksanakan aktiviti Hari Anugerah Pendidikan. Objektif program ini adalah untuk memberikan penghargaan kepada pelajar sepanjang tahun dalam semua bidang iaitu kurikulum dan kokurikulum.

Program ini bermula seawal jam 10.00 pagi dengan didahului majlis graduasi pelajar prasekolah. Pengerusi Perwaris berbesar hati menyampaikan hadiah dan cenderamata kepada semua pelajar yang terlibat. Para tetamu juga turut dihiburkan dengan persembahan pelajar pra sinar dan pra cahaya.

Majlis perasmian Hari Anugerah dirasmikan oleh En Abdullah b Hj Manan , YDP PIBG SK Kuala Tahan. Dalam ucapannya , beliau mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam semua bidang.

Dalam majlis yang sama juga Cikgu Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan telah memgumumkan keputusan UPSR bagi tahun 2011. Seramai 44 calon telah menduduki ujian tersebut. Peratus kelulusan adalah 50 %. Dua orang pelajar telah mendapat keputusan 5A iaitu Adik Siti Raudah bt Rozali dan Nurul Aqilah bt Zamri. Seramai 2 orang pelajar memperoleh keputusan 4A1B iaitu Mohamad Ameen Aiman b Mohd Saluji dan Nuur Hanis bt Zulkifli.

Majlis berakhir pada jam 1.15 petang dan semua tetamu dijemput ke jamuan makan tengah hari . Majlis telah berlangsung dengan jayanya.

Foto Sekitar Hari Anugerah


Rabu, 16 November 2011

GOTONG ROYONG KENDURI KESYUKURAN

TARIKH : 16 NOV 2011
HARI : RABU
MASA : 12.00 - 6.00 PETANG
TEMPAT : MASJID KUALA TAHAN


Ibu bapa dan penjaga bekerjasama menyiapkan juadah

Satu majlis gotong royong bagi Majlis Kesyukuran telah diadakan di perkarangan Masjid Kg Kuala Tahan. Majlis bermula dengan penyembelihan seekor lembu sumbangan En Zainol b Shahbudin. Program ini adalah dibawah kelolaan PIBG SK Kuala Tahan.

Seawal pukul 12.00 tengah hari , aktiviti melapah lembu telah bermula. Aktiviti ini melibatkan golongan bapa dan penjaga pelajar SK Kuala Tahan. Aktiviti ini mendapat sokongan yang menggalakan dari ibu bapa dan penjaga.

Aktiviti menyiang daging bermula jam 2.30 petang. Kehadiran ramai ibu bapa mempercepatkan perlaksanaan aktiviti tersebut. Sebelum waktu asar semua daging dan tulang telah diletakkan ke dapur. Kaum ibu pula bertungkus lumus membuat persediaan seperti mengupas bawang dan menumbuk bahan-bahan tumis.

Menu yang disediakan untuk majlis kesyukuran termasuklah gulai kawah daging , ayam masak kicap , goreng kacang dan hati . Ibu bapa tidak ketinggalan membawa kuih-kuih bagi jamuan yang diadakan pada sebelah pagi.

Pihak SK Kuala Tahan , Cikgu Zainol b Shahbudin khasnya merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan tenaga oleh pihak ibu bapa dan penjaga dalam menjayakan program ini. Sesungguhnya bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat.

Foto Sekitar Gotong Royong

Rabu, 9 November 2011

SUKANRIA PRASEKOLAH 2011

TARIKH  :  09 NOV 2011
HARI  :  RABU
MASA  :  8.15 - 12.45 TENGAH HARI
TEMPAT  :  DEWAN GEMILANG , SK KUALA TAHAN

Cikgu Zainol b Shahbudin merasmikan Sukan Ria

Prasekolah SK Kuala Tahan telah berjaya menganjurkan Sukan Ria Prasekolah. Aktiviti ini melibatkan dua buah kelas iaitu pra sinar dan pra cahaya. Seramai 50 orang pelajar mengambil bahagian dalam program tersebut. Objektif utama sukan ria untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar terutama sekali bidang yang berkaitan dengan sukan dan permainan.

Program sukan Ria telah dirasmikan oleh Cikgu Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan. Dalam ucapan perasmiannya , beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur kerana berjaya menganjurkan aktiviti yang julung kali dilaksanakan secara berasingan.

Acara sukan Ria melibatkan pelajar berumur 5 dan 6 tahun. Antara acara yang diadakan seperti lari sambil kepik bola , lari dan pecah belon , golek gelung rotan dan sebagainya. Kehadiran ibu bapa dan penjaga amat memberangsangkan dan tidak ketinggalan disediakan acara bagi mereka iaitu music chair dan semakin jauh semakin sayang.

Program ini berlangsung bermula 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari setelah selesai majlis penyampaian hadiah kepada pemenang. Keseluruhannya , program yang dianjurkan telah mencapai matlamatnya seperti yang telah digariskan

 Gambar Majlis Perasmian dan salah satu acara Sukan Ria
.

Khamis, 3 November 2011

PERTANDINGAN MEMBACA BAHASA INGGERIS

TARIKH  :  03 NOVEMBER 2011
HARI  :  KHAMIS
MASA  :  9.00 - 1.00 PETANG
TEMPAT  :  DEWAN GEMILANG , SK KUALA TAHAN

 Peserta Pertandingan Membaca Dalam Bahasa Inggeris

Panitia  Bahasa Inggeris telah menganjurkan satu pertandingan Membaca dalam Bahasa Inggeris bagi pelajar tahap 1 dan 2. Program ini adalah merupakan salah satu komponen program membaca 1 Malaysia yang telah dilancarkan serentak seluruh Malaysia .

