Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Khamis, 30 Disember 2010

USTAZ NADZRI AHMAD - NAIK PANGKAT GPK HEM SK ULU TEMBELING.

Ustaz Nazri b Ahmad

Akhir tahun 2010 ini , SK Kuala Tahan kehilangan seorang lagi guru iaitu Ustaz Nazri bin Ahmad. Beliau ditawarkan ke SK Ulu Tembeling bagi menjawat jawatan Guru Pekolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Ustaz Nadzri pada awalnya pernah berkhidmat di SK Gusai , Ulu Tembeling pada tahun 1992 sebagai Guru Sandaran. Kemudian beliau diserapkan ke jawatan tetap menerusi program KDC. Pada tahun 2006 beliau bertukar ke SK Kuala Tahan.
Warga SK Kuala Tahan merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan dan khidmat semasa berada di SK Kuala Tahan.

Khamis, 18 November 2010

MAJLIS PERPISAHAN GURU


Teacher Azmaliza
Cikgu Zubir dan Cikgu Kamil Hilmi

Tarikh : 16 Nov 2010
Hari : Selasa
Masa : 9.45-10.30 pagi
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Sesi persekolahan 2010 telah melabuhkan tirainya. Yang patah pasti akn tumbuh , yang hilang pasti berganti , itulah lumrah setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Seramai tiga orang guru akan meninggalkan SKKT demi menabur bakti di tempat lain pula. Antara guru yang akan meninggalkan SKKT termasuklah Cikgu Mohamad Zubir b Zulkifli bertukar ke Temerloh , Cikgu Kamil Hilmi b Zainallah bertukar ke Sk Teh , Jerantut dan Cikgu Azmaliza bt Md Muhaidin yang bertukar ke Putrajaya mengikut suaminya.
Cikgu Kamil Hilmi telah berkhidmat di SKKT mulai tahun 2005. Beliau merupakan guru Prasekolah di samping menjawat jawatan Setiausaha PIBG. Sementara itu Cikgu Mohamad Zubir juga mula berkhidmat pada tahun 2006. Beliau merupakan guru data. manakala , Cikgu Azmaliza mula berkhidmat pada tahun 2007. Beliau merupakan guru Bahasa Inggeris dan guru SPBT.
Warga SK Kuala Tahan ingin merakamkan jutaan terima kasih atas segala khidmat yang telah dicurakan sepanjang berada di sini. Semoga dengan pertukaran ini akan meningkatkan lagi khidmat mendidik anak bangsa.
... Selamat Bertukar ...

Cikgu Zubir - SK Bandar Mentakab , Mentakab.
Cikgu Mohamad Khairul - SK Panching , Kuantan
Cikgu Suzanna - SK Bukit Sekilau , Kuantan
Cikgu Kamil - SK Teh , Jerantut
Cikgu Azmaliza - Puterajaya , Wilayah Persekutuan.

Isnin, 15 November 2010

ANUGERAH KHAS

  • Anugerah Tokoh cendekiawan Terbaik UPSR
  • Anugerah Cemerlang Asrama
  • Anugerah Zaaba
Tabibah Zainab & Muhammad Zuhri Zaim
Adik M Zuhri Zaim dan Adik Tabibah Zainab bersama keluarga
  • Anugerah Tokoh satriawan dan Srikandi

Adik Siti Safura & Adik Mohamad Fakrul Hakimi

  • Anugerah Permata Asrama

HARI ANUGERAH PENDIDIKAN 2010

Tarikh : 15 November 2010
Hari : Isnin
Masa : 8.15 - 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

SK Kuala Tahan telah menganjurkan Hari Anugerah Pendidikan 2010. Tujuan utama adalah untuk memberikan pengiktirafan kepada kejayaan akademik yang dicapai oleh para pelajar berdasarkan PKSR 02. Majlis pada hari ini dihadiri oleh semua pelajar SKKT dan ibu bapa penjaga.
Majlis perasmian disempurnakan oleh En Abdullah b Hj Manan , YDP PIBG SK Kuala Tahan. Dalam ucapan perasmiannya , beliau mengingatkan para pelajar agar mengejar kecemerlangan dalam bidang kurikulum kerana kecemerlangan akan membantu peningkatan kualiti hidup.
Majllis penyampaian anugerah akademik disempurnakan oleh Guru Besar ,barisan GPK , AJK PIBG dan para guru.
Ibu bapa juga turut dihiburkan dengan persembahan tarian anak-anak prasekolah dan kalam jamaie pelajar tahap 2. Majlis berakhir pada pukul 11.00 pagi.

