Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Rabu, 29 Jun 2011

SAMBUTAN ISRA DAN MIKRAJ 1432H

Ceramah oleh Ustaz Ramli b Abdul Rahman , GPK Kokurikulum

Tarikh : 29 Jun 2011 / 27 Rejab 1432H
Hari : Rabu
Masa : 11.00 - 1.15 petang
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Panitia Pendidikan Islam SK Kuala Tahan telah menganjurkan sambutan Isra dan Mikraj peringkat sekolah. Majlis ini telah disempurnakan oleh En Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan. Majlis ini melibatkan semua warga SKKT dari pelajar hinggalah pekerja swasta.

Majlis pada pagi ini diisi dengan tayangan slaid berkaitan dengan kebesaran-kebesaran Allah. kemudian para hadirin disampaikan tazkirah oleh Ustaz Ramli b Abdul Rahman , GPK Kokurikulum berkaitan dengan peristiwa-peristiwa Isra dan Mikraj.

Dalam majlis itu juga ,persembahan nasyid pelajar dipertontonkan. Kumpulan nasyid ini mendapat tempat ketiga dalam karnival nasyid peringkat daerah Jerantut yang diaakan baru-baru ini. Pada majlis ini juga diperdengarkan azan oleh pelajar yang menjadi johan azan peringkat sekolah.

Majlis berakhir dengan ucapan selawat oleh semua hadirin yang hadir. Semoga semua yang hadir mendapat pengajaran dan mengambil ikhtibar dari peristiwa yang telah berlaku.

Isnin, 20 Jun 2011

GOTONG ROYONG PERDANA

Kehadiran YB ADUN Tahan
Memasak dan bersih longkang
Taklimat oleh YDP PIBG

Tarikh : 18 Jun 2011
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 - 2.00 petang
Tempat : SK Kuala Tahan

Persatuan Ibu Bapa dan Guru , SK Kuala Tahan telah menganjurkan satu program gotong royong perdana. Program ini melibatkan semua ibu bapa penjaga dan mendapat kerjasama badan-badan kerajaan di Kuala Tahan. Matlamat utama program ini adalah untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan ibubapa penjaga di samping mengekalkan kebersihan pada tahap yang baik.

Program ini bermula pukul 8.00 pagi . En Abdullah b Hj Manan , YDP PIBG memberikan taklimat ringkas berkaitan dengan program pada hari ini. Kumpulan ibu bapa penjaga dibahagiakan kepada beberapa bahagian yang manan seriap bahagian diketuai oleh Guru Penolong Kanan. Antara bahagian terlibat termasuklah padang dan rumah guru , longkang besar , kawasan asrama serta bahagian masakan.

Pada majlis ini juga , gotong royong memasak telah diadakan di mana sumbangan seekor lembu oleh salah seorang ahli PIBG. Gotong royong memasak telah dimulakan pada petang jumaat lagi. Ibu bapa dan penjaga serta warga SKKT bersama-sama menjayakan program ini.

Kemuncak program gotong royong perdana adalah dengan kehadiran YB Dato Wan Amizan b Wan Abdul Razak , ADUN Tahan merasmikan penutupan program tersebut. YB ADUN sempat memberikan ucapan serta beramah mesra bersama masyarakat Kuala Tahan.

Majlis berakhir pada jam 2.30 petang dan telah mencapai objektif yang telah ditetapkan . Kawasan -kawasan yang ditetapkan telah dibersihkan dengan pertolongan ibu bapa dan penjaga. Pihak sekolah juga merakamkan jutaan terima kasih kepada pasukan Bomba Sukarela Kuala Tahan atas sumbangan yang diberikan.

Foto Gotong Royong Perdana PIBG

Jumaat, 17 Jun 2011

MAJLIS PERPISAHAN GPK 1 , AHMAD HAMIZI DAN RAZALI


Cikgu Razali , Ahmad Hamizi dan Nadjmudeen
Tarikh : 17 Jun 2011
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 - 9.00 pagi
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Bulan ini sekali lagi warga SKKT dikejutkan dengan berita pertukaran guru. Kali ini melibatkan tiga orang guru iaitu :-

1. Cikgu Nadjmudeen b Mustapa - GPK 1 bertukar ke SK Pawang Nong , Ulu Cheka , Jerantut.
2. Cikgu Ahmad Hamizi b Jalani - naik pangkat ke SK Kuala Sat , Ulu Tembeling . GPK koku.
3. Cikgu Mohd Razali b Abdul Aziz - bertukar ke SJKT Bandar Jerantut.

Cikgu Nadjmudeen merupakan GPK 1 SK Kuala Tahan. Beliau mula berkhidmat pada feb 2010 dan telah berada di SK Kuala Tahan lebih dari satu tahun. Cikgu Amhad Hamizi pula pula dinaikkan pangkat sebagai GPK Kokurikulum di SK Kuala Sat. Beliau mula bertugas di sini mulai tahun 1998 dan ini merupakan pertukaran pertama beliau. Beliau merupakan tenaga pengajar mata pelajaran sains tahun 6. Manakala Cikgu Razali pula merupakan guru yang agak baru di sini. Sebelum ini beliau bertugas di Kuala Lumpur.

Semoga pertukaran guru-guru akan melonjakkan lagi prestasi sekolah baru mereka nanti. Bagi warga SKKT , kami mengucapkan selamat bertugas di tempat baru dan segala jasa bakti yang dicurahkan akan membuahkan hasil pada masa hadapan.
Blog Widget by LinkWithin