Program ini telah disertai seramai 36 pelajar tahap 1 dan 2. setiap kelas diwakili oleh tiga orang peserta. Setiap peserta dibekalkan dengan satu petikan dalam Bahasa Inggeris dan pelajar perlu membaca dengan intonasi dan sebutan yang betul.




Rabu, 2 November 2011

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

TARIKH  :  02 NOVEMBER 2011
HARI  :  RABU
MASA  :  11.00 PAGI
TEMPAT  :  DEWAN GEMILANG , SK KUALA TAHAN

 Guru Besar sedang memerhatikan pelajar LINUS 
membaca buku selepas perasmian penutup.

SK Kuala Tahan telah berjaya mengadakan Program Membaca 1 Malaysia. Program ini telah dan sedang berlangsung selama satu minggu bermula pada 31 Oktober dan akan berakhir 04 November 2011. Objektif utama program ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai kecintaan kepada Bahasa Kebangsaan di samping memperkasakan Bahasa Inggeris.

Di antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan termasuklah bacaan beramai-ramai secara serentak petikan Bahasa Inggeris , Bahasaton dan ceramah bertajuk  kaedah membaca berkesan.

Majlis Pelancaran Program telah disempurnakan oleh Cikgu Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan. Dalam ucapannya , beliau mengingatkan kepentingan membaca dalam kalangan pelajar. Pembacaan yang berkesan akan menambahkan ilmu pengetahuan para pelajar.

Jumaat, 21 Oktober 2011

MAJLIS PERPISAHAN - CIKGU ROZIAH ABDUL HAMID

TARIKH  :  21 OKTOBER 2011
HARI  :  JUMAAT
MASA  :  11.00 PAGI
TEMPAT  :  DEWAN GEMILANG , SK KUALA TAHAN

Pn Roziah Abdul Hamid bersama EN Azman Abdullah Hashim , GPK 1
Badan Kebajikan Guru Dan Staff SK Kuala Tahan telah mengadakan majlis perpisahan khas buat Cikgu Roziah bt Abdul Hamid yang bertukar ke SK Lepar 1 , Jerantut. Cikgu Roziah telah ditawarkan jawatan Guru Penolong Kanan HEM.

Cikgu Roziah mula berkhidmat di SK Kuala Tahan mulai tahun 2006. Sebelum ini beliau telah bertugas di SK Kampung Pagi , Ulu Tembeling. Sepanjang bertugas di SK Kuala Tahan  , beliau telah mencurahkan bakti mengajar anak-anak murid terutama sekali pelajar tahap 1. Kemahiran beliau dalam pengajaran Bahasa Melayu banyak menyumbang kepada kejayaan anak-anak murid SK Kuala Tahan.

Sesi bergambar Cikgu Roziah bersama rakan-rakan

Khamis, 21 Julai 2011

LADAP - Satu Murid Satu Sukan

Tarikh  :  20 Julai 2011
Hari  :  Rabu
Masa  :  2.00 - 4.00 petang
Tempat  :  Makmal Komputer SK Kuala Tahan

Unit Kokurikulum SK Kuala Tahan telah mengadakan LADAP satu Murid Satu Sukan. Taklimat ini telah melibatkan semua guru dan staf SK Kuala Tahan. Matlamat taklimat ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada warga SK Kuala Tahan mengenai program yang telah dirancang oleh Kementerian Pelajaran.

Sesi taklimat pada petang tersebut dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Ustaz Ramli b Abdul Rahman , GPK Kokurikulum. Beliau mengingatkan agar semua audien memberikan tumpuan khusus kepada modul yang akan dibentangkan oleh penceramah.

Antara modul yang dibentangkan melibatkan beberapa jenis permainan seperti Bola Sepak , Hoki , Olahraga , Sepak Takraw dan Badminton. Pembentangan mendapat respon yang baik dari semua audien dengan penggunaan bahan power point.

Rabu, 29 Jun 2011

SAMBUTAN ISRA DAN MIKRAJ 1432H

Ceramah oleh Ustaz Ramli b Abdul Rahman , GPK Kokurikulum

Tarikh : 29 Jun 2011 / 27 Rejab 1432H
Hari : Rabu
Masa : 11.00 - 1.15 petang
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Panitia Pendidikan Islam SK Kuala Tahan telah menganjurkan sambutan Isra dan Mikraj peringkat sekolah. Majlis ini telah disempurnakan oleh En Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan. Majlis ini melibatkan semua warga SKKT dari pelajar hinggalah pekerja swasta.

Majlis pada pagi ini diisi dengan tayangan slaid berkaitan dengan kebesaran-kebesaran Allah. kemudian para hadirin disampaikan tazkirah oleh Ustaz Ramli b Abdul Rahman , GPK Kokurikulum berkaitan dengan peristiwa-peristiwa Isra dan Mikraj.

Dalam majlis itu juga ,persembahan nasyid pelajar dipertontonkan. Kumpulan nasyid ini mendapat tempat ketiga dalam karnival nasyid peringkat daerah Jerantut yang diaakan baru-baru ini. Pada majlis ini juga diperdengarkan azan oleh pelajar yang menjadi johan azan peringkat sekolah.

Majlis berakhir dengan ucapan selawat oleh semua hadirin yang hadir. Semoga semua yang hadir mendapat pengajaran dan mengambil ikhtibar dari peristiwa yang telah berlaku.

