Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Khamis, 26 Ogos 2010

TAZKIRAH IHYA RAMADHAN 1431


Ceramah oleh Ustaz Zakaria   Guru Besar bersama guru-guru

Tarikh  :  26 Ogos 2010
Hari  :  Khamis
Masa  :  9.00 - 10.00 pagi
Tempat  :  Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Satu program tazkirah sempena Ihya Ramadhan telah diadakan pada waktu rehat di Dewan Gemilang. Program ini dipengerusikan oleh Al Fadhil Ustaz Nazri b Ahmad , manakala penceramah jemputan adalah Ustaz Zakaria b Omar , GPK Kokrikulum , SK Kuala Tahan.
Program ini melibatkan semua pelajar dari prasekolah hingga pelajar tahun 6 berjumlah 324 orang. Semua guru ,kakitangan sokongan dan swasta turut terlibat. Dalam tazkirahnya Ustaz Zakaria mengingatkan kewajiban mengerjakan solat kerana ramai orang yang berpuasa tetapi tidak solat. Sesungguhnya jika kita tidak mendirikan solat , segala amalan baik tidak akan dihisab. Jadi , ingatan tersebut seharusnya diberi perhatian sewajarnya oleh semua umat islam , khasnya pelajar-pelajar SK Kuala Tahan.
Dalam kesempatan itu juga , penceramah sempat mengingatkan tentang kelebihan beribadah di bulan ramadhan di samping kelebihan 10 malam terakhir ramadhan serta amalan-amalan yang boleh dilakukan untuk memenuhi tuntutan agama.
Semoga tazkirah tersebut sampai ke hati setiap insan yang hadir dalam majlis tersebut.

Jumaat, 20 Ogos 2010

PEPERIKSAAN PKSR 03 / 2010


Tarikh  :  23 hingga 26 Ogos 2010
Hari  :  Isnin hingga Khamis
Masa  :  7.45 - 12.55 tengah hari
Tempat  :  SK Kuala Tahan


* Bagi pelajar tahun 6 , mereka akan menduduki ujian Pra UPSR anjuran PPD Jerantut. Soalan disediakan oleh MGB Daerah Jerantut.
* Waktu rehat dipenuhkan dengan aktiviti Tadarus Al Quran ( Program Ihya Ramadhan )

Jumaat, 13 Ogos 2010

JADUAL PROGRAM IHYA RAMADHAN



Tarikh  :  16 Ogos hingga 03 September
Hari  :  Isnin hingga Khamis
Masa  :  9.45 - 10.45 pagi / 1.15 - 2.15 petang
Tempat  :  Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan


Program Ihya Ramadhan anjuran Panitia Pendidikan Islam akan dilaksanakan bermula 16 Ogos 2010 bersamaan dengan 06 Ramadhan 1431H. Program ini melibatkan pelajar tahun 1 hingga tahun 6. Pengisian program Ihya Ramadhan termasuklah :-

1.  Tadarus Al Quran - 
     Tahap 1 , Tahap 2 dan berkumpulan. Masa Rehat ( 9.45 - 10.45 pagi )
2.  Pertandingan :-
     2.1  Azan
     2.2  Khutbah
     2.3  Tilawah
     2.4  Nasyid
     2.5  Kalam Jamaei
     2.6  Jawi

OBJEKTIF  PROGRAM:-
1. Pelajar dapat menghayati Ramadhan bulan yang penuh keberkatan
2. Mencungkil bakat-bakat pelajar dalam program agama.
3. Mengatasi masalah buta jawi bagi pelajar yang lemah.
4. Menggalakkan persaingan dalam aktiviti sekolah.
5. Mengatasi masalah ketidakhadiran pelajar dalam kelas KAFA.