Foto sekitar Hari Anugerah Pendidikan 2010

Khamis, 11 November 2010

KEPUTUSAN UPSR 2010

Adik Muhammad Zuhri Zaim dan Tabibah Zainab
Pelajar bersama Guru Besar dan Guru-guru

Tarikh : 11 November 2010
Hari : Khamis
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

SK Kuala Tahan masih mengekalkan pencapaian UPSR seperti tahun sebelumnya. Dua orang pelajar iaitu Adik Muhammad Zuhri Zaim b Nor Hisham dan Adik Tabibah Zainab bt Zulkifli telah mencapai keputusan 5A dalam semua mata pelajaran. Manakala , tiga orang pelajar memperoleh 4Fredauz Yusri.

Walaupun masih mengekalkan jumlah mendapat 5A , namun peratusan keseluruhannya merosot kepada 57.6 % atau 30 orang lulus daripada 52 orang calon.

Peratusan keseluruhan mata pelajaran :-
Bahasa Melayu Pemahaman - 92.3 %
Bahasa Melayu Penulisan - 85 %
Bahasa Inggeris - 67.3 %
Matematik - 81 %
Sains - 79 %

Isnin, 8 November 2010

LAWATAN KE CAMERON HIGHLANDS

Cikgu Zainol sedang menyampaikan pesanan .
Bacaan Doa mengiringi perjalanan ke Cameron Highlands

Tarikh : 08 - 10 November 2010
Hari : Isnin - Rabu
Peserta : Pelajar 34 , Guru Pengiring 4 Orang
Tempat Lawatan :
MARDI , Ladang BOH Sg Palas , Big Red Strawberry , Cactus Valley , Taman Rama-Rama , Taman Lebah , KEA Farm , Cactus Point dan Kg Taman Sedia.

Seramai 34 pelajar tahun 6 SK Kuala Tahan menyertai lawatan sambil belajar ke Cameron Highlands. Lawatan ini diiringi oleh 4 orang guru ( 2 lelaki dan 2 perempuan ). Matlamat lawatan ini adalah sebagai satu aktiviti yang dirancang dalam kalender Aktiviti Lepas Periksa ( ALP ).
Peserta yang menyertai lawatan ini dipilih dalam kalangan pelajar tahunan sahaja. Tujuan utama adalah sebagai aitiviti rehat minda selepas peperiksaan UPSR.
En Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan , sempat meningkatkan para pelajar agar menjaga disiplin kerana pelajar membawa nama sekolah. Sebelum pelajar berlepas , Ustaz Nasaruddin membacakan doa agar selamat pergi dan selamat kembali ke SKKT. Bas rombongan bertolak dari SKKT pada jam 8.30 pagi dan dijangka tiba di Cameron Highlands pukul 2.00 petang.

Rabu, 3 November 2010

PEPERIKSAAN PKSR 04 / 2010



Tarikh : 03 - 10 November 2010
Hari : Selasa - Khamis
Masa : 8.15 - 1.10 petang
Tempat : SK Kuala Tahan

Seramai 327 orang pelajar SK Kuala Tahan mula menduduki peperiksaan Akhir Tahun / PKSR 04-2010. Pada minggu ini , para pelajar akan mengambil peperiksaan bagi kertas elektif sahaja. Bermula minggu hadapan 08 Nov 2010 , pelajar akan menduduki peperiksaan bagi mata pelajaran teras UPSR.
Peperiksaan ini juga akan dijadikan panduan untuk penentuan kelas bagi tahun hadapan dan penentuan TOV pelajar. Selepas peperiksaan nanti , Hari Anugerah Pendidikan akan diadakan
sebelum sesi persekolahan 2010 tamat.


Jumaat, 29 Oktober 2010

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM NILAM

Tarikh : 29 Oktober 2010
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 - 10.30 pagi
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Pusat Sumber Sekolah ( PSS ) SK Kuala Tahan telah menganjurkan majlis penutupan program NILAM bagi sesi 2010. Tujuan program ini adalah untuk memberikan penfiktirafan kepada pelajar-pelajar yang berjaya membaca buku mengikut sasaran yang ditetapkan.
Majlis penutupan disempurnakan oleh En Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan . Yang dipertua PIBG , En Abdullah b Hj Manan turut serta dalam majlis tersebut. Beliau juga berkesempatan untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang engikut katagori.
Program NILAM mendapat kerjasama yang memuaskan dari guru-guru dan murid-murid. Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran yang telah disasarkan pada awal tahun.