Isnin, 20 Jun 2011

GOTONG ROYONG PERDANA

Kehadiran YB ADUN Tahan
Memasak dan bersih longkang
Taklimat oleh YDP PIBG

Tarikh : 18 Jun 2011
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 - 2.00 petang
Tempat : SK Kuala Tahan

Persatuan Ibu Bapa dan Guru , SK Kuala Tahan telah menganjurkan satu program gotong royong perdana. Program ini melibatkan semua ibu bapa penjaga dan mendapat kerjasama badan-badan kerajaan di Kuala Tahan. Matlamat utama program ini adalah untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan ibubapa penjaga di samping mengekalkan kebersihan pada tahap yang baik.

Program ini bermula pukul 8.00 pagi . En Abdullah b Hj Manan , YDP PIBG memberikan taklimat ringkas berkaitan dengan program pada hari ini. Kumpulan ibu bapa penjaga dibahagiakan kepada beberapa bahagian yang manan seriap bahagian diketuai oleh Guru Penolong Kanan. Antara bahagian terlibat termasuklah padang dan rumah guru , longkang besar , kawasan asrama serta bahagian masakan.

Pada majlis ini juga , gotong royong memasak telah diadakan di mana sumbangan seekor lembu oleh salah seorang ahli PIBG. Gotong royong memasak telah dimulakan pada petang jumaat lagi. Ibu bapa dan penjaga serta warga SKKT bersama-sama menjayakan program ini.

Kemuncak program gotong royong perdana adalah dengan kehadiran YB Dato Wan Amizan b Wan Abdul Razak , ADUN Tahan merasmikan penutupan program tersebut. YB ADUN sempat memberikan ucapan serta beramah mesra bersama masyarakat Kuala Tahan.

Majlis berakhir pada jam 2.30 petang dan telah mencapai objektif yang telah ditetapkan . Kawasan -kawasan yang ditetapkan telah dibersihkan dengan pertolongan ibu bapa dan penjaga. Pihak sekolah juga merakamkan jutaan terima kasih kepada pasukan Bomba Sukarela Kuala Tahan atas sumbangan yang diberikan.

Foto Gotong Royong Perdana PIBG

Jumaat, 17 Jun 2011

MAJLIS PERPISAHAN GPK 1 , AHMAD HAMIZI DAN RAZALI


Cikgu Razali , Ahmad Hamizi dan Nadjmudeen
Tarikh : 17 Jun 2011
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 - 9.00 pagi
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Bulan ini sekali lagi warga SKKT dikejutkan dengan berita pertukaran guru. Kali ini melibatkan tiga orang guru iaitu :-

1. Cikgu Nadjmudeen b Mustapa - GPK 1 bertukar ke SK Pawang Nong , Ulu Cheka , Jerantut.
2. Cikgu Ahmad Hamizi b Jalani - naik pangkat ke SK Kuala Sat , Ulu Tembeling . GPK koku.
3. Cikgu Mohd Razali b Abdul Aziz - bertukar ke SJKT Bandar Jerantut.

Cikgu Nadjmudeen merupakan GPK 1 SK Kuala Tahan. Beliau mula berkhidmat pada feb 2010 dan telah berada di SK Kuala Tahan lebih dari satu tahun. Cikgu Amhad Hamizi pula pula dinaikkan pangkat sebagai GPK Kokurikulum di SK Kuala Sat. Beliau mula bertugas di sini mulai tahun 1998 dan ini merupakan pertukaran pertama beliau. Beliau merupakan tenaga pengajar mata pelajaran sains tahun 6. Manakala Cikgu Razali pula merupakan guru yang agak baru di sini. Sebelum ini beliau bertugas di Kuala Lumpur.

Semoga pertukaran guru-guru akan melonjakkan lagi prestasi sekolah baru mereka nanti. Bagi warga SKKT , kami mengucapkan selamat bertugas di tempat baru dan segala jasa bakti yang dicurahkan akan membuahkan hasil pada masa hadapan.

Khamis, 12 Mei 2011

PROGRAM KEPIMPINAN DAN KETERAMPILAN PENGAWAS 2011

Tarikh : 12 - 13 Mei 2011
Hari : Khamis - Jumaat
Masa : 3.00 - 5.00 petang
Tempat : Makmal Komputer , SK Kuala Tahan

Unit HEM , SK Kuala Tahan telah berjaya mengadakan kursus Kepimpinan dan Keterampilan Pengawas bagi sesi 2011. Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pengawas berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai seorang pemimpin.

Program ini melibatkan pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber. Sejumlah 82 orang pelajar terlibat dalam program ini. Program ini diadakan selama dua hari iaitu hari khamis dan jumaat. Slot pertama dikendalikan oleh Pn Norma bt Ab Manam , Guru Kaunselor dari SMK JP SHAS , Kuala Tahan. Banyak ilmu tentang kepimpinan diterunkan kepada para pengawas.

Aktiviti yang dijalankan seperti LDK dan ice breaking memberikan pengalaman baru kepada semua pengawas. Pengalaman pertama ini merupakan ilmu yang akan menyuluh ke arah kebenaran. Program hari pertama berakhir pada pukul 5.00 petang.

