Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Jumaat, 25 Jun 2010

Majlis Perpisahan PTN 17 - En Mustapa Khalil b Jamaluddin


Tarikh  :  24 Jun 2010
Hari  :  Khamis
Masa  :  12.45 tengah hari
Tempat  :  Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Berpisah lagi.....kali ini warga SK Kuala Tahan kehilangan PTN17 , En Mustapa Khalil yang bertukar kembali ke kampung halaman beliau. Beliau akan bertukar ke SK Gusai , Ulu Tembeling. En Mustapa Khalil mula berkhidmat di SK Kuala Tahan mulai Oktober 2009. Sebelum ini beliau bertugas di SK Kuala Sat , Ulu Tembeling. 
Walaupun tidak lama menaburkan bakti di SK Kuala Tahan namun segala khidmat bakti di sini amatlah dihargai. Semoga pengalaman yang ditimba di SK Kuala Tahan akan dapat membantu beliau untuk menguruskan sekolah di pedalaman Ulu Tembeling.
Seluruh warga SK Kuala Tahan merakamkan jutaan terima kasih kepada En Mustapa Khalil. Semoga suksess di tempat baru.

Rabu, 23 Jun 2010

Perjumpaan Penjaga Tahun 6 kali kedua 2010

Tarikh  :  03 Jun 2010
Hari  :  Khamis
Masa  :  3.00 - 5.00 petang
Tempat  :  Bilik Gerakan , SK Kuala Tahan

Perjumpaan penjaga pelajar tahun 6 kali kedua telah berjaya dilaksanakan. Perjumpaan pada kali ini diadakan di Bilik Gerakan , SK Kuala Tahan. Objektif utama perjumpaan ini adalah untuk memberikan penerangan tentang status perkembangan pelajaran anak-anak. 
Kehadiran pada kali ini amat menggalakan di mana 45/53 penjaga telah hadir. Kehadiran yang memberangsangkan ini menunjukkan komitmen ibu bapa terhadap pelajaran anak-anak. Ibu bapa yang mengambil berat pelajaran anak-anak , akan menjadi pendorong dan motivasi kepada anak-anak mereka.
Program pada petang tersebut dimulakan dengan ucapan aluan GPK 1 , Cikgu Najdmudeen diikuti aluan Cikgu Zainol , Guru Besar SK Kuala Tahan. Dalam ucapan aluannya , Cikgu Zainol mengingatkan ibu bapa agar mengambil berat pendidikan anak-anak. Sekiranya hari ini pelajar gagal , tidak bermakna gagal selamanya mungkin mereka akan lebih berjaya pada masa hadapan.
Guru-guru mata pelajaran membentangkan dapatan daripada peperiksaan Pengesanan JPNP dan langkah yang seterusnya untuk menghadapi peperiksaan UPSR bulan september nanti. Ibu bapa juga turut diberi peluang memberikan pandangan demi kejayaan anak-anak. Majlis tamat pada jam 5.00 petang dan sedikit jamuan diadakan di kantin sekolah.

Sabtu, 19 Jun 2010

MISI

MISI

Memberi Pendidikan Terbaik
Kepada Semua Murid Untuk
Melahirkan Warganegara
Yang Berkualiti Berdasarkan
Falsafah Pendidikan Negara
Ke arah Melahirkan
Generasi Berilmu dan
Berakhlak Mulia

Isnin, 7 Jun 2010

Lawatan sambil Belajar ke Perak

Tarikh  :  06-08 Jun 2010
Hari  :  Ahad - Selasa
Tempat  :  Perak Darul Ridzuan

Badan Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS , SK Kuala Tahan telah menganjurkan lawatan Sambil belajar ke Perak Darul Ridzuan. Seramai 36 orang pengawas sekolah dan pengawas PSS menyertai rombongan tersebut. Lawatan tersebut diiringi  5 orang guru. Pelajar yang menyertai lawatan ini terdiri daripada pelajar taahun 4,5,dan 5 sahaja.
Tujuan lawatan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai kehidupan di Universiti. Pada hari petama lawataan pelajar-pelajar menginap di Kolej Kediaman Aminuddin Baki. Semasa di UPSI , pelajar diberikan ceramah motivasi.
Hari kedua lawatan , pelajar ke Taiping . Di sana mereka akan melawat muzium dan Zoo Taiping.

Khamis, 3 Jun 2010

Majlis Jamuan Perpisahan GPK Koko dan meraikan GPK Koko yang baru


Tarikh  :  26 Mei 2010
Hari  :  Rabu
Masa  :  1.30 petang
Tempat  :  Anjung Dedari , Rainforest Resort , Taman Negara

Badan Kebajikan Guru Dan Staf SK Kuala Tahan telah mengadakan majlis pertukaran GPK Koko , Cikgu Zulzaman b Jamaluddin dan majlis mengalu-alukan kedatangan GPK Koko yang  baru Ustaz Zakaria b Omar ke SK Kuala Tahan.Majlis ini diadakan serentak di Rainforest Resort.
Dalam ucapan terakhirnya  , Cikgu Zulzaman merakamkan jutaan terima kasih kepada warga SKKT kerana menerima beliau sepanjang berada di sini . Banyak pengalaman dikutip dan ikatan silaturahim yang begitu erat telah terjalin. Beliau juga sempat mengingati " Bilik Kesihatan " satu ikon yang amat mengesan di hati.
Sementara itu , dalam ucapan aluan sulungnya Ustaz Zakaria pula menyatakan SKKT hampir sama iklimnya dengan sekolah lama beliau iaitu SK Penjom , Lipis. Beliau berharap akan mendapat kerjasama yang baik daripada seluruh warga SKKT.
Pada majlis yang sama majlis penyerahan tugas diadakan sebagai simbolik pertukaran GPK Kokurikulum.

Rabu, 2 Jun 2010

Hari Guru 2010


Tarikh  :  26 Mei 2010
Hari  :  Rabu
Masa  :  8.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat  :  Dewan Gemilang dan Dataran Kejat SK Kuala Tahan

Sambutan Hari Guru 2010 peringkat SK Kuala Tahan telah diadakan pada 26 Mei yang lalu. Sambutan ini agak lewat kerana ketiadaan Guru Besar yang sedang menghabis pengajiannya di UPSI. Sambutan pada kali agak meriah dan berlangsung salam suasana harmoni.
Majlis pada pagi tersebut dimulakan dengan bacaan perutusan Menteri , KPPM dan Ucapan Guru Besar. Seterusnya majlis memotong kek dan pulut kuning.Seterusnya nyanyian lagu Guru Malaysia dan lagu tema Hari Guru 2010 Kesempatan waktu rehat digunakan oleh para pelajar untuk menyampaikan hadiah kepada guru-guru kesayangan mereka.
Setelah berehat , guru-guru menyertai aktiviti sukan yang dirancang oleh Badan Kebajikan Gur dan Staf. Antara aktiviti sukan yang diadakan termasuklah futsal dan bola jaring. Bagi guru yang mengandung , mereka melakukan aktiviti dalaman iaitu permainan congkak. Dalam masa yang sama , sukaneka boling kelapa diadakan di Dewan Gemilang.
Sesungguhnya , walaupun lewat mengadakan sambutan Hari Guru , namun kemeriahannya tetap terasa dan amat berkesan di hati dan sanubari guru-guru.
Sambutan Hari Guru
Blog Widget by LinkWithin