Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Jumaat, 28 Januari 2011

Pelancaran NILAM

Tarikh : 28 Januari 2011
Hari : Jumaat
Masa : 10.45 - 12.15 tengah hari
Tempat : Dewan Gemilang

Jawatan kuasa Program NILAM telah melancarkan program NILAM bagi tahun 2011. Matlamat utama program ini adalah untuk membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan murid.
Majlis bermula dengan ucapan aluan Cikgu Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan. Tuan Guru Besar sempat mengingatkan para pelajar agar terus memupuk semangat minat membaca dan dijadikan budaya. Budaya ini akan memberikan pendedahan kepada pelajat di samping menambah ilmu pengetahuan.
Kemuncak acara ini adalah penyampaian lencana tahap rakan membaca kepada pelajar.Di samping , memperkenalkan hadiah kepada tokoh NILAM untuk tahun ini. YDP PIBG , En Abdullah b Hj Manan memberikan sumbangan sebuah basikal sebagai hadiah galakan di samping dua buah basikal yang ditaja oleh pihak sekolah.

Foto Pelancaran NILAM


Rabu, 26 Januari 2011

Pelancaran Aktiviti Kokurikulum 2011

Tarikh : 26 Januari 2011
Hari : Rabu
Masa : 1.45 - 4.45 petang
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Aktiviti kokurikulum dengan secara rasminya telah dilancarkan bagi sesi 2011. Aktiviti bermula pada jam 1.45 petang dan pembahagian program pada hari tersebut adalah seperti berikut :-

1. Pemilihan AJK Rumah Sukan - 1.45 - 2.45 petang
2. Pemilihan AJK Kelab dan Persatuan - 2.45 - 3.45 petang
3. Pemilihan AJK Sukan dan Permainan - 3.45 - 4.45 petang.

Semua murid hadir kecuali pelajar tahun 1 dan tahun 2

Foto Program Kokurikulum

Selasa, 25 Januari 2011

PROGRAM MENTOR MENTEE

Tarikh : 25 Januari 2011
Hari : Selasa
Masa : 8.00 - 8.45 pagi
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Program Mentor Mentee bagi tahun 2011 untuk pelajar tahun 6 telah dilancarkan dengan rasminya oleh En Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan. Matlamat utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada mentor mendekati mentee dengan membimbing mereka secara individu agar bersedia untuk menghadapi peperiksaan UPSR september nanti.
Semasa ucapan perasmiannya , En Zaino berpesan kepada mentee menggunakan kesempatan yang ada semasa perjumpaan dengan mentor menimba seberapa banyak ilmu dan teknik belajar. Perjumpaan antara mentor dan mentee boleh diadakan seberapa kerap mungkin bergantung kepada mentor itu sendiri.
Majlis penyerahan menntee diadakan setelah selesai perasmian. Seramai 44 orang pelajar dan 28 orang guru terlibat di mana kebanyakannya menerima 2 orang mentee. Perlaksaanaan program ini diharapkan akan membantu meningkatka=an prestasi pelajar tahun 6 dalam peperiksaan UPSR nanti.

Foto Pelancaran Program Mentor Mentee

Khamis, 20 Januari 2011

PERJUMPAAN PENJAGA TAHUN 6 - 01 / 2011

Tarikh : 20 Januari 2011
Hari : Khamis
Masa : 3.00 - 4.45 petang
Tempat : Makmal Komputer , SK Kuala Tahan.

Perjumpaan Penjaga Pelajar Tahun 6 telah diadakan bagi membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun 2011. Perjumpaan ini dihadiri oleh Cikgu Zainol b Shahbudin , Guru Besar , Cikgu Mohd Nadjmudden Mustapa , GPK Kurikulum dan guru-guru tahun 6.
Dalam ucaptamanya , Cikgu Zainol mengingatkan peranan ibu bapa dalam meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak. Ibu bapa harus sentiasa memantau setiap aktiviti anak-anak agar sentiasa fokus dalam pelajaran. Ibu bapa diberikan penjelasan mengenai aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun 2011.
Ibu bapa juga diberi penerangan mengenai TOV dan target yang hendak dicapai pada tahun 2011 nanti. Target ini tidak akan dicapai tanpa usaha dan kerjasama semua pihak.

LAWATAN KERJA YB DR HJ MOHD PUAD B ZARKASHI


YB Dr Hj Mohd Puad sempat beramah mesra dengan warga pendidik

YB Dr Hj Mohd Puad bersama Guru Besar.

Tarikh : 20 Januari 2011

Hari : Khamis
Masa : 7.30 - 8.30 Pagi
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan menerima kunjungan hormat oleh YB Dr Hj Mohd Puad b Zakarshi , Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Beliau diiringi oleh En Yahya b Zainal Abidin , Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Pahang. Rombongan tersebut tiba tepat jam 7.30 pagi.
Ketibaan rombongan disambut paluan kompang pelajar SK Kuala Tahan. YB Dr Hj Mohd Puad Zarkashi sempat beramah mesra bersama ibu bapa dan penjaga pelajar SKKT.
Majlis bermula dengan bacaan doa , seterusnya ucapan aluan oleh En Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan. dalam ucapannya cikgu Zainol sempat mengutarakan masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah antaranya kekurangan rumah guru dan masalah padang sekolah. Walaupun padang telah disiapkan , namum beberapa pembaikan perlu dibuat sebelum dapat digunakan oleh pelajar. Keperluan padang amat penting selaras dengan saranan satu pelajar satu sukan.
YB Dr Hj Mohd Puad b Zakarshi dalam ucapannya menyentuh peranan yang perlu dimainkan oleh pihak dan ibu bapa dalam membentuk pelajar yang cemerlang. Beliau juga sempat menerangkan dasar-dasar baru kerajaan seperti NKRA , SBT , New deal yang mana semua program ini jika diamati dan dilaksanakan akan meningkatkan dan melonjakkan pendidikan ke arah yang lebih baik. Beliau juga memberikan cabaran kepada warga kerja SKKT agar meningkatkan prestasi UPSR 2011 ke tahap yang lebih cemerlang.
Rombongan KPM juga telah dijamu dengan makanan tradisional seperti nasi lemak , kuih cakar ayam , pulut , emping serta sambal hitam juga ikan sungai.Rombongan ini juga dipersembahkan dengan tarian oleh pelajar tahap 1 yang menyajikan tiga buah tarian.
Walaupun lawatan tersebut hanya sebentar , namun ianya sungguh memberikan makna kepada warga SK Kuala Tahan khasnya masyarakat Kuala Tahan amnya.
Warga SKKT mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang hadir di samping sumbangan kuih muih yang pelbagai jenis.

Isnin, 17 Januari 2011

PELANCARAN KELAS KAFA 2011


Aluan Guru Besar dan Penyelaras KAFA
Azan dan penerimaan Amanah KAFA

Tarikh : 17 Januari 2011
Hari : Isnin
Masa : 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Panitia Pendidikan Islam ,SK Kuala Tahan telah melancarkan Kelas KAFA bagi sesi 2011. Matlamat kelas KAFA adalah untuk membentuk insan yang kamil berpandukan ajaran Islam yang syumul. Perlaksanaan kelas KAFA melibatkan pelajar tahun 2 hingga tahun 5. Bagi tahun 1 , kelas KAFA belum diadakan atas kekangan guru KAFA.
Sehingga kini hanya terdapat empat orang guru KAFA sahaja. Perjalanan kelas KAFA akan bermula pada pukul 1.45 petang hingga 4.45 petang. Jadual waktu perjalanan kepas KAFA adalah seperti berikut :-
Pelajar tahun 2 dan 3 Hari Isnin , Selasa dan Rabu ( Tasmiq )
Pelajar tahun 4 dan 5 Hari Khamis dan Jumaat

Semua pelajar yang terlibat dengan kelas KAFA menyambung pengajian sebelah petang dan waktu rehat makanan disediakan oleh Pengusaha Kantin Sekolah.
Dalam ucapan aluannya , Cikgu Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan berharap perjalanan kelas ini akan berjalan seperti yang dirancangkan. Beliau akan memantau perjalanan kelas tersebut.