Rabu, 27 April 2011

CANADIAN INTERNATIONAL SCHOOL of SINGAPORE


Tarikh:  27.04.2011
Hari   :  Rabu
Masa :3.30-5.00 petang
Tempat :Dewan Gemilang SKKT

SK Kuala Tahan menerima lawatan sambil belajar pelajar dari Canadian International School Singapura. Lawatan ini merupakan lawatan kali ketiga sekolah tersebut ke SK Kuala Tahan. Lawatan ini seramai 70 orang pelajar berumur antara 8 hingga 12 tahun. Lawatan ini diiringi oleh 6 orang guru.
Pelajar tersebut terlebih dahulu mengadakan aktiviti di Taman Negara. Lawatan ke SK Kuala Tahan merupakan program pertukaran budaya. Semasa di SK Kuala Tahan , pelajar tersebut didedahkan kepada budaya masyarakat melayu seperti adat persandingan , silat melayu , menepung tawar pengantin. Di samping itu , mereka juga didedahkan dengan permainan tradisional seperti sepak raga bulatan , ketinting , congkak dan batu seremban
.

Rabu, 20 April 2011

ANUGERAH KHAS

Olahragawan dan Olahragawati

Mohamad Ezaqim Nuur Hanis

Olahragawan dan Olahragawati Harapan
Mohamad Hazman Balqis Batrisyia

Sukan tahunan SK Kuala Tahan 2011 juga telah melahirkan empat tokoh dalam bidang sukan iaitu :-
1. Olahragawan Harapan - Mohamad Hazman b Mohd Zainuddin
2. Olahragawati Harapan - Balqis Batrisyia bt Kamaruddin
3. Olahragawan - Mohamad Ezaqim b Mohd Shafie
4. Olahragawati - Nuur Hanis bt Zulkifli


Selasa, 19 April 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

Tarikh : 03 April 2011
Hari : Ahad
Masa : 12.00 tengah hari
Tempat : Padang FELCRA Tembeling Tengah

Penyampai Hadiah :
1. En Abdullah b Hj Manan YDP PIBG SK Kuala Tahan
2. Cikgu Zainol b Shahbudin Guru Besar
3. Cikgu Nadjmudeen b Mustapa GPK 1
4. Cikgu Azhar b Mokhtar GPK HEM dan
5. Ustaz Ramli b Abdul Rahman GPK Kokurikulum

FOTO MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

MAJLIS PERASMIAN SUKAN

Tarikh : 03 April 2011
Hari : Ahad
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Padang FELCRA
Perasmi : En Abdullah b Hj Manan , YDP PIBG SK Kuala Tahan

FOTO MAJLIS PERASMIAN SUKAN

PERBARISAN RUMAH SUKAN

Tarikh : 03 April 2011
Hari : Ahad
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Padang FELCRA Tembeling Tengah

FOTO PERBARISAN RUMAH SUKAN

Selasa, 5 April 2011

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2011

Tarikh : 03 April 2011
Hari : Ahad
Masa : 8.00 - 2.00 petang
Tempat : Padang FELCRA Tembeling Tengah , Kuala Tahan.

SK Kuala Tahan telah berjaya menganjurkan kejohanan Sukan Tahunan kali ketiga era milinium bertempat di Padang FELCRA Tembeling Tengah. Kejohanan pada kali ini disertai empat buah rumah sukan iaitu Hijau , Biru , Kuning dan Merah.

Kejohanan sukan kali ini bermula seawal 8.00 pagi bagi acara-acara pecut seperti 80 m , 100 m dan 200 meter. Saringan peringkat awal bagi acara lontar peluru , lompat jauh telah didominasi oleh rumah biru meninggalkan jauh juara tahun lalu , rumah hijau. Persaingan sengit dapat dilihat semasa acara balapan hari kejohanan.

Majlis perasmian diadakan pada pukul 9.30 pagi oleh En Abdullah b Hj Manan , YDP PIBG SK Kuala Tahan. Dalam ucapannya , beliau menekankan pentingnya pelajar-pelajar menyertai aktiviti sukan untuk membentuk pelajar yang cergas dan cerdas. Selepas acara perasmian , kejohanan diteruskan lagi dengan acara-acara lari berganti-ganti.

Kejohanan pada kali ini mendapat sokongan yang begitu jitu dari pengurusan FELCRA Tembeling Tengah kerana membenarkan padang digunakan buat kali ketiga berturut. Walaupun jarak SK Kuala Tahan ke Padang FELCRA lebih 4 km , namun kerjasama semua pihak telah berjaya menganjurkan kejohanan ini dengan lancar.Di samping itu , pihak sekolah juga telah mendapat bantuan daripada RELA Felda Sungai Retang bagi membantu kelancaran perjalanan kejohanan tersebut.

Pihak penganjur tidak lupa menganjurkan acara-acara untuk belia , beliawanis dan ibu bapa serta penjaga. Aktiviti sukaneka mendapat sambutan yang menggalakkan dan maklum balas yang diterima , mereka meminta diperbanyakkan lagi acara seperti itu pada kejohanan akan datang.

Kejohanan pada kali ini mencatatkan persaingan yang sengit di kalangan rumah sukan yang bertanding. Juara tahun lalu rumah Hijau telah diberikan tentangan sengit dari rumah Biru. Pada peringkat awal rumah biru mendahului agak jauh , namun di akhir persaingan rumah Hijau masih lagi mengekalkan kejuaraan bagi tahun ketiga berturut-turut. Perbarisan rumah sukan dimenangi rumah biru manakala rumah sukan tercantik dimenangi rumah Merah.

Isnin, 21 Mac 2011

JADUAL LATIHAN RUMAH SUKAN 2011

Mulai hari ini , semua pelajar SK Kuala Tahan akan memulakan latihan sukan tahunan. Latihan sukan adak diadakan di Padang FELCRA Tembeling Tengah , Kuala Tahan. Latihan akan bermula pada pukul 4.30 hingga 6.30 petang.

