Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Jumaat, 25 Februari 2011

MAJLIS PERPISAHAN GURU 02/2011



Tarikh : 25 Feb 2011
Hari : Jumaat
Masa : 11.15 pagi
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Majlis Perpisahan GPK Kokurikulum , Ustaz Zakaria b Omar dan Cikgu Aslahuddin b Mohd Daud telah diadakan pada hari jumaat. Tarikh itu merupakan tarikh terakhir mereka menjalankan tugas rasmi di SK Kuala Tahan.

Ustaz Zakaria sempat berkhidmat selama 10 bulan di sini. Beliau menjalankan tugas GPK Kokurikulum. Sepanjang tugasan beliau di sini , beliau sempat melaksanakan beberapa program yang amat memberikan kesan kepada pelajar antaranya Perkhemahan Bersepadu Pelajar Tahap 2 dan pelancaran Kelas KAFA 2011.

Cikgu Aslahuddin b Mohd Daud pula telah berkhidmat lebih 10 tahun di SK Kuala Tahan mulai tahun 2001. Beliau merupakan guru mata pelajaran Bahasa Melayu tahap 1. Beliau aktif dalam Unit Berunifom TKRS dan permainan Bola Sepak. Sepanjang di sini beliau sempat berkhidmat di bawah empat orang Guru Besar bermula TnHj Abdul Malik , Cikgu Mohamad Zabidi , Cikguu Kamaruddin dan Cikgu Zainol.

Warga SK Kuala Tahan merakam jutaan terima kasih atas sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berada di sini. Segala yang baik itu dijadikan tauladan , manakala yang buruk itu dijadikan sempadan. Semoga kedua-duanya suksess di tempat baru. Tempat jatuh lagi dikenang , inikan pula tempat bermain.


Foto Sekitar Majlis Perpisahan Guru.



Khamis, 24 Februari 2011

LADAP - PENGURUSAN ASET

Tarikh : 24 Feb 2011
Hari : Khamis
Masa : 3.00 - 5.00 petang
Tempat : Makmal Komputer , SK Kuala Tahan

Jawatan Kuasa LADAP telah berjaya mengadakan Latihan dalam perkhidmatan kali pertama tahun 2011. LADAP yang diadakan pada kali ini difokuskan kepada pengurusan Stok sekolah. Matlamat latihan ini adalah untuk memberikankan pendedahan kepada semua guru dan staf berkaitan dengan pengurusan stok.

Sepanjang dua jam , penceramah En Mustapa dari SK Sungai Retang , Jerantut menerangkan maklumat berkaitan dengan stok Harta Modal , Iventori dan Bekalan Pejabat. Semua ini merupakan perkara asas yang perlu dilaksanakan oleh guru-guru yang berkaitan.

walaupun dalam masa yang singkat , namun penerangan yang berbantukan persembahan power point dapat merungkai perkara-perkara yang kurang difahami. Sesi soal jawab dapat menyelesaikan kekusutan yang berlaku. Seharusnya kursus ini ditambah waktu atau diaakan semula untuk memberikan lebih kefahaman berkaitan dengan pengurusan stok.

Foto LADAP - Pengurusan Stok

RAWATAN PERGIGIAN SEKOLAH

Tunjuk cara memberus gigi
Rawatan Pergigian
Tarikh : 22-24 Feb 2011
Hari : Selasa - Khamis

Masa : 8.00 - 1.15 petang

Tempat : Bilik Rawatan, SK Kuala Tahan


Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut telah mengadakan kempen klinik pergigian sekolah di SK Kuala Tahan. Matlamat utama program ini adalah untuk memberikan penerangan kepada pelajar berkaitan dengan penjagaan kesihatan gigi.

Sepanjang tiga hari program , semua pelajar telah diperiksa keadaan gigi masing. Bagi pelajar yang mempunyai masalah gigi , mereka diberikan rawatan sama ada tampalan ataupun cabutan gigi. Pelbagai ragam dan karenah pelajar dapat dilihat namun , pengalaman petugas / jururawat dapat mengawal keadaan.

Dalam sesi yang lain pula , para pelajar telah ditunjukajar berkaitan dengan cara-cara yang betul memberus gigi. Gigi merupakan aset yang penting kepada pelajar. Pendedahan peringkat awal dapat mengawal kerosakan gigi di kalangan pelajar.

Selasa, 22 Februari 2011

PATAH TUMBUH , HILANG BERGANTI - 02


Minggu ini warga SK Kuala Tahan sekali lagi dikejutkan dengan pertukaran dua orang guru .