Selasa, 11 Januari 2011

PERJUMPAAN PENJAGA SKKT 2011

Guru Besar dan GPK 1 sedang memberikan taklimat
Ibu bapa dan penjaga mendengar taklimat

Tarikh : 11 Januari 2011

Hari : Selasa
Masa : 3.15 - 5.30 petang
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Satu program perjumpaan penjaga telah diadakan di SK Kuala Tahan. Matlamat perjumpaan ini adalah untuk memberikan penerangan kepada penjaga mengenai polisi dan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan pelajaran.
Majlis dimulakan dengan taklimat oleh Cikgu Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan. Cikgu Zainol menyentuh bidang berkaitan dengan transformasi pendidikan seperti Prasekolah , NKRA , SBT dan sekolah berprestasi tinggi. Cikgu Nadjmudden, GPK 1 pula memberi taklimat berkaitan dengan bidang kukikulum manakala Cikgu Azhar , GPK HEM membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan HEM seperti bantuan KWAPM , Biasiswa , buku teks dan sebagainya.
Majlis taklimat ini sebenarnya lebih menjuruskan kepada penerangan kelas KAFA yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Kelas KAFA akan dilaksanakan bagi pelajar tahun 2 hingga 4. Sehingga kini SKKT hanya mempunyai 4 orang guru KAFA.
Program taklimat ini amat memberikan manafaat kepada ibu bapa dan penjaga.Sesi dialog antara penjaga dengan pihak pentadbiran dapat merungkai banyak perkara yang berbangkit.
Majlis berakhir pada jam 5.30 petang .

Isnin, 3 Januari 2011

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2011


Hari Pertama Persekolahan sesi 2011

Tarikh : 03 Januari 2011

Hari : Isnin
Tempat : SK Kuala Tahan

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan sesi 2011. Keadaan cuaca pagi ini mendung dan hujan renyai-renyai turun kadang kala. Bagi pelajar tahun 1 hari ini merupakan hari yang bersejarah buat mereka kerana pada hari ini rasmilah mereka sebagai seorang pelajar.
Perhimpunan pagi berjalan lancar walaupan SK Kuala Tahan kekurangan lapan orang tenaga pengajar. Enam orang guru bertukar masih belum ada pengganti manakala dua orang guru cuti bersalin. Kekurangan guru bukan bermakna pelajar terabai , namun kekurangan tersebut digantikan oleh guru-guru yang lain.
Sesi orientasi pelajar tahun satu berjalan lancar. Cuma terdapat seorang pelajar yang menangis pada awal sesi namun kebijaksanaan guru mengatasi masalah tersebut.
Tuan Guru besar , Cikgu Zainol b Shahbudin berkesempatan berjumpa pelajar-pelajar tahun 6 sebagaimana kebiasaannya. Tujuan perjumpaan adalah untuk mengingatkan fokus utama pelajar tahun 6. Pada tengah harinya , beliau juga berkesempatan berjumpa dengan tenaga pengajar tahun enam bagi membincangkan program yang akan dijalankan sepanjang tahun nanti.
** Selamat Kembali Ke Sekolah **

Sabtu, 1 Januari 2011

HARI PENDAFTARAN PELAJAR 2011

 Guru-guru melayani ibu bapa dan penjaga menjelaskan yuran persekolahan

Tarikh : 01 Januari 2011
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 - 11.00 pagi
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

SK Kuala Tahan telah mengadakan Hari Pendaftaran Pelajar bagi sesi 2011. Pendaftaran pelajar ini melibatkan pelajar prasekolah hinggalah pelajar tahun 6. Tujuan diadakan awal Hari Pendaftaran adalah untuk mengelakkan berlakunya suasana kelam kabut bila sekolah mula dibuka pada hari isnin nanti.
Pada hari ini , ibu bapa dan penjaga murid menjelaskan segala bayaran yuran wajib yang dikenakan di samping bayaran PIBG dan bayaran buku tulis. Ibu bapa yang hadir juga berkesempatan mengambil buku teks untuk anak-anak mereka bagi sesi persekolahan 2011.
Kaunter bayaran dibuka sawal 8.00 pagi , namun waktu kemuncak ibu bapa dan penjaga hadir bermula jam 9.00 pagi.
Bagi ibu bapa dan penjaga yang tidak sempat menjelaskan bayaran pada hari ini , mereka akan menjelaskan pada waktu persekolahan. Pada hari isnin nanti pelajar akan mengikuti pembelajaran dan pengajaran seperti biasa dalam kelas masing-masing. Pada waktu yang sama , guru kelas turut mengededarkan jadual waktu kepada semua pelajar yang hadir.
Semoga sesi 2011 , seluruh warga SK Kuala Tahan akan bersama-sama menjana kecemerlangan pendidikan.
Blog Widget by LinkWithin