Bagi pelajar Asrama Desa , Guru rumah sukan hendaklah memastikan pelajar menjalani latihan di Padang FELCRA. Pengangkutan pelajar hendaklah diuruskan oleh Guru rumah sukan. Di samping itu , keselamatan pelajar perlulah diutamakan . Kehadiran pelajar perlu direkodkan sebelum sebarang aktiviti sukan dijalankan.

Jadual Latihan Rumah Sukan.

Masa : 4.30 - 6.30 petang
Tempat : Padang FELCRA Tembeling Tengah , Kuala Tahan

21.03.2011 - Isnin - Hijau dan Kuning
22.03.2011 - Selasa - Merah dan Biru
23.03.2011 - Rabu - Hijau dan Kuning
24.03.2011 - Khamis - Merah dan Biru

Foto Latihan Rumah Sukan

Khamis, 10 Mac 2011

PERSIAPAN PADANG

Tarikh : 10 March 2011
Hari : Khamis
Masa : 3.00 - 6.00 petang
Tempat : Padang FELCRA Tembeling Tengah

Kejohanan Sukan Tahunan SK Kuala Tahan akan diadakan pada 03 April 2011. Kejohanan sukan ini buat kali ke tiga diadakan luar dari kawasan sekolah. Keadaan ini adalah kerana keadaan padang SK Kuala Tahan tidak begitu sempurna dan tidak menepati spesifikasi padang. Walaupun kedudukan padang 4 km dari sekolah , namun bukan menjadi penghalang menganjurkan kejohanan sukan.

Keadaan cuaca yang tidak menentu menghalang kelancaran proses menyudahkan padang. Hujan turun hampir dua hari berturut-turut menyebabkan melambatkan proses tersebut , namun padang dapat juga disudahkan dalam cuti sekolah. Terima kasih kepada pihak yang terlibat terutama staf sokongan sekolah.

Foto Persiapan Padang

Isnin, 7 Mac 2011

MAJLIS TADARUS AL QURAN - ZON TEMBELING 2011


Ucapan Perasmian Penutup oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Jerantut

Tarikh : 07 Feb 2011

Hari : Isnin
Masa : 8.00 - 1.00 petang
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

SK Kuala Tahan sekali lagi menjadi tuan rumah kepada Program Tadarus Al Quran bagi Zon Tembeling. Pertandingan kali ini diadakan untuk memilih wakil zon Tembeling ke pertandingan peringkat Daerah Jerantut. Tema pada kali ini " Al Quran Teras Kesejahteraan Ummah Gemilang "

Pertandingan pada kali ini disertai SK Kuala Tahan , SK Merting , SK Chebong , SK Pasir Durian , SK Kuala Tembeling , SK Pagi , SK Kuala Sat dan SK Ulu Tembeling. Ini melibatkan seramai 52 orang peserta iaitu 27 perempuan dan 25 lelaki.

Pertandingan ini dibahagikan kepada Tilawah , hafazan , bercerita dan Jawi. Pertandingan Tilawah diadakan di Dewan Gemilang , Bercerita di Pusat Sumber , Hafazan di Bilik Muzik dan Jawi di kelas tahun 5 dan 6.

Majlis Tadarus Al Quran Peringkat Zon Tembeling sesi 1432H / 2011 mendapat sambutan yang menggalakan di kalangan sekolah-sekolah Lembah Tembeling. Walaupun terpaksa menaiki bot dan bermalam di Asrama Desa , SK Kuala Tahan namun itu tidak sekali melunturkan semangat anak-anak Lembah Tembeling untuk menunjukkan komitmen mereka dalam pertandingan ini.

KEPUTUSAN PENUH

TILAWAH
Lelaki - Mohd Firdaus b Lembayung - SK Kuala Tembeling
Perempuan - Syaima Barakah bt Sohit - SK Kuala Tembeling

BERCERITA
Lelaki - Wan Mohd Haziq Irsyad b Wan Nazri - SK Chebong
Perempuan - Nur Amisha Shahima bt Rozaini - SK Kuala Tahan

HAFAZAN
Lelaki - Mohd Asmain b Asri Ibrahim - SK Kuala Tembeling
Perempuan - Nur Batrisyia Balqis bt Maslukang - SK Kuala Tembeling

JAWI
Lelaki - Muhammad Ameen Aiman b Saluji - SK Kuala Tahan
Perempuan - Siti Raudhah bt Rozali - SK Kuala Tahan

JOHAN KESELURUHAN PERTANDINGAN : SK KUALA TAHAN

FOTO TILAWAH ZON TEMBELING

JADUAL PEPERIKSAAN - PKSR 01 - 2011

Jadual Waktu Peperiksaan PKSR 02
Tarikh : 08 - 10 March 2011

Jumaat, 4 Mac 2011

KEJOHANAN FUTSAL ANTARA RUMAH SUKAN


Juara - Rumah Hijau

Naib Johan - Rumah Biru Tempat Ketiga Rumah Merah

Tarikh : 01 - 03 March 2011
Hari : Selasa - Khamis
Masa : 5.00 - 6.30 petang
Tempat : Dataran Keras Asrama Desa , SK Kuala Tahan

Unit Kokurikulum SK Kuala Tahan telah berjaya menganjurkan kejohanan Futsal antara rumah-rumah sukan. Kejohanan ini diadakan selama 3 hari ( waktu petang ). Matlamat kejohanan ini adalah memberikan pendedahan kepada pelajar di samping langkah awal untuk mengesan bakat terpendam di kalangan pelajar.

Kejohanan ini melibatkan empat buah rumah sukan iaitu Hijau , Biru , Merah dan Kuning. Setiap rumah sukan menghantar dua buah pasukan. Penglibatan pelajar dalam pasukan ditentukan oleh guru rumah sukan. Kejohanan ini melibatkan pelajar tahun 3 hingga pelajar tahun 6.

Kejohanan ini mendapat sambutan yang menggalakan di kalangan pelajar dan juga ibu bapa. Walaupun kekurangan kemudahan fizikal , namun kekurangan tersebut tidak menjadi halangan kepada para pelajar.

Keputusan kejohanan tersebut :-
Johan - Pasukan Hijau
Naib Johan - Pasukan Biru
Tempat ketiga - Pasukan Merah

Rabu, 2 Mac 2011

PERTANDINGAN MEWARNA - PPDA

Tarikh : 02 Mac 2011
Hari : Rabu
Masa : 3.00 - 5.00 petang
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Unit PPDA SK Kuala Tahan telah menganjurkan pertandingan mewarna dan melukis sempena Minggu pencegahan dadah peringkat sekolah. Pertandingan ini dibahagiakan kepada dua tahap iaitu pelajar tahap 1 dan tahap 2. Semua pelajar mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Selasa, 1 Mac 2011

KEJOHANAN BOLA JARING - ZON TEMBELING


Pasukan Bola Jaring bersama Jurulatih
Tarikh : 01 Mac 2011
Hari : Selasa
Masa : 8.00 - 12.00 tengah hari
Tempat : SK Merting , Jerantut , Pahang.

SK Kuala Tahan telah menghantar satu pasukan Bola Jaring menyertai kejohanan MSS Zon Tembeling yang diadakan di SK Merting. Sebanyak enam buah sekolah telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Antaranya SK Kuala Tembeling , SK Pasir Durian , SK Chebong , SK Merting , SK Kuala Tahan , dan SK Pagi . Kejohanan ini berlangsung selama satu hari.

Pasukan SK Kuala Tahan telah mencapai kemenangan bertemu SK Chebong 8 berbalas 3 manakala SK Merting 11 berbalas 2. Secara keseluruhan pasukan SK Kuala Tahan menduduki tempat ketiga.

Pasukan SK Kuala Tahan telah dilatih oleh Cikgu Norhaizan bt Zulkifli dan dibantu oleh Pn Wan Rozlina bt Wan Ismail, PPM Asrama Desa. Walaupun cuma sempat mengadakan latihan selama seminggu , namun kejayaan menduduki tempat ketiga agak memberangsangkkan. Tahniah kepada pasukan Bola Jaring SK Kuala Tahan.

Jumaat, 25 Februari 2011

MAJLIS PERPISAHAN GURU 02/2011



Tarikh : 25 Feb 2011
Hari : Jumaat
Masa : 11.15 pagi
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Majlis Perpisahan GPK Kokurikulum , Ustaz Zakaria b Omar dan Cikgu Aslahuddin b Mohd Daud telah diadakan pada hari jumaat. Tarikh itu merupakan tarikh terakhir mereka menjalankan tugas rasmi di SK Kuala Tahan.

Ustaz Zakaria sempat berkhidmat selama 10 bulan di sini. Beliau menjalankan tugas GPK Kokurikulum. Sepanjang tugasan beliau di sini , beliau sempat melaksanakan beberapa program yang amat memberikan kesan kepada pelajar antaranya Perkhemahan Bersepadu Pelajar Tahap 2 dan pelancaran Kelas KAFA 2011.

Cikgu Aslahuddin b Mohd Daud pula telah berkhidmat lebih 10 tahun di SK Kuala Tahan mulai tahun 2001. Beliau merupakan guru mata pelajaran Bahasa Melayu tahap 1. Beliau aktif dalam Unit Berunifom TKRS dan permainan Bola Sepak. Sepanjang di sini beliau sempat berkhidmat di bawah empat orang Guru Besar bermula TnHj Abdul Malik , Cikgu Mohamad Zabidi , Cikguu Kamaruddin dan Cikgu Zainol.

Warga SK Kuala Tahan merakam jutaan terima kasih atas sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berada di sini. Segala yang baik itu dijadikan tauladan , manakala yang buruk itu dijadikan sempadan. Semoga kedua-duanya suksess di tempat baru. Tempat jatuh lagi dikenang , inikan pula tempat bermain.


Foto Sekitar Majlis Perpisahan Guru.



Khamis, 24 Februari 2011

LADAP - PENGURUSAN ASET

Tarikh : 24 Feb 2011
Hari : Khamis
Masa : 3.00 - 5.00 petang
Tempat : Makmal Komputer , SK Kuala Tahan

Jawatan Kuasa LADAP telah berjaya mengadakan Latihan dalam perkhidmatan kali pertama tahun 2011. LADAP yang diadakan pada kali ini difokuskan kepada pengurusan Stok sekolah. Matlamat latihan ini adalah untuk memberikankan pendedahan kepada semua guru dan staf berkaitan dengan pengurusan stok.

Sepanjang dua jam , penceramah En Mustapa dari SK Sungai Retang , Jerantut menerangkan maklumat berkaitan dengan stok Harta Modal , Iventori dan Bekalan Pejabat. Semua ini merupakan perkara asas yang perlu dilaksanakan oleh guru-guru yang berkaitan.

walaupun dalam masa yang singkat , namun penerangan yang berbantukan persembahan power point dapat merungkai perkara-perkara yang kurang difahami. Sesi soal jawab dapat menyelesaikan kekusutan yang berlaku. Seharusnya kursus ini ditambah waktu atau diaakan semula untuk memberikan lebih kefahaman berkaitan dengan pengurusan stok.