Guru tersebut ialah Ustaz Zakaria b Omar , GPK Kokurikulum yang akan bertugas di SK Tanjung Gahai , Kuala Lipis , Pahang. Ustaz Zakaria akan menjawat jawatan GPK Hal Ehwal Murid dan pertukaran tersebut berkuatkuasa mulai 16 Feb 2011.
Ustaz Zakaria dinaikkan pangkat menjawat jawatan GPK Kokurikulum mulai mei 2010. Sebelum ini beliau bertugas di SK Penjom , Kuala Lipis. Walaupun berkhidmat belum genap setahun , namun kehadirannya di Kuala Tahan amat dirasai.

Sepanjang berada di sini ,beliau telah menyusun kembali kelas KAFA bagi sesi 2011. Kelas KAFA diaktifkan dengan penyertaan semua pelajar dari tahun 2 hingga tahun 5. Walaupun kekurangan tenaga pengajar , namun kelas KAFA berjalan seperti biasa. Beliau juga memanafaatkan masa lapangnya untuk memberikan ceramah di Masjid Kuala Tahan sekali seminggu.

Guru kedua yang bertukar ialah cikgu Aslahuddin b Mohd Daud. Beliau mula berkhidmat di SK Kuala Tahan mulai tahun 1999. Sebelum ini , beliau bertugas di daerah Maran , Pahang. Beliau mengajar subjek Bahasa Melayu tahun 3. Beliau mula bertugas di SK Chebong , Jerantut mulai 16 Feb 2011.

Dalam bidang kokurikulum , beliau bergiat aktif memimpin pasukan TKRS. Di samping itu , jurulatih pasukan Bola sepak Sekolah.

Beliau juga merupakan Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Staf SK Kuala Tahan bagi sesi 2010 / 2011.

Jumaat, 18 Februari 2011

TAHNIAH - KELAHIRAN BARU

Seluruh warga SK Kuala Tahan merakamkan ucapan Tahniah kepada warga yang menerima cahaya mata baru. Warga SK Kuala Tahan yang bertuah ialah :-

1. Ustaz Zaharuddin dan Isterinya Pn Suhaily . Kelahiran cahaya mata ke tiga. Seorang bayi perempuan. Tarikh kelahiran pada 17 Feb 2011 di Hospital Sultanah Hajah Kalthom , Temerloh.

2.. Pn Norazima bt MD Isa. Kelahiran cahaya mata sulong. Tarikh kelahiran 18 Feb 2011 di Hospital Jerantut , Pahang.

Warga SK Kuala Tahan mengucapkan syukur dan moga kehadiran orang baru akan meningkatkan lagi komitmen terhadap profesion perguruan.

MAULIDUR RASUL 1432H

Tarikh : 18 Feb 2011
Hari : Jumaat
Masa : 8.30 pagi
Tempat : SK Kuala Tahan

Panitia Pendidikan Islam SK Kuala Tahan telah berjaya mengadakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah tahun 1432 H. Matlamat sambutan adalah untuk memperingatkan anak-anak pelajar tentang kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Program pada hari ini bermula seawal pukul 8.30 pagi dengan perarakan pelajar mengelilingi sekitar Kg Kuala Tahan. Perarakan ini dibantu pasukan Polis Pondok Kuala Tahan mengawal lalulintas . Perarakan mengambil masa 30 minit dan diketuai oleh Ustaz Nasaruddin b Ismail.

Pengisian program pada hari ini dimulakan dengan ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Nasaruddin. Ceramah tersebut mengambil masa hampir satu jam. Para pelajar menumpukan perhatian kepada ceramah yang disampaikan.

Majlis penyampaian hadiah dan Anugerah Maulidur Rasul mengakhiri program pada pagi ini. Hadiah juga disampaikan kepada para pemenang pertandingan yang diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul. Tahniah kepada pemenang.

Foto Perarakan Maulidur Rasul

Rabu, 16 Februari 2011

LAWATAN PELAJAR - BRITISH INTERNATIONAL SCHOOL OF VIETNAM

Tarikh : 16 Feb 2011
Hari : Rabu
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Seramai 110 orang pelajar dari British International School of Vietnam telah melakukan lawatan sambil belajar ke SK Kuala Tahan. Rombongan ini diiringi oelah 10 orang guru pengiring. Pelajar tersebut merupakan anak-anak duta yang berkhidmat di Vietham.

Semasa di SK Kuala Tahan , pelajar tersebut telah dipersembahkan beberapa adat dan budaya melayu antaranya adat bersanding , menepung tawar , permainan kompang serta beberapa permainan tradisional melayu antaranya ketinting , sepak raga dan batu seremban.