Foto Majlis Penutupan Program NILAM

Klik Foto kecil untuk lihat foto seterusnya...

HARI USAHAWAN

Tarikh : 29 Oktober 2010
Hari : Jumaat
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Perkarangan , SK Kuala Tahan

Unit Kokurikulum SK Kuala Tahan telah menganjurkan Hari Usahawan Muda kali kedua bagi tahun 2010. Program ini dilaksanakan pada 29 oktober 2010 bertempat di perkarangan SKKT.
Menurut En Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan ,objektif utama penganjuran Hari Usahawan Muda adalah untuk mendedahkan para pelajar mengenai aktiviti perniagaan di samping pelajar dapat menggunakan kemahiran yang telah mereka pelajari di dalam kelas.
Aktiviti ini melibatkan semua pelajar SKKT. Walaupun demikian , cuma 32 buah gerai sahaja disediakan kepada pelajar. Penyertaan terhad kepada siapa yang mendaftar dahulu. Antara gerai yang beroperasi pada hari tersebut termasuklah gerai makanan dan minuman , alat tulis , sayur-sayuran , perhiasan dan ikan hidup.
Sambutan dari pelajar dan ibu bapa amat menggalakkan. Ibu bapa turut hadir memberikan sokongan kepada anak-anak mereka. Ibu bapa hanya memerhatikan anak-anak mereka melakukan aktiviti jual beli. Mereka tidak dibenarkan membantu anak-anak mereka.
Pada hari itu juga , diadakan peraduan teka berat labu , teka berat Guru Besar dan 3 orang GPK serta teka batang mancis. Peraduan ini menyediakan hadiah berupa hamper yang disumbangkan oleh masyarakat setempat. Peraduan ini juga mendapat sambutan yang amat baik.
Program ini berakhir kira-kira pukul 11.30 pagi , di mana hampir semua barang jualan telah habis dijual. Barang-barang jualan yang terakhir telah dilelong dengan harga yang amat berpatutan. Menurut seorang penjaga yang ditemui , program ini amat baik dan sepatutnya pihak sekolah membuka penyertaan kepada ibu bapa pula.

Foto Sekitar Hari Usahawan Muda

Klik gambar kecil untuk lihat gambar seterusnya...

Rabu, 27 Oktober 2010

BOMBA @ SK Kuala Tahan

Tarikh : 27 Oktober 2010
Hari : Rabu
Masa : 10.00 - 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

SK Kuala Tahan telah berjaya menganjurkan program Keselamatan Kebakaran dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Jerantut. Program ini melibatkan semua warga SK Kuala Tahan. Program ini merupakan julung kali diadakan bagi memberikan pendedahan kepada warga SK Kuala Tahan bagaimana menghadapi situasi kebakaran.
Program ini bermula pukul 10 pagi. Program ini dikendalikan oleh Pegawai Bomba Jerantut iaitu En Osman b Abdul Malek dan En Rafizi. Pelajar-pelajar ditunjukkan tayangan video situasi semasa kebakaran dan juga tunjuk ajar penggunaan alat pemadam kebakaran.
Pelajar juga turut serta dalam demonstrasi pergerakan bila berlaku kebakaran dan cara memadamkan kebakara. Sambutan oleh warga SK Kuala Tahan amat memberangsangkan dan mereka sanggup berpanas demi mendapatkan ilmu yang amat berguna dalam kehidupan seharian.

Foto Program Keselamatan BOMBA Jerantut
Klik foto kecil untuk lihat foto seterusnya

Khamis, 21 Oktober 2010

SK KUALA TAHAN @ SINAR HARIAN

Tarikh : 21 Oktober 2010
Hari : Isnin
Sumber : Sinar Harian

Klik gambar untuk baca berita
Info SK Kuala Tahan

Ahad, 17 Oktober 2010

Perkhemahan Bersepadu Pelajar Tahap 2 2010

Cikgu Zainol sedang memotong riben perasmian

Tarikh : 15 - 17 Oktober 2010
Hari : Jumaat - Ahad
Tempat : Perkarangan SK Kuala Tahan
Perasmi : En Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan.