Foto LADAP - Pengurusan Stok

RAWATAN PERGIGIAN SEKOLAH

Tunjuk cara memberus gigi
Rawatan Pergigian
Tarikh : 22-24 Feb 2011
Hari : Selasa - Khamis

Masa : 8.00 - 1.15 petang

Tempat : Bilik Rawatan, SK Kuala Tahan


Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut telah mengadakan kempen klinik pergigian sekolah di SK Kuala Tahan. Matlamat utama program ini adalah untuk memberikan penerangan kepada pelajar berkaitan dengan penjagaan kesihatan gigi.

Sepanjang tiga hari program , semua pelajar telah diperiksa keadaan gigi masing. Bagi pelajar yang mempunyai masalah gigi , mereka diberikan rawatan sama ada tampalan ataupun cabutan gigi. Pelbagai ragam dan karenah pelajar dapat dilihat namun , pengalaman petugas / jururawat dapat mengawal keadaan.

Dalam sesi yang lain pula , para pelajar telah ditunjukajar berkaitan dengan cara-cara yang betul memberus gigi. Gigi merupakan aset yang penting kepada pelajar. Pendedahan peringkat awal dapat mengawal kerosakan gigi di kalangan pelajar.

Selasa, 22 Februari 2011

PATAH TUMBUH , HILANG BERGANTI - 02


Minggu ini warga SK Kuala Tahan sekali lagi dikejutkan dengan pertukaran dua orang guru .

Guru tersebut ialah Ustaz Zakaria b Omar , GPK Kokurikulum yang akan bertugas di SK Tanjung Gahai , Kuala Lipis , Pahang. Ustaz Zakaria akan menjawat jawatan GPK Hal Ehwal Murid dan pertukaran tersebut berkuatkuasa mulai 16 Feb 2011.
Ustaz Zakaria dinaikkan pangkat menjawat jawatan GPK Kokurikulum mulai mei 2010. Sebelum ini beliau bertugas di SK Penjom , Kuala Lipis. Walaupun berkhidmat belum genap setahun , namun kehadirannya di Kuala Tahan amat dirasai.

Sepanjang berada di sini ,beliau telah menyusun kembali kelas KAFA bagi sesi 2011. Kelas KAFA diaktifkan dengan penyertaan semua pelajar dari tahun 2 hingga tahun 5. Walaupun kekurangan tenaga pengajar , namun kelas KAFA berjalan seperti biasa. Beliau juga memanafaatkan masa lapangnya untuk memberikan ceramah di Masjid Kuala Tahan sekali seminggu.

Guru kedua yang bertukar ialah cikgu Aslahuddin b Mohd Daud. Beliau mula berkhidmat di SK Kuala Tahan mulai tahun 1999. Sebelum ini , beliau bertugas di daerah Maran , Pahang. Beliau mengajar subjek Bahasa Melayu tahun 3. Beliau mula bertugas di SK Chebong , Jerantut mulai 16 Feb 2011.

Dalam bidang kokurikulum , beliau bergiat aktif memimpin pasukan TKRS. Di samping itu , jurulatih pasukan Bola sepak Sekolah.

Beliau juga merupakan Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Staf SK Kuala Tahan bagi sesi 2010 / 2011.

Jumaat, 18 Februari 2011

TAHNIAH - KELAHIRAN BARU

Seluruh warga SK Kuala Tahan merakamkan ucapan Tahniah kepada warga yang menerima cahaya mata baru. Warga SK Kuala Tahan yang bertuah ialah :-

1. Ustaz Zaharuddin dan Isterinya Pn Suhaily . Kelahiran cahaya mata ke tiga. Seorang bayi perempuan. Tarikh kelahiran pada 17 Feb 2011 di Hospital Sultanah Hajah Kalthom , Temerloh.

2.. Pn Norazima bt MD Isa. Kelahiran cahaya mata sulong. Tarikh kelahiran 18 Feb 2011 di Hospital Jerantut , Pahang.

Warga SK Kuala Tahan mengucapkan syukur dan moga kehadiran orang baru akan meningkatkan lagi komitmen terhadap profesion perguruan.

MAULIDUR RASUL 1432H

Tarikh : 18 Feb 2011
Hari : Jumaat
Masa : 8.30 pagi
Tempat : SK Kuala Tahan

Panitia Pendidikan Islam SK Kuala Tahan telah berjaya mengadakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah tahun 1432 H. Matlamat sambutan adalah untuk memperingatkan anak-anak pelajar tentang kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Program pada hari ini bermula seawal pukul 8.30 pagi dengan perarakan pelajar mengelilingi sekitar Kg Kuala Tahan. Perarakan ini dibantu pasukan Polis Pondok Kuala Tahan mengawal lalulintas . Perarakan mengambil masa 30 minit dan diketuai oleh Ustaz Nasaruddin b Ismail.

Pengisian program pada hari ini dimulakan dengan ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Nasaruddin. Ceramah tersebut mengambil masa hampir satu jam. Para pelajar menumpukan perhatian kepada ceramah yang disampaikan.

Majlis penyampaian hadiah dan Anugerah Maulidur Rasul mengakhiri program pada pagi ini. Hadiah juga disampaikan kepada para pemenang pertandingan yang diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul. Tahniah kepada pemenang.