JADUAL  AKTIVITI

SURAT  PEKELILING  SKKT



Selasa, 10 Ogos 2010

IHYA RAMADHAN

Simbolik penyerahan Program dan Ucapan pelancaran Ihya Ramadhan
Pelajar khusyuk mendengar penerangan dari Ustaz Nazri

Tarikh  :  10 Ogos 2010
Hari  :  Selasa
Masa  :  11.00 - 12.00 tengah hari
Tempat  :  Dewan Gemileng , SK Kuala Tahan

Program Ihya Ramadhan 1431 telah disempurnakan oleh Cikgu Zainol b Shahbuddin , Guru Besar SK Kuala Tahan dalam majlis yang diadakan khusus anjuran Panitia Pendidikan Islam. Dalam ucapannya , cikgu Zainol mengingatkan para pelajar tentang ibadah puasa. Semua pelajar diwajibkan berpuasa kecuali pelajar yang uzua dan sakit. Ibadah ini perlu dilakukan seawal usia persekolahan.
Sepanjang bulan ramadhan nanti pelbagai aacara telah dirancang untuk memenuhi tuntutan ramadhan. Pada waktu rehat akan diisi dengan program Tadarus. Tadarus ini melibatkan pelajar tahap dua dan dibahagiakan kepada beberapa kumpulan mengikut kategori.
Bagi memenuhi waktu kegiatan kokurikulum pula , aktiviti seperti hafazan , bengkel jawi , nasyid ,pertandingan azan ,serta khutbah jumaat. Para pelajar akan berlatih sepanjang waktu aktiviti kokurikulum. Pelajar akan balik pada pukul 2.15 petang. Para pelajar juga akan menunaikan solat zohor berjemaah.
Pertandingan akan diadakan minggu terakhir ramadhan. Semua pelajar dilatih mengikut rumah sukan masing-masing.

SUMBANGAN KOMPUTER

Barisan penerima sumbangan komputer dari BSN
Tetamu sedang memerhatikan demo komputer di PSS
Tarikh  :  07 Ogos 2010
Hari  :  Sabtu
Masa  :  12.00 tengah hari
Tempat  :  Dewan Gemilang dan Pusat Sumber Sekolah.

Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan merupakan sekolah yang bertuah kerana telah dipilih untuk menerima dua unit komputer meja dalam progam BSN Mesra Komuniti yang telah diadakan di SK Kuala Tahan. Sekolah yang lain yang turut menerima satu unit komputer termasuklah SK Merting , SK Chebong , SK Pagi , SK Ulu Tembeling dan SK Bukit Mat Daling.
Kedua-dua unit komputer tersebut telah ditempatkan di PSS SK Kuala Tahan. Pengurus Kanan Unit ICT ,Kuala Lumpur , Pengurus Besar BSN Pahang , Pegawai Khas Menteri Pelajaran dan wakil Pengarah Pelajaran Pahang dan wakil PPD Jerantut turut serta dalam majlis tersebut.

PROGRAM MOTIVASI - ANAK SOLEH



Tarikh  :  07 Ogos 2010
Hari  :  Sabtu
Masa  :  9.00 - 11.00 Pagi
Tempat  :  Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Satu program ceramah motivasi telah diadakan khas bagi ibu bapa dan pelajar-pelajar tahun 5 dan tahun 6. Tajuk ceramah merupakan tajuk yang begitu menarik iaitu Anak soleh. Objektif utama program ini adalah untuk memberikan pengetahuan kepada ibu bapa serta pelajar akan peranan masing-masing dalam membentuk anak solah.
Seramai hampir sembilan puluh orang pelajar terlibat sebagai peserta termasuklah pelajar dari SK Merting , SK Chebong dan SK Kuala Tahan.Sepanjang program tersebut pelbagai kaedah digunakan oleh penceramah untuk menarik perhatian audien. Penggunaan unsur ict dalam persembahan amat memberikan kesan yang mendalam kepada audien. Penceramah merupakan seorang motivator yang didatangkan khas dari Universiti Malaysia Pahang iaitu Ustaz Zuridan b Daud
Dalam sesi ceramahnya , Ustaz menggunakan pendekatan dua hala dan sering menanyakan ibu bapa dan pelajar. Kaedah ini amat berkesan kerana audien sentiasa memberikan perhatian setiap percakapan motivator. Sesungguhnya  , program pada hari tersebut sedikit sebanyak memberikan kesan kepada ibu bapa dan para pelajar.

