Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Rabu, 29 September 2010

AKTIVITI LEPAS PERIKSA

Tarikh : 27 september 2010
Hari : Isnin
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan , SK Kuala Tahan

Satu mesyuarat perancangan aktiviti lepas periksa ( ALP ) peringkat SK Kuala Tahan telah diadakan bagi membincangkan aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh 5 minggu yang akan datang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Cikgu Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan dengan kehadiran semua GPK serta guru-guru tahun 6 dan guru kaunseling.
Mesyuarat ini telah menetapkan aktiviti yang akan dilaksanakan merangkumi aktiviti sukan dan permainan , ceramah motivasi , gotong royong , pengisian rohani dan juga progam lawatan sambil belajar.
Progam sukan dan permainan melibatkan sukan futsal , Badminton dan ping pong. Program Ceramah pula melibatkan aktiviti ceramah persediaan ke Sekolah Menengah , Keselamatan Jalan Raya dan ceramah Kebakaran. Program perkhemahan pula akan melibatkan semua pelajar tahap 2 dan diadakan sekitar kawasan sekolah.
Setiap pagi bermula 7.30 hingga 8.45 program Doa dan Tawakkal mengisi slot yang dirancang. Program ini diketuai oleh Ustaz Nasaruddin Ismail. Program lawatan ke Cameron Highlands melibatkan 36 pelajar dan 4 guru pengiring dan akan diadakan pada 8-10 November 2010.
Semoga program yang telah dirancang akan dilaksanakan seperti mana yang ditetapkan.

SAMBUTAN HARI RAYA 1431H

Tarikh : 25 September 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 - 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

SK Kuala Tahan telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1431. Sambutan Hari RAya ini melibatkan warga SK Kuala Tahah serta tetamu jemputan terdiri daripada ketua-ketua Jabatan di Kuala Tahan. Semua pelajar dan warga SK Kuala Tahan terlibat dalam menjayakan program tersebut.
Pada hari sambutan semua pelajar, guru dan staf berpakaian baju melayu dan berbaju kurung. Suasana ini dimeriahkan lagi dengan persembahan lagu-lagu hari raya oleh guru dan pelajar. Sehari sebelum sambutan , warga SKKT bergotong royong menyediakan juadah hari raya.
Walaupun sambutan pada tahun ini sederhana namun juadah tradisi seperti lemang tidak ketinggalan di samping kuih tradisional.
Pada hari yang sama juga , warga SKKT mengambil kesempatan mengabadikan gambar kenangan hari raya bersama-sama. Sesungguhnya sambutan hari raya kali ini amat bermakna dan meninggalkan seribu kenangan kepada warga SKKT.

Ahad, 19 September 2010

Program Pecutan Akhir Fasa 2

Tarikh  :  16 - 23 September 2010
Hari  :  Khamis - Khamis
Masa  :  8.00 pagi - 10.00 malam
Tempat  :  SK Kuala Tahan

Program kecemerlangan UPSR 2010 diteruskan dengan aktiviti / program Pecutan Akhir. Matlamat program ini adalah untuk mengumpulkan murid di Asrama SK Kuala Tahan. Program ini melibatkan semua pelajar tahun 6. Seramai 44 orang pelajar mendaftarkan diri di Asrama SKKT.
Program ini bermula pada 16 sept di mana ibu bapa menghantar anak -anak mereka ke asrama untuk tempoh seminggu. Pada 17 sept bermula 9.00 hingga 11.45 pagi diadakan program Motivasi Belajar oleh Pakar Motivasi dari SMK Temin iaitu En Omar b Abdul Aziz. Pelajar diberikan suntikan moral menjelang peperiksaan.
Pada 17 sept bermula 7.00 malam diadakan solat Maghrib dan solat hajat bersama penjaga pelajar tahun 6. Kehadiran ibu bapa amat memuaskan dengan juadah yang dibawa dari rumah untuk dinikmati bersama. Program ini diadakan di Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan.
Sepanjang cuti hujung minggu , pelajar diwajibkan hadir ke kelas tambahan yang telah dirancang. Semua pelajar terlibat dalam progran tersebut.
Blog Widget by LinkWithin