Foto Perarakan Maulidur Rasul

Rabu, 16 Februari 2011

LAWATAN PELAJAR - BRITISH INTERNATIONAL SCHOOL OF VIETNAM

Tarikh : 16 Feb 2011
Hari : Rabu
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Seramai 110 orang pelajar dari British International School of Vietnam telah melakukan lawatan sambil belajar ke SK Kuala Tahan. Rombongan ini diiringi oelah 10 orang guru pengiring. Pelajar tersebut merupakan anak-anak duta yang berkhidmat di Vietham.

Semasa di SK Kuala Tahan , pelajar tersebut telah dipersembahkan beberapa adat dan budaya melayu antaranya adat bersanding , menepung tawar , permainan kompang serta beberapa permainan tradisional melayu antaranya ketinting , sepak raga dan batu seremban.

Pelajar tersebut diberikan peluang bersama mengambil bahagian dalam acara tersebut. Walaupun kekok , namun mereka terap mencubanya. Ini merupakan budaya yang tidak pernah mereka tengok.

Pada petang itu juga , mereka dipersembahkan dengan tarian zapin oleh para pelajar tahap satu. Kesempatan digunakan oleh mereka untuk menyertai pasukan tarian. Sebelum majlis berakir ,mereka telah dijamu dengan kuih tradisional melayu. Pelajar juga berkesempatan menyertai gotong royong mewarna mural bunga raya.

Foto Program British International School

Jumaat, 11 Februari 2011

MAJLIS PERPISAHAN - USTAZAH ASMIDAR BT AWANG



Tarikh : 11 Feb 2011

Hari : Jumaat
Masa : 11.45 - 12.15 tengah hari
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Hari ini , SK Kuala Tahan telah kehilangan seorang lagi warga kerja iaitu Ustazah Asmidar bt Awang , Guru JQAF. Beliau telah berkhidmat lebih dari satu tahun di SK Kuala Tahan. Sebelum ini beliau telah berkhidmat di negeri Sarawak. Walaupun baru setahun berada di SK Kuala Tahan , namun kehadirannya tetap dirasai dalam mendidik anak bangsa.
Badan Kebajikan Guru dan Staf , SK Kuala Tahan telah mengadakan sesi bersama pelajar-pelajar. dalam majlis tersebut , Ustazah Asmidar berkesempatan memberikan pesanan kepada pelajar agar sentiasa menunaikan kewajipan solat dan menghormati guru.
Cikgu Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan berkesempatan menyampaikan hadiah sebagai tanda pengargaan warga SK Kuala Tahan kepada Ustazah Asmidar. Semoga beliau suksess di sekolah baharunya..SK Tanah Rom , Jerantut.

Majlis Perpisahan Ustazah Asmidar

Khamis, 10 Februari 2011

PATAH TUMBUH , HILANG BERGANTI

Norhafizah , Norhani , Azlina , Fauzan dan Firdaus

Tarikh : 09 Februari 2011

Hari : Rabu
Masa : 7.45 -8.15 Pagi
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Patah tumbuh , hilang berganti . Itulah perumpamaan khas ditujukan kepada guru-guru yang akan bertukar ke sekolah lain. Pada tahun lepas , SK Kuala Tahan telah kehilangan enam orang guru , kini seorang guru lagi bertukar. Beliau adalah Ustazah Asmidar bt Awang , Guru JQAF. Beliau akan bertukar ke SK Tanah Rom , Jerantut , Pahang. Ustazah Asmidar telah berkhidmat di SK Kuala Tahan mulai tahun 2010.
Walaupun demilian setiap yang pergi ada penggantinya. SK Kuala Tahan telah menerima lima orang lagi guru baharu lulusan pertama IPGM. Guru tersebut dua orang lelaki dan tiga orang guru perempuan. Berikut adalah senarai guru baharu di SK Kuala Tahan.

1. En Ahmad Fauzan b Azmi
2. En Mohamad Firdaus b MD Yazid
3. Cik Nurhani bt Mohamed Razali
4. Cik Azlina bt Abdul Lateh
5. Cik Hafizah bt Sunario

Selasa, 8 Februari 2011

MOTIVASI - KEMAHIRAN BELAJAR


Guru Besar menyampaikan cenderahati
Cikgu Omar bersama pelajar tahun 6 SKKT
Pelajar khusyuk mendengar ceramah
Ikrar Menjadi Pelajar yang cemerlang

Tarikh : 08 Feb 2011
Hari : Selasa
Masa : 9.00 - 12.00 tengah hari
Tempat : Makmal Komputer , SK Kuala Tahan

Jawatan Kuasa Program Kecemerlangan Tahun 6 telah mengadakan program motivasi kemahiran belajar. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai cara-cara belajar yang betul. Program ceramah pada hari ini dikendalikan oleh En Omar b Abdul Aziz , Guru Kaunselor SMK Temin , Jerantut.
Semasa program ini berlangsung , para pelajar didedahkan dan ditekankan tentang fokus peperiksaan UPSR 2011. Berbagai strategi perlu difikirkan untuk mempelbagaikan kemahiran belajar.
Program yang berlangsung amat menarik perhatian. Pelajar juga diingatkan tentang pengorbanan ibu bapa mendidik dan membesarkan kita. Oleh itu , jangan sesekali menderhaka kepada kedua orang tua kita.

" Orang yang berjaya mempunyai perancangan , orang yang gagal menyediakan alasan "
Blog Widget by LinkWithin