Isnin, 9 Ogos 2010

BSN Mesra komuniti @ Kuala Tahan

Tarikh  :  07 Ogos 2010
Hari  :  Sabtu
Masa  :  8.00 - 1.00 petang
Tempat  :  Dewan Gemilang

Program BSN Mesra Komuniti @ Kuala Tahan telah diadakan di SK Kuala Tahan. Objektif utama adalah untuk merapatkan BSN bersama rakyat. Antara pengisian program tersebut termasuklah :-

1. Ceramah motivasi khas untuk pelajar tahun 5 dan 6. Antara sekolah yang terbabit termasuklah SK Kuala Tahan, SK Merting dan  SK Chebong. Penceramah didatangkan khas dari UMP , Kuantan
2.  Penyampaian Sijil Galakan Menabung . anugerah dimenangi oleh SK Metodist , Kuantan.
3.  Sumbangan Komputer untuk sekolah-sekolah Lembah tembeling termasuk SK Kuala Tahan , SK Merting , SK Chebong , SK Pagi , SK Ulu Tembeling dan SK Bukit Mat Daling.
Acara kemuncak , tetamu menyempurnakan aktiviti gotong royong mengecat Surau SK Kuala Tahan.

Warga SK Kuala Tahan merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada BSN kerana memilih SK Kuala Tahan sebagai tempat melaksanakan BSN Mesra Komuniti.

Foto BSN @ SK Kuala Tahan

Khamis, 5 Ogos 2010

PESTA BUAH-BUAHAN


Wajah-wajah Ceria SKKT

Tarikh : 05 Ogos 2010
Hari : Khamis
Masa : Waktu Rehat - 9.45 - 10.45 pagi
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan telah menganjurkan Pesta Makan Buah-buahan. Pesta ini melibatkan semua guru , pelajar dan pekerja . Tujuan utama diadakan program ini adalah menyahut seruan makan buah-buahan tempatan.
Setiap warga SK Kuala Tahan dikehendaki membawa sejenis buah-buahan tempatan. Antara buah-buahan yang dibawa oleh warga SKKT termasuklah raja buah Buah Durian , rambutan , manggis , langsat , duku , dokong dan juga betik. Tuan Guru Besar , Cikgu Zainol bermurah hati menyediakan buah durian yang dibawa khas dari Jerantut.
Program makan buaah durian bermula pukul 10.00 pagi. semua warga yang terlibat diagih-agihkan buah-buahan. Walaupun hampir 380 guru dan pelajar terlibat namun buah-buahan yang dibawa masih berbaki. Sesungguhnya pesta yang julung kali diadakan di SK Kuala Tahan ini telah mendapat sambutan yang menggalakan dari warga SK Kuala Tahan

Foto Pesta Makan Buahan

Rabu, 4 Ogos 2010

KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG




Tarikh  :  02 Ogos 2010
Hari  :  Isnin
Tempat  :  SK Kuala Tahan

Sempena menyambut bulan kemerdekaan , SK Kuala Tahan telah melancarkan Kempen Mengibar Jalur Gemilang. Kempen bermula pada 02 Ogos 2010 dan telah dilancarkan dengan rasminya oleh En Zainol b Shahbuddin , Guru Besar SK Kuala Tahan. Kempen ini akan berakhir pada 16 September 2010.Dalam ucapan pelancaran program , Guru Besar mengingatkan para pelajar supaya menyemai sifat patriotik dalam diri pelajar.
Sepanjang kempen ini lebih 50 jalur gemilang telah dikibarkan sepanjang jalan besar menghala ke SK Kuala Tahan. Sepanjang bulan kemerdekaan pelbagai acara telah dirancang bagi memeriahkan suasana. Kibaran jalur gemilang diharapkan menjadi satu tarikan kepada pelancong-pelancong yang datang ke Taman Negara.
Blog Widget by LinkWithin