Hari : Rabu
Masa : 1.30 petang
Tempat : Anjung Dedari , Rainforest Resort , Taman Negara
Badan Kebajikan Guru Dan Staf SK Kuala Tahan telah mengadakan majlis pertukaran GPK Koko , Cikgu Zulzaman b Jamaluddin dan majlis mengalu-alukan kedatangan GPK Koko yang baru Ustaz Zakaria b Omar ke SK Kuala Tahan.Majlis ini diadakan serentak di Rainforest Resort.
Dalam ucapan terakhirnya , Cikgu Zulzaman merakamkan jutaan terima kasih kepada warga SKKT kerana menerima beliau sepanjang berada di sini . Banyak pengalaman dikutip dan ikatan silaturahim yang begitu erat telah terjalin. Beliau juga sempat mengingati " Bilik Kesihatan " satu ikon yang amat mengesan di hati.
Sementara itu , dalam ucapan aluan sulungnya Ustaz Zakaria pula menyatakan SKKT hampir sama iklimnya dengan sekolah lama beliau iaitu SK Penjom , Lipis. Beliau berharap akan mendapat kerjasama yang baik daripada seluruh warga SKKT.
Pada majlis yang sama majlis penyerahan tugas diadakan sebagai simbolik pertukaran GPK Kokurikulum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan