Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Isnin, 9 Julai 2012

LAWATAN INTERNATIONAL SCHOOL - ALICE SMITH

TARIKH     :  05 JULAI 2012
HARI          :  KHAMIS
MASA        :  3.00 - 5.00 PETANG
TEMPAT     :  DEWAN GEMILANG , SK KUALA TAHAN

SK Kuala Tahan sekali lagi menerima lawatan daripada International School Alice Smith , Kuala Lumpur. Lawatan ini diketuai oleh Pengetua sekolah tersebut. Seramai 85 orang pelajar yang berunur antara 12-13 tahun terlibat dalam lawatan tersebut. Pelajar tersebut terdiri daripada pelbagai negara seperti Switzerland , Perancis , Kanada , UK , Bangladesh , India , Ecuador , Taiwan dan sebagainya. Mereka ini terdiri daripada anak-anak diplomat dan petugas yang berkhidmat di Kuala Lumpur.
     Tujuan lawatan ini adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang kebudayaan yang diamalkan dalam kalangan masyarakat melayu. Kedatangan mereka disambut dengan paluan kompang dan ditaburkan bunga rampai. Seterusnya mereka telah disajikan dengan persembahan silat dan adat persandingan masyarakat melayu. Mereka telah bersama merasa bagaimana majlis menitis inai.
     Pada sesi yang lain , mereka telah didedahkan kepada pengalaman permainan tradisional seperti sepak raga bulat , batu seremban , congkak , galah panjang dan ketinting. Pengalaman ini telah memberikan pendedahan yang baharu kepada mereka.
     Mereka juga membalas dengan sketsa yang berkisarkan kehidupan sehari-hari mereka di sekolah bermula dari bunyi loceng sehinggalah tamat waktu belajar pada waktu petang. 
     Program yang demikian aamat memberikan manfaat kepada pelajar di SK Kuala Tahan. Mereka dapat mengetahui dan bergaul bersama-sama dengan pelajar yang datang dari pelbagai negara. Majlis tamat pada jam 5 petang. Pelajar International School juga telah menyampaikan sumbangan berbentuk buku  kepada pelajar SK Kuala Tahan.

FOTO  SEKITAR AKTIVITI



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin