Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Jumaat, 29 Oktober 2010

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM NILAM

Tarikh : 29 Oktober 2010
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 - 10.30 pagi
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Pusat Sumber Sekolah ( PSS ) SK Kuala Tahan telah menganjurkan majlis penutupan program NILAM bagi sesi 2010. Tujuan program ini adalah untuk memberikan penfiktirafan kepada pelajar-pelajar yang berjaya membaca buku mengikut sasaran yang ditetapkan.
Majlis penutupan disempurnakan oleh En Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan . Yang dipertua PIBG , En Abdullah b Hj Manan turut serta dalam majlis tersebut. Beliau juga berkesempatan untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang engikut katagori.
Program NILAM mendapat kerjasama yang memuaskan dari guru-guru dan murid-murid. Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran yang telah disasarkan pada awal tahun.

Foto Majlis Penutupan Program NILAM

Klik Foto kecil untuk lihat foto seterusnya...

HARI USAHAWAN

Tarikh : 29 Oktober 2010
Hari : Jumaat
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Perkarangan , SK Kuala Tahan

Unit Kokurikulum SK Kuala Tahan telah menganjurkan Hari Usahawan Muda kali kedua bagi tahun 2010. Program ini dilaksanakan pada 29 oktober 2010 bertempat di perkarangan SKKT.
Menurut En Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan ,objektif utama penganjuran Hari Usahawan Muda adalah untuk mendedahkan para pelajar mengenai aktiviti perniagaan di samping pelajar dapat menggunakan kemahiran yang telah mereka pelajari di dalam kelas.
Aktiviti ini melibatkan semua pelajar SKKT. Walaupun demikian , cuma 32 buah gerai sahaja disediakan kepada pelajar. Penyertaan terhad kepada siapa yang mendaftar dahulu. Antara gerai yang beroperasi pada hari tersebut termasuklah gerai makanan dan minuman , alat tulis , sayur-sayuran , perhiasan dan ikan hidup.
Sambutan dari pelajar dan ibu bapa amat menggalakkan. Ibu bapa turut hadir memberikan sokongan kepada anak-anak mereka. Ibu bapa hanya memerhatikan anak-anak mereka melakukan aktiviti jual beli. Mereka tidak dibenarkan membantu anak-anak mereka.
Pada hari itu juga , diadakan peraduan teka berat labu , teka berat Guru Besar dan 3 orang GPK serta teka batang mancis. Peraduan ini menyediakan hadiah berupa hamper yang disumbangkan oleh masyarakat setempat. Peraduan ini juga mendapat sambutan yang amat baik.
Program ini berakhir kira-kira pukul 11.30 pagi , di mana hampir semua barang jualan telah habis dijual. Barang-barang jualan yang terakhir telah dilelong dengan harga yang amat berpatutan. Menurut seorang penjaga yang ditemui , program ini amat baik dan sepatutnya pihak sekolah membuka penyertaan kepada ibu bapa pula.

Foto Sekitar Hari Usahawan Muda

Klik gambar kecil untuk lihat gambar seterusnya...

Rabu, 27 Oktober 2010

BOMBA @ SK Kuala Tahan

Tarikh : 27 Oktober 2010
Hari : Rabu
Masa : 10.00 - 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

SK Kuala Tahan telah berjaya menganjurkan program Keselamatan Kebakaran dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Jerantut. Program ini melibatkan semua warga SK Kuala Tahan. Program ini merupakan julung kali diadakan bagi memberikan pendedahan kepada warga SK Kuala Tahan bagaimana menghadapi situasi kebakaran.
Program ini bermula pukul 10 pagi. Program ini dikendalikan oleh Pegawai Bomba Jerantut iaitu En Osman b Abdul Malek dan En Rafizi. Pelajar-pelajar ditunjukkan tayangan video situasi semasa kebakaran dan juga tunjuk ajar penggunaan alat pemadam kebakaran.
Pelajar juga turut serta dalam demonstrasi pergerakan bila berlaku kebakaran dan cara memadamkan kebakara. Sambutan oleh warga SK Kuala Tahan amat memberangsangkan dan mereka sanggup berpanas demi mendapatkan ilmu yang amat berguna dalam kehidupan seharian.

Foto Program Keselamatan BOMBA Jerantut
Klik foto kecil untuk lihat foto seterusnya

Khamis, 21 Oktober 2010

SK KUALA TAHAN @ SINAR HARIAN

Tarikh : 21 Oktober 2010
Hari : Isnin
Sumber : Sinar Harian

Klik gambar untuk baca berita
Info SK Kuala Tahan

Ahad, 17 Oktober 2010

Perkhemahan Bersepadu Pelajar Tahap 2 2010

Cikgu Zainol sedang memotong riben perasmian

Tarikh : 15 - 17 Oktober 2010
Hari : Jumaat - Ahad
Tempat : Perkarangan SK Kuala Tahan
Perasmi : En Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan.

Unit Kokurikulum SK Kuala Tahan telah berjaya menganjurkan aktiviti Perkhemahan Bersepadu Alam Sekitar . Program ini julung-julung kali diadakan di SK Kuala Tahan. Program ini melibatkan seramai 128 orang pelajar tahap 2 iaitu tahun 4,5,dan 6. Objektif utama program ini adalah untuk memberikan pengalaman kepada pelajar mengenai aktiviti perkhemahan.
Semasa program ini dilangsungkan semua pelajar ditempatkan dalam 16 buah khemah. Para peserta diminta mendirikan sendiri khemah kumpulan mereka. Menurut pelajar yang menyertai program ini , Afiq Najmi Azri 12 tahun , beliau begitu teruja menyertai perkhemahan ini. Ini merupakan pengalaman pertama beliau.
Sepanjang perkhemahan tersebut berbagai aktiviti dilakukan antaranya memasang khemah , ice breaking , kawad , kraf tangan , malam kebudayaan dan ikhtiar hidup.Peserta juga membawa serba sedikit bahan mentah untuk perkhemahan seperti ikan sardin , ikan kering , telur dan bawang.

Foto Aktiviti Ikhtiar Hidup

Sabtu, 16 Oktober 2010

AADK@SK Kuala Tahan

Tarikh : 13 Oktober 2010
Hari : Rabu
Masa : 11.00 - 1.00 petang
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

SK Kuala Tahan telah menganjurkan satu ceramah berkaitaan dengan penyalahgaunaan dadah dan bahaya merokok kepada seluruh wargannya. Ceramah ini pada awalnya khusus untuk pelajar tahun 6 , namun kebaikan ceramah ini membuka ruang kepada pelajar laain turut serta.
Ceramah pada hari ini dimulakan dengan cara penghasilan dadah dari bunga popi dan diproses hingga menjadi pelbagai jenis dadah yang berbeza. Penceramah amat menekankan kepada tabiat buruk merokok yang menjadi pemangkin kepada penagihan dadah.
Pihak AADK Jerantut , turut mengadakan pameran anti dadah. Melalui pameran ini , pelajar dapat maklumat yang terperinci di samping penerangan yang lebih mesra .

Foto Sekitar Program AADK Jerantut

Jumaat, 15 Oktober 2010

Lawatan Kolej Teknikal Singapura

 Antara aktiviti yang dilakukan..


Tarikh  :  05 Oktober 2010
Hari  :  Selasa
Masa  :  8.00 hingga 11.00 pagi
Tempat  :  Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

SK Kuala Tahan menerima kunjungan pelajar dari Kolej Teknikal singapura. Rombongan tersebut seramai 45 orang beserta pengiring. Tujuan utama lawatan tersebut adalah sebagai satu program pertukaran kebudayaan antara pelajar.
Rombongan tersebut tiba si SK Kuala Tahan seawal jam 8.30 pagi dan disambut dengan paluan kompang dari ppelajar SK Kuala Tahan. seterusnya ucapan aluan pengerusi dan diteruskan dengan persembahan silat oleh 3 pelajar . Berikutnya , persembahan Kalam Jamaie dan diikuti persembahan tarian melayu oleh pelajar tahap 1. Sebagai balasan , pelajar Kolej Teknikal mempersembahkan sabuah lagu yang digubah khusus untuk  warga SK Kuala Tahan.
Pada pukul 9.30 pagi , pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan . Pelajar tahap 1 berkumpul di Dewan untuk mendengar persembahan bercerita kisah binatang sementara pelajar tahap 2 terlibat dengan aktiviti abseling menuruni bangunan sekolah. Aktiviti ini khusus dan diawasi oleh jurulatih khas. Ramai pelajar mengambil kesempatan untuk mencuba aktiviti tersebut. Tidak ketinggalan juga guru dan staf.
Sebelum majlis berakhir , pelajar Kolej Teknikal dijamu dengan nasi lemak daun pisang. Selepas itu ,satu sesi bergambar dan bertukar cendera hati diadakan. Semua pelajar yang mengikuti program tersebut amat berpuas hati dan bergembira sepanjang program.

Jumaat, 8 Oktober 2010

ALP - Ceramah Persediaan ke Sekolah Menengah



Tarikh : 08 Oktober 2010
Hari : Jumaat
Masa : 8.45 - 10.45 pagi
Tempat : Makmal Komputer

Jawatankuasa Program Lepas Periksa telah menganjurkan aktiviti ceramah khas untuk pelajar tahun 6. Seramai 52 orang pelajar tahun 6 Al Ghazali dan 6 Al Farabi terlibat. Penceramah diundang khas dari SMK JP SHAS Kuala Tahan iaitu Cik Siti Al Solihah bt Yaacob.
Sesi ceramah dimukalan dengan tayangan video berkaitan dengan peranan anak-anak terhadap ibu bapa. Penceramah banyak memberikan input berkaitan dengan persediaan ke SMK sama ada dari segi jasmani mahupun rohani.
Kebanyakan pelajar apabila berada di sekolah menengah , mereka menjadikan rakan-rakan sebagai rujukan dan peranan ibu bapa semakin dilupakan. Mereka lebih mendengar nasihat rakan daripada nasihat ibu bapa ataupun guru.
Penceramah juga memberikan nasihat agar pelajar-pelajar tidak terpengaruh dengan rakan yang membawa kepada masalah disiplin. Pelajar perempuan lebih cenderung kepada masalah penggunaan telefon bimbit dan masalah berpasangan ( dating ).
Semoga ceramah ini akan memberikan sedikit kesedaran kepada para pelajar dan berusaha untuk menghindari aktiviti yang tidak mendatangkan faedah.
Blog Widget by LinkWithin