Pelajar tersebut diberikan peluang bersama mengambil bahagian dalam acara tersebut. Walaupun kekok , namun mereka terap mencubanya. Ini merupakan budaya yang tidak pernah mereka tengok.

Pada petang itu juga , mereka dipersembahkan dengan tarian zapin oleh para pelajar tahap satu. Kesempatan digunakan oleh mereka untuk menyertai pasukan tarian. Sebelum majlis berakir ,mereka telah dijamu dengan kuih tradisional melayu. Pelajar juga berkesempatan menyertai gotong royong mewarna mural bunga raya.

Foto Program British International School

Jumaat, 11 Februari 2011

MAJLIS PERPISAHAN - USTAZAH ASMIDAR BT AWANG



Tarikh : 11 Feb 2011

Hari : Jumaat
Masa : 11.45 - 12.15 tengah hari
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Hari ini , SK Kuala Tahan telah kehilangan seorang lagi warga kerja iaitu Ustazah Asmidar bt Awang , Guru JQAF. Beliau telah berkhidmat lebih dari satu tahun di SK Kuala Tahan. Sebelum ini beliau telah berkhidmat di negeri Sarawak. Walaupun baru setahun berada di SK Kuala Tahan , namun kehadirannya tetap dirasai dalam mendidik anak bangsa.
Badan Kebajikan Guru dan Staf , SK Kuala Tahan telah mengadakan sesi bersama pelajar-pelajar. dalam majlis tersebut , Ustazah Asmidar berkesempatan memberikan pesanan kepada pelajar agar sentiasa menunaikan kewajipan solat dan menghormati guru.
Cikgu Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan berkesempatan menyampaikan hadiah sebagai tanda pengargaan warga SK Kuala Tahan kepada Ustazah Asmidar. Semoga beliau suksess di sekolah baharunya..SK Tanah Rom , Jerantut.

Majlis Perpisahan Ustazah Asmidar

Khamis, 10 Februari 2011

PATAH TUMBUH , HILANG BERGANTI

Norhafizah , Norhani , Azlina , Fauzan dan Firdaus

Tarikh : 09 Februari 2011

Hari : Rabu
Masa : 7.45 -8.15 Pagi
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Patah tumbuh , hilang berganti . Itulah perumpamaan khas ditujukan kepada guru-guru yang akan bertukar ke sekolah lain. Pada tahun lepas , SK Kuala Tahan telah kehilangan enam orang guru , kini seorang guru lagi bertukar. Beliau adalah Ustazah Asmidar bt Awang , Guru JQAF. Beliau akan bertukar ke SK Tanah Rom , Jerantut , Pahang. Ustazah Asmidar telah berkhidmat di SK Kuala Tahan mulai tahun 2010.
Walaupun demilian setiap yang pergi ada penggantinya. SK Kuala Tahan telah menerima lima orang lagi guru baharu lulusan pertama IPGM. Guru tersebut dua orang lelaki dan tiga orang guru perempuan. Berikut adalah senarai guru baharu di SK Kuala Tahan.

1. En Ahmad Fauzan b Azmi
2. En Mohamad Firdaus b MD Yazid
3. Cik Nurhani bt Mohamed Razali
4. Cik Azlina bt Abdul Lateh
5. Cik Hafizah bt Sunario

Selasa, 8 Februari 2011

MOTIVASI - KEMAHIRAN BELAJAR


Guru Besar menyampaikan cenderahati
Cikgu Omar bersama pelajar tahun 6 SKKT
Pelajar khusyuk mendengar ceramah
Ikrar Menjadi Pelajar yang cemerlang

Tarikh : 08 Feb 2011
Hari : Selasa
Masa : 9.00 - 12.00 tengah hari
Tempat : Makmal Komputer , SK Kuala Tahan

Jawatan Kuasa Program Kecemerlangan Tahun 6 telah mengadakan program motivasi kemahiran belajar. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai cara-cara belajar yang betul. Program ceramah pada hari ini dikendalikan oleh En Omar b Abdul Aziz , Guru Kaunselor SMK Temin , Jerantut.
Semasa program ini berlangsung , para pelajar didedahkan dan ditekankan tentang fokus peperiksaan UPSR 2011. Berbagai strategi perlu difikirkan untuk mempelbagaikan kemahiran belajar.
Program yang berlangsung amat menarik perhatian. Pelajar juga diingatkan tentang pengorbanan ibu bapa mendidik dan membesarkan kita. Oleh itu , jangan sesekali menderhaka kepada kedua orang tua kita.

" Orang yang berjaya mempunyai perancangan , orang yang gagal menyediakan alasan "
Blog Widget by LinkWithin