Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Selasa, 30 Mac 2010

Persiapan Padang - Sukan 2010


Tarikh  :  29 March 2010
Hari  :  Isnin
Masa  :  9.00 - 1.00 tengah hari
Tempat  :  Padang FELCRA Tembeling Tengah

Kejohanan Sukan SK Kuala Tahan akan diadakan pada 04 April 2010 / ahad. Kejohanan pada kali ini akan diadakan di Padang FELCRA Tembeling Tengah buat kali kedua. Ini memandangkan padang SK Kuala Tahan masih dalam proses pembinaan. Seluruh warga kerja lelaki SK Kuala Tahan memgembeling tenaga untuk menyiapkan garisan padang.
Kerjasama yang diberikan oleh guru san staf amat baik dan kerja-kerja yang dilakukan dapat disempurnakan dalam masa yang singkat. Yang berat sama dipikul , yang ringan sama dijinjing . Walaupun keadaan cuaca agak panas namun ini tidak sekali melemahkan semangat guru-guru dan staf.
Kehadiran Guru Besar menyemarakan lagi semangat pekerja. Kehadiran GPK 1 , GPK HEM dan GPK Kokurikulum turut membantu dalam proses menyiapkan padang sekolah.

Majlis Tadarus Al Quran - Zon Tembeling



Tarikh  :  30 March 2010
Hari  :  Selasa
Masa  :  9.00 - 12.00 tengah hari
Tempat  :  SK Kuala Tahan

SK Kuala Tahan sekali lagi diamanahkan menjadi tuan rumah bagi Majlis Tadarus Al Quran peringkat Zon Tembeling.Matlamat utama majlis ini adalah untuk memilih wakil zon ke Majlis Peringkat Daerah yang akan berlangsung pada bulan hadapan. Majlis Tadarus ini terbahagi kepada pertandingan Hafazan , Tilawah Al Quran , Jawi dan bercerita kisah nabi. Pertandingan pada kali ini disertai lima buah sekolah sekitar alur Tembeling termasuklah tuan rumah SK Kuala Tahan , SK Merting , SK Chebong , SK Pasir Durian , dan  SK Kuala Tembeling .
Pertandingan Tilawah diadakan di Dewan Gemilang , Pertandingan Bercerita di Pusat Sumber , Hafazan di Bilik Muzik dan Jawi di kelas tahun 5 Al Ghazali. Sambutan pada kali ini kurang memuaskan kerana sekolah-sekolah di sebelah Ulu Tembeling tidak menghantar wakil.Majlis pada kali ini disertai  seramai 34 orang peserta.
Dalam ucapannya , Guru Besar Cikgu Zainol mengucapkan jutaan terima kasih kepada sekolah-sekolah yang mengambil bahagian dalam pertandingan Tadarus Al Quran peringkat Zon Tembeling. Kehadiran Guru Besar SK Kuala Tembeling , En Ali b Jusoh dan Guru Besar SK Ulu Tembeling , Cikgu Sabri memeriahkan program pada kali ini.
Majlis Penutupan telah dirasmikan oleh Tn Hj Abdul Aziz b Mohd Noor , Penyelia Kanan Pendidikan Islam/Moral , PPD Jerantut.

Selasa, 23 Mac 2010

Padang Sekolah - Menanam Rumput

Tarikh  :  23 March 2010
Hari  :  Selasa
Tempat  :  Padang Baru , SK Kuala Tahan

Kerja-kerja pembinaan padang baru SK Kuala Tahan telah memasuki fasa terakhir. Walaupun lewat dari jadual asal akibat perubahan cuaca , namun hasrat warga SK Kuala Tahan melihat padang baru hampir termakbul setelah hampir satu dekad tidak mempunyai padang. Kerja menanam rumput telah dimulai dan dijangka akan siap dalam tempoh terdekat. Walau bagaimanapun cuaca sekarang agak panas namun hujan yang turun saban petang akan menggalakan pertumbuhan rumput. Anak-anak didik dan warga SK Kuala Tahan tidak sabar menanti.