Unit Kokurikulum SK Kuala Tahan telah berjaya menganjurkan aktiviti Perkhemahan Bersepadu Alam Sekitar . Program ini julung-julung kali diadakan di SK Kuala Tahan. Program ini melibatkan seramai 128 orang pelajar tahap 2 iaitu tahun 4,5,dan 6. Objektif utama program ini adalah untuk memberikan pengalaman kepada pelajar mengenai aktiviti perkhemahan.
Semasa program ini dilangsungkan semua pelajar ditempatkan dalam 16 buah khemah. Para peserta diminta mendirikan sendiri khemah kumpulan mereka. Menurut pelajar yang menyertai program ini , Afiq Najmi Azri 12 tahun , beliau begitu teruja menyertai perkhemahan ini. Ini merupakan pengalaman pertama beliau.
Sepanjang perkhemahan tersebut berbagai aktiviti dilakukan antaranya memasang khemah , ice breaking , kawad , kraf tangan , malam kebudayaan dan ikhtiar hidup.Peserta juga membawa serba sedikit bahan mentah untuk perkhemahan seperti ikan sardin , ikan kering , telur dan bawang.

Foto Aktiviti Ikhtiar Hidup

Sabtu, 16 Oktober 2010

AADK@SK Kuala Tahan

Tarikh : 13 Oktober 2010
Hari : Rabu
Masa : 11.00 - 1.00 petang
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

SK Kuala Tahan telah menganjurkan satu ceramah berkaitaan dengan penyalahgaunaan dadah dan bahaya merokok kepada seluruh wargannya. Ceramah ini pada awalnya khusus untuk pelajar tahun 6 , namun kebaikan ceramah ini membuka ruang kepada pelajar laain turut serta.
Ceramah pada hari ini dimulakan dengan cara penghasilan dadah dari bunga popi dan diproses hingga menjadi pelbagai jenis dadah yang berbeza. Penceramah amat menekankan kepada tabiat buruk merokok yang menjadi pemangkin kepada penagihan dadah.
Pihak AADK Jerantut , turut mengadakan pameran anti dadah. Melalui pameran ini , pelajar dapat maklumat yang terperinci di samping penerangan yang lebih mesra .

Foto Sekitar Program AADK Jerantut

Jumaat, 15 Oktober 2010

Lawatan Kolej Teknikal Singapura

 Antara aktiviti yang dilakukan..


Tarikh  :  05 Oktober 2010
Hari  :  Selasa
Masa  :  8.00 hingga 11.00 pagi
Tempat  :  Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

SK Kuala Tahan menerima kunjungan pelajar dari Kolej Teknikal singapura. Rombongan tersebut seramai 45 orang beserta pengiring. Tujuan utama lawatan tersebut adalah sebagai satu program pertukaran kebudayaan antara pelajar.
Rombongan tersebut tiba si SK Kuala Tahan seawal jam 8.30 pagi dan disambut dengan paluan kompang dari ppelajar SK Kuala Tahan. seterusnya ucapan aluan pengerusi dan diteruskan dengan persembahan silat oleh 3 pelajar . Berikutnya , persembahan Kalam Jamaie dan diikuti persembahan tarian melayu oleh pelajar tahap 1. Sebagai balasan , pelajar Kolej Teknikal mempersembahkan sabuah lagu yang digubah khusus untuk  warga SK Kuala Tahan.
Pada pukul 9.30 pagi , pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan . Pelajar tahap 1 berkumpul di Dewan untuk mendengar persembahan bercerita kisah binatang sementara pelajar tahap 2 terlibat dengan aktiviti abseling menuruni bangunan sekolah. Aktiviti ini khusus dan diawasi oleh jurulatih khas. Ramai pelajar mengambil kesempatan untuk mencuba aktiviti tersebut. Tidak ketinggalan juga guru dan staf.
Sebelum majlis berakhir , pelajar Kolej Teknikal dijamu dengan nasi lemak daun pisang. Selepas itu ,satu sesi bergambar dan bertukar cendera hati diadakan. Semua pelajar yang mengikuti program tersebut amat berpuas hati dan bergembira sepanjang program.

