Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Selasa, 31 Januari 2012

GOTONG ROYONG PIBG

TARIKH  :  26 JANUARI 2012
HARI  :  KHAMIS
MASA  :  8.00-11.00 PAGI
TEMPAT  :  SK KUALA TAHAN


Program Gotong Royong PIBG merupakan program yang menjadi rutin PIBG SK Kuala Tahan. Pada tahun ini PIBG menganjurkan gotong royong bagi memangkas dahan pokok yang terdapat di atas kelas prasekolah. Keadaan dahan pokok jati tersebut boleh merbahayakan keselamatan pelajar dan guru.

Program ini diadakan seawal jam 9.00 pagi. Kehadiran ibu bapa dan penjaga amat menggalakan walaupun suasana masih dalam keadaan cuti perayaan. Para penjaga dibahagikan kepada beberapa kumpulan kerja seperti membersih dan menebas kawasan rumah guru , memesin rumput dan kawasan utama memotong dahan pokok jati.

Sepanjang gotong royong tersebut , pelbagai gelagat dan karenah penjaga dan ibu bapa telah memeriahkan suasana. Yang berat sama dipikul , yang ringan sama dijinjing. Gotong royong pada hari ini telah mencapai objektif yang telah ditetapkan. Dahan-dahan yang berbahaya , telah dapat dibuang.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 26

TARIKH  :  19 JAN 2012
HARI  :  KHAMIS
MASA  :  2.30 PETANG
TEMPAT  :  DEWAN GEMILANG , SK KUALA TAHAN


Persatuan Ibu Bapa Dan Guru ( PIBG ) SK Kuala Tahan telah mengadakan mesyuarat Agung PIBG kali ke 26 pada 19 Januari yang lalu. Mesyuarat ini diadakan bagi meluluskan usul kutipan dana pendidikan PIBG bagi sesi persekolahan 2012.

Mesyuarat PIBG telah dirasmikan oleh En Abdullah b Hj Manan , YDP PIBG SK Kuala Tahan. Dalam ucapan aluannya , YDP PIBG mengharapkan ibu bapa memainkan peranan dalam membantu kemajuan pendidikan anak-anak .

Mesyuarat pada kali ini mendapat sambutan yang menggalakan . Kehadiran ibu bapa dan penjaga lebih daripada 2/3. . Dalam mesyuarat ini juga , keputusan sebulat suara dicapai dalam menantukan jumlah kutipan sumbangan kepada PIBG.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Selasa, 17 Januari 2012

MAJLIS PERPISAHAN - CIK AZLINA BT ABD LATEH

TARIKH  :  13 JAN 2012
HARI  :  JUMAAT
MASA  :  11.00 PAGI
TEMPAT  :  DEWAN GEMILANG , SK KUALA TAHAN

Awal tahun , warga SK Kuala Tahan dikejutkan dengan pertukaran seorang guru Pendidikan Islam , Cik Azlina bt Abdul Lateh ke SK Merting. Cik Azlina mula berkhidmat di SK Kuala Tahan mulai 2011. Beliau merupakan guru yag mengajar Bahasa Arab dari tahun 1-6.

Walaupun baru berkhidmat  berkhidmat di SK Kuala Tahan , namun kehilangannya amat dirasakan oleh seluruh warga SK Kuala Tahan. Semasa di SK Kuala Tahan , beliau banyak diberikan peranan sebagai pengacara majlis. Walaupun baru setahun jagung , namun pengalaman dalam mengendali majlis amat baik.

Khamis, 12 Januari 2012

PERJUMPAAN PENJAGA TAHUN 6 2012

TARIKH : 11 JANUARI 2012
HARI : RABU
MASA : 3.00 - 5.00 PETANG
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER


Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR 2012 telah mengadakan perjumpaan bersama pelajar , Guru , Ibu Bapa dan Penjaga tahun 6. Program ini bertujuan untuk memberikan penerangan dan memaklumkan aktiviti yang telah dirancangkan sepanjang tahun 2012 bagi pelajar tahun 6.
Perjumpaan pada kali ini merupakan perjumpaan pertama dan hampir semua penjaga hadir.


Majlis pada petang ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Cikgu Azman Abdullah Hashim , GPK 1 dan diikuti dengan penerangan oleh Cikgu Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan. Guru besar menyatakan objektif perjumpaan pada petang ini.


Pada majlis yang sama , semua guru mata pelajaran membentangkan nilai mula ( TOV ) yang telah diperoleh dari peperiksaan akhir tahun. Walaupun pada keseluruhan , keputusan agak rengah namun semua yang hadir optimis akan berlaku peningkatan kepada keputusan peperiksaan nanti.


Ibu bapa dan penjaga juga berkesempatan mengutarakan sokongan kepada usaha yang telah dilakukan oleh pihak sekolah . Malah , segala program akan disokong demi kebaikan anak-anak pelajar. Majlis berakhir dalam suasana yang amat harmoni dan masing-masing menaruh harapan tinggi kepada anak-anak didik untuk mencipta kecemerlangan pada tahun ini.
Blog Widget by LinkWithin