Hari Pertama Persekolahan sesi 2011
Tarikh : 03 Januari 2011
Hari : Isnin
Tempat : SK Kuala Tahan
Hari ini merupakan hari pertama persekolahan sesi 2011. Keadaan cuaca pagi ini mendung dan hujan renyai-renyai turun kadang kala. Bagi pelajar tahun 1 hari ini merupakan hari yang bersejarah buat mereka kerana pada hari ini rasmilah mereka sebagai seorang pelajar.
Perhimpunan pagi berjalan lancar walaupan SK Kuala Tahan kekurangan lapan orang tenaga pengajar. Enam orang guru bertukar masih belum ada pengganti manakala dua orang guru cuti bersalin. Kekurangan guru bukan bermakna pelajar terabai , namun kekurangan tersebut digantikan oleh guru-guru yang lain.
Sesi orientasi pelajar tahun satu berjalan lancar. Cuma terdapat seorang pelajar yang menangis pada awal sesi namun kebijaksanaan guru mengatasi masalah tersebut.
Tuan Guru besar , Cikgu Zainol b Shahbudin berkesempatan berjumpa pelajar-pelajar tahun 6 sebagaimana kebiasaannya. Tujuan perjumpaan adalah untuk mengingatkan fokus utama pelajar tahun 6. Pada tengah harinya , beliau juga berkesempatan berjumpa dengan tenaga pengajar tahun enam bagi membincangkan program yang akan dijalankan sepanjang tahun nanti.
** Selamat Kembali Ke Sekolah **
Tiada ulasan:
Catat Ulasan