Jumaat, 8 Oktober 2010

ALP - Ceramah Persediaan ke Sekolah Menengah



Tarikh : 08 Oktober 2010
Hari : Jumaat
Masa : 8.45 - 10.45 pagi
Tempat : Makmal Komputer

Jawatankuasa Program Lepas Periksa telah menganjurkan aktiviti ceramah khas untuk pelajar tahun 6. Seramai 52 orang pelajar tahun 6 Al Ghazali dan 6 Al Farabi terlibat. Penceramah diundang khas dari SMK JP SHAS Kuala Tahan iaitu Cik Siti Al Solihah bt Yaacob.
Sesi ceramah dimukalan dengan tayangan video berkaitan dengan peranan anak-anak terhadap ibu bapa. Penceramah banyak memberikan input berkaitan dengan persediaan ke SMK sama ada dari segi jasmani mahupun rohani.
Kebanyakan pelajar apabila berada di sekolah menengah , mereka menjadikan rakan-rakan sebagai rujukan dan peranan ibu bapa semakin dilupakan. Mereka lebih mendengar nasihat rakan daripada nasihat ibu bapa ataupun guru.
Penceramah juga memberikan nasihat agar pelajar-pelajar tidak terpengaruh dengan rakan yang membawa kepada masalah disiplin. Pelajar perempuan lebih cenderung kepada masalah penggunaan telefon bimbit dan masalah berpasangan ( dating ).
Semoga ceramah ini akan memberikan sedikit kesedaran kepada para pelajar dan berusaha untuk menghindari aktiviti yang tidak mendatangkan faedah.

Rabu, 29 September 2010

AKTIVITI LEPAS PERIKSA

Tarikh : 27 september 2010
Hari : Isnin
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan , SK Kuala Tahan

Satu mesyuarat perancangan aktiviti lepas periksa ( ALP ) peringkat SK Kuala Tahan telah diadakan bagi membincangkan aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh 5 minggu yang akan datang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Cikgu Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan dengan kehadiran semua GPK serta guru-guru tahun 6 dan guru kaunseling.
Mesyuarat ini telah menetapkan aktiviti yang akan dilaksanakan merangkumi aktiviti sukan dan permainan , ceramah motivasi , gotong royong , pengisian rohani dan juga progam lawatan sambil belajar.
Progam sukan dan permainan melibatkan sukan futsal , Badminton dan ping pong. Program Ceramah pula melibatkan aktiviti ceramah persediaan ke Sekolah Menengah , Keselamatan Jalan Raya dan ceramah Kebakaran. Program perkhemahan pula akan melibatkan semua pelajar tahap 2 dan diadakan sekitar kawasan sekolah.
Setiap pagi bermula 7.30 hingga 8.45 program Doa dan Tawakkal mengisi slot yang dirancang. Program ini diketuai oleh Ustaz Nasaruddin Ismail. Program lawatan ke Cameron Highlands melibatkan 36 pelajar dan 4 guru pengiring dan akan diadakan pada 8-10 November 2010.
Semoga program yang telah dirancang akan dilaksanakan seperti mana yang ditetapkan.

SAMBUTAN HARI RAYA 1431H

Tarikh : 25 September 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 - 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

SK Kuala Tahan telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1431. Sambutan Hari RAya ini melibatkan warga SK Kuala Tahah serta tetamu jemputan terdiri daripada ketua-ketua Jabatan di Kuala Tahan. Semua pelajar dan warga SK Kuala Tahan terlibat dalam menjayakan program tersebut.
Pada hari sambutan semua pelajar, guru dan staf berpakaian baju melayu dan berbaju kurung. Suasana ini dimeriahkan lagi dengan persembahan lagu-lagu hari raya oleh guru dan pelajar. Sehari sebelum sambutan , warga SKKT bergotong royong menyediakan juadah hari raya.
Walaupun sambutan pada tahun ini sederhana namun juadah tradisi seperti lemang tidak ketinggalan di samping kuih tradisional.
Pada hari yang sama juga , warga SKKT mengambil kesempatan mengabadikan gambar kenangan hari raya bersama-sama. Sesungguhnya sambutan hari raya kali ini amat bermakna dan meninggalkan seribu kenangan kepada warga SKKT.

Ahad, 19 September 2010

Program Pecutan Akhir Fasa 2

Tarikh  :  16 - 23 September 2010
Hari  :  Khamis - Khamis
Masa  :  8.00 pagi - 10.00 malam
Tempat  :  SK Kuala Tahan

Program kecemerlangan UPSR 2010 diteruskan dengan aktiviti / program Pecutan Akhir. Matlamat program ini adalah untuk mengumpulkan murid di Asrama SK Kuala Tahan. Program ini melibatkan semua pelajar tahun 6. Seramai 44 orang pelajar mendaftarkan diri di Asrama SKKT.
Program ini bermula pada 16 sept di mana ibu bapa menghantar anak -anak mereka ke asrama untuk tempoh seminggu. Pada 17 sept bermula 9.00 hingga 11.45 pagi diadakan program Motivasi Belajar oleh Pakar Motivasi dari SMK Temin iaitu En Omar b Abdul Aziz. Pelajar diberikan suntikan moral menjelang peperiksaan.
Pada 17 sept bermula 7.00 malam diadakan solat Maghrib dan solat hajat bersama penjaga pelajar tahun 6. Kehadiran ibu bapa amat memuaskan dengan juadah yang dibawa dari rumah untuk dinikmati bersama. Program ini diadakan di Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan.
Sepanjang cuti hujung minggu , pelajar diwajibkan hadir ke kelas tambahan yang telah dirancang. Semua pelajar terlibat dalam progran tersebut.

Khamis, 26 Ogos 2010

TAZKIRAH IHYA RAMADHAN 1431


Ceramah oleh Ustaz Zakaria   Guru Besar bersama guru-guru

Tarikh  :  26 Ogos 2010
Hari  :  Khamis
Masa  :  9.00 - 10.00 pagi
Tempat  :  Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Satu program tazkirah sempena Ihya Ramadhan telah diadakan pada waktu rehat di Dewan Gemilang. Program ini dipengerusikan oleh Al Fadhil Ustaz Nazri b Ahmad , manakala penceramah jemputan adalah Ustaz Zakaria b Omar , GPK Kokrikulum , SK Kuala Tahan.
Program ini melibatkan semua pelajar dari prasekolah hingga pelajar tahun 6 berjumlah 324 orang. Semua guru ,kakitangan sokongan dan swasta turut terlibat. Dalam tazkirahnya Ustaz Zakaria mengingatkan kewajiban mengerjakan solat kerana ramai orang yang berpuasa tetapi tidak solat. Sesungguhnya jika kita tidak mendirikan solat , segala amalan baik tidak akan dihisab. Jadi , ingatan tersebut seharusnya diberi perhatian sewajarnya oleh semua umat islam , khasnya pelajar-pelajar SK Kuala Tahan.
Dalam kesempatan itu juga , penceramah sempat mengingatkan tentang kelebihan beribadah di bulan ramadhan di samping kelebihan 10 malam terakhir ramadhan serta amalan-amalan yang boleh dilakukan untuk memenuhi tuntutan agama.
Semoga tazkirah tersebut sampai ke hati setiap insan yang hadir dalam majlis tersebut.

Jumaat, 20 Ogos 2010

PEPERIKSAAN PKSR 03 / 2010


Tarikh  :  23 hingga 26 Ogos 2010
Hari  :  Isnin hingga Khamis
Masa  :  7.45 - 12.55 tengah hari
Tempat  :  SK Kuala Tahan


* Bagi pelajar tahun 6 , mereka akan menduduki ujian Pra UPSR anjuran PPD Jerantut. Soalan disediakan oleh MGB Daerah Jerantut.
* Waktu rehat dipenuhkan dengan aktiviti Tadarus Al Quran ( Program Ihya Ramadhan )

Jumaat, 13 Ogos 2010

JADUAL PROGRAM IHYA RAMADHAN



Tarikh  :  16 Ogos hingga 03 September
Hari  :  Isnin hingga Khamis
Masa  :  9.45 - 10.45 pagi / 1.15 - 2.15 petang
Tempat  :  Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan


Program Ihya Ramadhan anjuran Panitia Pendidikan Islam akan dilaksanakan bermula 16 Ogos 2010 bersamaan dengan 06 Ramadhan 1431H. Program ini melibatkan pelajar tahun 1 hingga tahun 6. Pengisian program Ihya Ramadhan termasuklah :-

1.  Tadarus Al Quran - 
     Tahap 1 , Tahap 2 dan berkumpulan. Masa Rehat ( 9.45 - 10.45 pagi )
2.  Pertandingan :-
     2.1  Azan
     2.2  Khutbah
     2.3  Tilawah
     2.4  Nasyid
     2.5  Kalam Jamaei
     2.6  Jawi

OBJEKTIF  PROGRAM:-
1. Pelajar dapat menghayati Ramadhan bulan yang penuh keberkatan
2. Mencungkil bakat-bakat pelajar dalam program agama.
3. Mengatasi masalah buta jawi bagi pelajar yang lemah.
4. Menggalakkan persaingan dalam aktiviti sekolah.
5. Mengatasi masalah ketidakhadiran pelajar dalam kelas KAFA.


