Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Rabu, 30 September 2009

Mohamad Zabidi b Abdullah


Program Lambaian Kasih , Tautan rindu khas untuk En Mohamad Zabidi b Abdullah , Guru Besar SK Kuala Tahan yang bertukar ke SK Mela , Kuala Lipis. Beliau sempat menerjui kepimpinan SK Kuala Tahan hampir 4 tahun bermula 02 Feb 2006 hinggalah 02 Okt 2009. Sesungguhnya jasamu tetap dikenang dalam usaha memertabatkan pendidikan di Kuala Tahan.

Terima kasih Cikgu...

Rabu, 23 September 2009

Duit Raya

Tarikh : 16 Sept 2009
Hari : Rabu
Tempat : Dewan Seri Gemilang

Majlis mengagihkan duit raya telah diadakan di dewan seri Gemilang SK Kuala Tahan. Duit raya yang dikumpulkan merupakan sumbangan dari warga SK Kuala Tahan. Pada tahun ini setiap pelajar menerima RM 5.00 seorang dan jumlah pelajar SK Kuala Tahah adalah 320 termasuklah pelajar Pra Sekolah. Dalam majlis ini , Guru Besar sempat memberikan pesanan dan ingatan kepada pelajar agar menggunakan wang tersebut untuk kebaikan ataupun menyimpannya untuk masa hadapan.

Guru sedang mengagihkan duit raya

Gembira dengan duit raya

Pelajar PRA tidak ketinggalan

Cikgu Dayang balik Limbang tahun ni..

Rabu, 16 September 2009

Majlis Khatam Al Quran

Tarikh : 16 Sept 2009
Hari : Rabu
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Seri Gemilang

Panatia Pendidikan Islam SK Kuala Tahan telah berjaya menganjurkan program Ihya Ramadan sempena Bulan Ramadhan 1430H. Pengisian program ihya ramadhan termasuklah ceramah dan tazkirah ramadhan di sampung Tadarus Al Quran. Seramai 11 orang pelajar tahun 6 berjaya khatam Quran telah diberikan sijil khatam Quran.

Majlis Khatam Quran diketuai Ustaz Nadzri

Guru Besar dan GPK 1

Sijil untuk pelajar khatam Quran. Guru jQAF

Pelajar diberikan surah Yasin
Pengagihan Surah Yasin

Selasa, 15 September 2009

Majlis Penyerahan Zakat Bank Rakyat Cawangan Jerantut

Tarikh : 15 September 2009
Hari : Selasa
Masa : 12.10 tengah hari
Tempat : Dewan Seri Gemilang.

Bank Rakyat Cawangan Jerantut telah mengadakan program penyerahan zakat bagi pelajar SK Kuala Tahan. Seramai 11 orang pelajar , terdiri daripada anak yatim dan pelajar miskin telah terpilih untuk menerima zakat tersebut.
Dalam ucapan aluan wakil Bank Rakyat Jerantut , Pn Asma Norizan bt Mohd Yunus beliau sempat memberikan nasihat penerima zakat tersebut menggunakan wang yang diterima untuk pendidikan. Pelajar juga disaran menyertai kelab Nuri dan menabung dalam akaun remaja.
En Abdul Sani b Razali , GPK Pentadbiran pula mengucapkan terima kasih kepada Bank Rakyat atas keperihatinan pihak bank melebarkan program khidmat sosialnya.
Ucapan Aluan Wakil Bank Rakyat dan Wakil Sekolah

Penerima Zakat
Pn Asma Norizam menyampaikan wang zakat
Gambar bersama penerima zakat

Isnin, 14 September 2009

Perhimpunan Pagi Isnin

Tarikh : 14 September 2009
Hari : Isnin
Masa : 7.45 - 8.15 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan

Mulai hari ini , perhimpunan mingguan warga SK Kuala Tahan telah berubah tempat ke tapak perhimpunan di blok baru SK Kuala Tahan. Sebelum ini perhimpunan mingguan diadakan di blok lama dan agak jauh dari kelas pelajar. Perubahan ini membawa satu suasana yang baru kepada pelajar. Di tapak perhimpunan baru ini suasana lebih selesa dan luas. Pelajar tidak lagi terpaksa memandang dan menghadap cahaya matahari pagi. Para pelancong luar juga mengambil kesempatan memerhati dari luar pagar perhimpunan pagi ini.


Guru Besar sedang berucap

Barisan Guru SK Kuala Tahan
Anak didik SK Kuala Tahan

Bacaan Ikrar mengakhiri perhimpunan mingguan

Khamis, 10 September 2009

Lawatan KS Unit Penilaian dan Peperiksaan JPN Pahang

Tarikh : 10 Sept 2009
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Peperiksaan, SK Kuala Tahan


Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan , JPN Pahang Pn Hj Maimunah bt Md Taib sempat meninjau perkembangan peperiksaan UPSR di SK Kuala Tahan. Lawatan rasmi KS diiringi oleh Penyelia Peperiksaan PPD Jerantut En Saidon. Pn Hajah Maimunah berkesempatan melawat ke SK Kuala Tahan dan beramah mesra bersama warga SK Kuala Tahan.
Beliau juga telah meninjau persediaan menghadapi peperiksaan pelajar. Lawatan beliau merupakan lawatan rasmi ke sekolah sekitar Lembah Tembeling Tengah. Beliau juga meninjau persediaan peperiksaan di SK Merting , SK Chebong dan SK Pasir Durian.


Meninjau persediaan peperiksaan UPSR

Sempat bergambar bersama Guru Tahun 6

Selasa, 8 September 2009

Peperiksaan UPSR

Tarikh : 08 Sept 2009
Hari : Selasa
Tempat : Dewan Peperiksaan SK Kuala Tahan


Seramai 53 orang pelajar tahun 6 SK Kuala Tahan mula menduduki UPSR 2009. Pada awal pagi , pelajar diberikan taklimat dan ingatan oleh Guru Besar. Pelajar juga telah dibekalkan dengan topeng muka dan diperiksa suhu badan untuk mengelakkan simptom H1N1. Semua pelajar SK Kuala Tahan bebas dari simptin tersebut.
Ibu bapa turut serta memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka. Malahan ada penjaga bercuti semata-mata untuk bersama anak-anak.
Bagi pelajar SK Kuala Tahan yang ditemui , mereka telah membuat persediaan rapi sebelum peperiksaan dan berharap akan mendapat kejayaan cemerlang dalam UPSR 2009.

Baner kata semangat

Pelajar diperiksa suhu badan

Wajah ceria dan berkeyakinan

Tenang menghadapi peperiksaan

Foto UPSR 2009

Jumaat, 4 September 2009

Majlis Penganugerahan Ilmu

Tarikh : 04 Sept 2009
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan Seri Gemilang

Sedar tak sedar hanya tingga 3 hari sahaja lagi , pelajar tahun 6 akan menghadapi ujian UPSR 2009. Berbagai kaedah dan aktiviti telah dilakukan untuk menghadapi peperiksaan dari kelas tambahan , kem motivasi , solat hajat , kelas intensif ,dan sebagainya. Penutupan kepada semua usaha ini diadakan program penganugerahan ilmu kepada semua pelajar tahun 6 oleh semua guru dan staf SK Kuala Tahan. Dalam majlis ini , pelajar memohon kemaafan , direstui dan dihalalkan semua ilmu yang telah diajarkan guru. Semoga dengan majlis ini , semua pelajar diberkati segala ilmu dipelajari.

Guru Besar & GPK1
Blog Widget by LinkWithin