Khamis, 11 Mac 2010

Peperiksaan PKSR 01

Tarikh  :  09 - 11 March 2010
Hari  :  Selasa - Khamis
Masa  :  7.45 - 12.30 tengah hari
Tempat  :  SK Kuala Tahan

Seramai 327 orang pelajar SK Kuala Tahan sedang menduduki peperiksaan PKSR 01 / 2010. Peperiksaan ini melibatkan pelajar dari tahun 1 hingga pelajar tahun 6. Objektif utama peperiksaan ini adalah untuk menguji kefahaman murid terhadap proses pembelajaranyang telah dilalui.
Peperiksaan ini melibatkan mata pelajaran teras utama seperti Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris , Matematik dan sains di samping mata pelajaran elektif seperti Muzik , Pendidikan Seni , Pendidikan Islam , Kemahiran Hidup ,dan PJK.

Isnin, 8 Mac 2010

Hari Usahawan Muda

Tarikh :  05 March 2010
Hari  :  Jumaat
Masa  :  10.30 - 12.10 tengah hari
Tempat  :  Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Unit Kurikulum SK Kuala Tahan telah menganjurkan Hari Usahawan Muda bagi kali pertama sesi 2010. Objektif utama diadakan Hari Usahawan Muda adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai kaedah perniagaan dan mengaplikasi pembelajaran yang telah dipelajari di dalam kelas. Melalui usaha ini pelajar dapat merancang bagaimana hendak menjalankan perniagaan dan membuat perkiraan untung rugi.
Sebanyak 30 gerai jualan telah beroperasi pada hari tersebut. Gerai jualan termasuklah gerai makanan , sayuran , ikan , alat tulis , aksesori pelajar , minuman dan makanan yang dibungkus.
Majlis perasmian gerai jualan disempurnakan oleh Cikgu Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan. dalam ucapan perasmian , beliau mengingatkan pelajar belajar cara berniaga dengan cara mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari di dalam kelas. Guru Besar sempat membeli belah di gerai jualan lauk-lauk kampung seperti gulai rom ikan lawang , ikan salai dan sebagainya.
Sambutan daripada masyarakat sekitar amat menggalakkan. Ibu bapa turut serta membantu menyediakan barang jualan dan membeli belah barang jualan murid-murid. Program ini akan diadakan lagi memandangkan sambutan yang menggalakan. Majlis berakhir jam 11.30 pagi. Guru-guru dan murid-murid bergotong royong membersihkan gerai jualan .

Jumaat, 5 Mac 2010

Pelancaran Program NILAM


Tarikh  :  05 March 2010
Hari  :  Jumaat
Masa  :  8.00 - 10.00 pagi
Tempat  :  Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan.

Pelancaran program NILAM peringkat SK Kuala Tahan telah dilancarkan dengan rasminya oleh Cikg u Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan. Program NILAM ini merupakan program yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru Besar juga mengingatkan para pelajar menguasai kemahiran membaca pada peringkat awal lagi. Dengan penguasaan ilmu membaca membolehkan pelajar meneroka ilmu yang tidak mempunyai sempadan ini.
Guru Besar melepaaskan seekor burung sebagai simbolik pelancaran. Dalam majlis ini juga , Guru Besar menyampaikan sijil kepada rakan membaca perak dan murid yang paling banyak membaca sehingga bulan march .Majlis ini juga diserikan dengan persembahan murid seperti pantun, choral speking , Iqra al qisah dan koir.
Majlis berakhir dengan nyanyian lagu tema NILAM dan Budaya membaca.

Isnin, 1 Mac 2010

Majlis Tadarus Al Quran - 1431H


Tarikh  :  25 Februari 2010
Hari  :  Khamis
Masa  :  10.30 - 1.15 tengah hari
Tempat  :  Dewan Gemilang ,SK Kuala Tahan

Panitia Pendidikan SK Kuala Tahan telah berjaya menganjurkan Majlis Tadarus Al Quran peringkat sekolah bagi sesi 2010 / 1431H. Objektif utama penganjuran majlis ini adalah untuk memilih wakil sekolah ke pertandingan Tadarus peringkat zon Tembeling yang akan diadakan pada bulan mac nanti.
Majlis Tadarus Al Quran hanya melibatkan peserta di kalangan pelajar tahap 2 sahaja. Seramai 6 orang peserta telah bertanding pada peringkat akhir. Sebelum pertandingan ini pelajar melalui peringkat saringan terlebih dahulu. Peserta terdiri daripada 3 lelaki dan 3 perempuan.
Bagi katagori bercerita pula , seramai 8 orang peserta dipilih untuk kepertandingan akhir. Katagori ini juga melibatkan pelajaar tahap 2.
Majlis Tadarus ini tamat setelah penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Blog Widget by LinkWithin