JADUAL  AKTIVITI

SURAT  PEKELILING  SKKT



Selasa, 10 Ogos 2010

IHYA RAMADHAN

Simbolik penyerahan Program dan Ucapan pelancaran Ihya Ramadhan
Pelajar khusyuk mendengar penerangan dari Ustaz Nazri

Tarikh  :  10 Ogos 2010
Hari  :  Selasa
Masa  :  11.00 - 12.00 tengah hari
Tempat  :  Dewan Gemileng , SK Kuala Tahan

Program Ihya Ramadhan 1431 telah disempurnakan oleh Cikgu Zainol b Shahbuddin , Guru Besar SK Kuala Tahan dalam majlis yang diadakan khusus anjuran Panitia Pendidikan Islam. Dalam ucapannya , cikgu Zainol mengingatkan para pelajar tentang ibadah puasa. Semua pelajar diwajibkan berpuasa kecuali pelajar yang uzua dan sakit. Ibadah ini perlu dilakukan seawal usia persekolahan.
Sepanjang bulan ramadhan nanti pelbagai aacara telah dirancang untuk memenuhi tuntutan ramadhan. Pada waktu rehat akan diisi dengan program Tadarus. Tadarus ini melibatkan pelajar tahap dua dan dibahagiakan kepada beberapa kumpulan mengikut kategori.
Bagi memenuhi waktu kegiatan kokurikulum pula , aktiviti seperti hafazan , bengkel jawi , nasyid ,pertandingan azan ,serta khutbah jumaat. Para pelajar akan berlatih sepanjang waktu aktiviti kokurikulum. Pelajar akan balik pada pukul 2.15 petang. Para pelajar juga akan menunaikan solat zohor berjemaah.
Pertandingan akan diadakan minggu terakhir ramadhan. Semua pelajar dilatih mengikut rumah sukan masing-masing.

SUMBANGAN KOMPUTER

Barisan penerima sumbangan komputer dari BSN
Tetamu sedang memerhatikan demo komputer di PSS
Tarikh  :  07 Ogos 2010
Hari  :  Sabtu
Masa  :  12.00 tengah hari
Tempat  :  Dewan Gemilang dan Pusat Sumber Sekolah.

Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan merupakan sekolah yang bertuah kerana telah dipilih untuk menerima dua unit komputer meja dalam progam BSN Mesra Komuniti yang telah diadakan di SK Kuala Tahan. Sekolah yang lain yang turut menerima satu unit komputer termasuklah SK Merting , SK Chebong , SK Pagi , SK Ulu Tembeling dan SK Bukit Mat Daling.
Kedua-dua unit komputer tersebut telah ditempatkan di PSS SK Kuala Tahan. Pengurus Kanan Unit ICT ,Kuala Lumpur , Pengurus Besar BSN Pahang , Pegawai Khas Menteri Pelajaran dan wakil Pengarah Pelajaran Pahang dan wakil PPD Jerantut turut serta dalam majlis tersebut.

PROGRAM MOTIVASI - ANAK SOLEH



Tarikh  :  07 Ogos 2010
Hari  :  Sabtu
Masa  :  9.00 - 11.00 Pagi
Tempat  :  Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Satu program ceramah motivasi telah diadakan khas bagi ibu bapa dan pelajar-pelajar tahun 5 dan tahun 6. Tajuk ceramah merupakan tajuk yang begitu menarik iaitu Anak soleh. Objektif utama program ini adalah untuk memberikan pengetahuan kepada ibu bapa serta pelajar akan peranan masing-masing dalam membentuk anak solah.
Seramai hampir sembilan puluh orang pelajar terlibat sebagai peserta termasuklah pelajar dari SK Merting , SK Chebong dan SK Kuala Tahan.Sepanjang program tersebut pelbagai kaedah digunakan oleh penceramah untuk menarik perhatian audien. Penggunaan unsur ict dalam persembahan amat memberikan kesan yang mendalam kepada audien. Penceramah merupakan seorang motivator yang didatangkan khas dari Universiti Malaysia Pahang iaitu Ustaz Zuridan b Daud
Dalam sesi ceramahnya , Ustaz menggunakan pendekatan dua hala dan sering menanyakan ibu bapa dan pelajar. Kaedah ini amat berkesan kerana audien sentiasa memberikan perhatian setiap percakapan motivator. Sesungguhnya  , program pada hari tersebut sedikit sebanyak memberikan kesan kepada ibu bapa dan para pelajar.

Isnin, 9 Ogos 2010

BSN Mesra komuniti @ Kuala Tahan

Tarikh  :  07 Ogos 2010
Hari  :  Sabtu
Masa  :  8.00 - 1.00 petang
Tempat  :  Dewan Gemilang

Program BSN Mesra Komuniti @ Kuala Tahan telah diadakan di SK Kuala Tahan. Objektif utama adalah untuk merapatkan BSN bersama rakyat. Antara pengisian program tersebut termasuklah :-

1. Ceramah motivasi khas untuk pelajar tahun 5 dan 6. Antara sekolah yang terbabit termasuklah SK Kuala Tahan, SK Merting dan  SK Chebong. Penceramah didatangkan khas dari UMP , Kuantan
2.  Penyampaian Sijil Galakan Menabung . anugerah dimenangi oleh SK Metodist , Kuantan.
3.  Sumbangan Komputer untuk sekolah-sekolah Lembah tembeling termasuk SK Kuala Tahan , SK Merting , SK Chebong , SK Pagi , SK Ulu Tembeling dan SK Bukit Mat Daling.
Acara kemuncak , tetamu menyempurnakan aktiviti gotong royong mengecat Surau SK Kuala Tahan.

Warga SK Kuala Tahan merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada BSN kerana memilih SK Kuala Tahan sebagai tempat melaksanakan BSN Mesra Komuniti.

Foto BSN @ SK Kuala Tahan

Khamis, 5 Ogos 2010

PESTA BUAH-BUAHAN


Wajah-wajah Ceria SKKT

Tarikh : 05 Ogos 2010
Hari : Khamis
Masa : Waktu Rehat - 9.45 - 10.45 pagi
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan telah menganjurkan Pesta Makan Buah-buahan. Pesta ini melibatkan semua guru , pelajar dan pekerja . Tujuan utama diadakan program ini adalah menyahut seruan makan buah-buahan tempatan.
Setiap warga SK Kuala Tahan dikehendaki membawa sejenis buah-buahan tempatan. Antara buah-buahan yang dibawa oleh warga SKKT termasuklah raja buah Buah Durian , rambutan , manggis , langsat , duku , dokong dan juga betik. Tuan Guru Besar , Cikgu Zainol bermurah hati menyediakan buah durian yang dibawa khas dari Jerantut.
Program makan buaah durian bermula pukul 10.00 pagi. semua warga yang terlibat diagih-agihkan buah-buahan. Walaupun hampir 380 guru dan pelajar terlibat namun buah-buahan yang dibawa masih berbaki. Sesungguhnya pesta yang julung kali diadakan di SK Kuala Tahan ini telah mendapat sambutan yang menggalakan dari warga SK Kuala Tahan

Foto Pesta Makan Buahan

Rabu, 4 Ogos 2010

KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG




Tarikh  :  02 Ogos 2010
Hari  :  Isnin
Tempat  :  SK Kuala Tahan

Sempena menyambut bulan kemerdekaan , SK Kuala Tahan telah melancarkan Kempen Mengibar Jalur Gemilang. Kempen bermula pada 02 Ogos 2010 dan telah dilancarkan dengan rasminya oleh En Zainol b Shahbuddin , Guru Besar SK Kuala Tahan. Kempen ini akan berakhir pada 16 September 2010.Dalam ucapan pelancaran program , Guru Besar mengingatkan para pelajar supaya menyemai sifat patriotik dalam diri pelajar.
Sepanjang kempen ini lebih 50 jalur gemilang telah dikibarkan sepanjang jalan besar menghala ke SK Kuala Tahan. Sepanjang bulan kemerdekaan pelbagai acara telah dirancang bagi memeriahkan suasana. Kibaran jalur gemilang diharapkan menjadi satu tarikan kepada pelancong-pelancong yang datang ke Taman Negara.
Blog Widget by LinkWithin