Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Khamis, 28 Januari 2010

Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah


Ucapan Aluan cikgu Zainol
Ketua Pelajar dan Penolong

Foto Pengawas Sekolah

Tarikh : 27 Januari 2010
Hari : Rabu
Masa : 7.35 pagi
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Majlis penyampaian watikah perlaantikan pengawas Sekolah , SK Kuala Tahan telah disempurnakan oleh Cikgu Zainol b Shahbudin , Guru Besar , SK Kuala Tahan. Dalam ucapan aluannya , beliau mengingatkan semua pengawas yang dilantik perlulah menjalankan tugas yang diamanahkan dengan jujur dan ikhlas. Pengawas merupakan mata dan telinga bagi guru-guru. Beliau juga mengingatkan pengawas perlulah cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum dan menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain.
Dalam majlis itu juga , Adik Mohd Zuhri Zaim b Norhisyam telah dilantik sebagai Ketua Pengawas manakala Adik Tabibah Zainab bt Zulkifli dilantik sebagai penolong Ketua Pengawas.Seramai 47 pelajar telah dilantik menjadi pengawas bermula dari pelajar tahun 2. Pada tahun ini juga , Badan Pengawas telah menukar unifom pengawas dari warna biru ke warna jingga. Semoga pertukaran ini akaan menyuntik semangat kepada semua pengawas dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan.

aksess foto : http://public.fotki.com/skkualatahan2010/watikah-perlantikan/

Selasa, 26 Januari 2010

Vest Kebenaran Keluar Kelas


Guru Besar sedang memakaikan vest kepada wakil kelas

Tarikh : 26 Januari 2010
Hari : Selasa
Masa : 7.40 pagi
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Pelbagai usaha dilakukan untuk mengatasi masalah pelajar keluar kelas semasa belajar. Penggunaan kad keluar kelas digunapakai sejak sekian lama , namun agar sukar mengesan pelajar keluar. Langkah membekalkan baju pantulan cahaya kepada pelajar diharap dapat mengurangkan pelajar keluar tanpa tujuan terutama sekali secara berkumpulan. Dalam ucapannya En Zainol Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan berharap dengan pemakaian vest pantulan cahaya memudahkan guru mengesan pelajar keluar tanpa tujuan. Semoga dengan pemakaian vest ini pelajar kurang berpeleseran tanpa tujuan.

Rabu, 20 Januari 2010

Perjumpaan Penjaga Tahun 6



Tarikh : 14 Januari 2010
Hari : Khamis
Masa : 3.00 petang
Tempat : Makmal Komputer , SKKT

Program perjumpaan penjaga pelajar tahun 6 kali pertama telah berjaya dilaksanakan. Perjumpaan penjaga pada kali ini diadakan lebih awal dan mendapat sambutan yang amat memuaskan. Lebih daripada 95 % kehadiran penjaga. Ini menunjukkan komitmen yang baik dari pihak penjaga untuk kejayaan anak-anak.
Program ini merupakan perjumpaan pertama guru besar , En Zainol b shahbudin bersama penjaga. dalam ucapan aluannya , En Zainol berharap ibu bapa dan penjaga memberikan kerjasama dalam memastikan anak-anak setiap program yang dirancang berjalan lancar.
Sesi pembentangan perancangan program Kecemerlangan UPSR 2010 mendapat maklum balas yang positif dari pihak penjaga. Pada tahun ini SKKT mensasarkan peningkatan dari segi kualiti dan kuantiti.

Selasa, 19 Januari 2010

Selamat Datang - Cikgu Zainol b Shahbudin



Tarikh : 11 Januari 2010
Hari : Isnin
Tempat : Dataran Perhimpunan , SK Kuala Tahan

Patah tumbuh hilang berganti.Tahun baru , Guru Besar baru. Warga SK Kuala Tahan memerima kehadiran Guru Besar baru sempena tahun baru. En Zainol b Shahbudin bertukar dari SK Gintong , Jerantut. En Zainol menggantikan mantan guru besar En Kamaruddin b Ariffin yang ditugaskan ke PPD Cameron Highlands.
En Zainol merupakan bekas pegawai di PPD Jerantut. Sebelum ini beliau bertugas di SK Pu lau Mansok sebelum ke SK Gintong dan sekarang di SK Kuala Tahan.Dalam ucapan aluannya ,beliau mengajak semua warga SK Kuala Tahan bekerjasama dengan beliau untuk kecemerlangan pendidikan SK Kuala Tahan. Beliau amat menekankan kepada kecemerlangan pendidikan dan kerjasama daripada guru , kakitangan , ibu bapa dan masyarakat setempat amat dialu-alukan.
Selamat bertugas kepada Tuan Guru Besar.

Ahad, 17 Januari 2010

Majlis Perpisahan Guru Besar - En Kamarudin

Tarikh : 06 Januari 2010
Hari : Rabu
Masa : 1.30 petang
Tempat : Anjung Abai , Rainforest Resort

Majlis perpisahan Guru Besar , En Kamaruddin b Ariffin telah diadakan oleh Badan Kebajikan Guru dan Staf SK Kuala Tahan. Majlis tersebut telah diadakan di luar sekolah. Walaupun majlis yang serdahana namun ianya tetap memberikan impak terhadap warga SK Kuala Tahan.
En Kamaruddin baru sahaja menjawat jawatan Guru Besar bermula 16 Oktober 2009. Namun atas keperluan pendidikan , beliau telah ditawarkan menjawat jawatan Pegawai Pembangunan di PPD Cameron Highlands. Walaupun tidak sampai tiga bulan di SK Kuala Tahan , namun kemesraan terjalin tetap diingati.
Warga SK Kuala Tahan mengucapkan jutaan terima kasih kepada mantan Guru Besar atas tunjuk ajar yang diberikan kepada kami. Semoga suksess di tempat baru. Patah tumbuh hilang berganti.
.
Bersama pelajar di sekolah dan Badan Kebajikan di Rainforest

Kembali ke Sekolah 2010

Tarikh : 02 Januari 2009
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 - 11.00 pagi
Tempat : Dewan Gemilang

SK Kuala Tahan telah memulakan tahun baru dengan program ibu bapa ke sekolah. Program ini merupakan hari terbuka di mana ibu bapa dan penjaga pelajar datang untuk menjelaskan yuran persekolahan bagi sesi 2010. Tujuan program ini adalah untuk memberikan ruang yang secukupnya bagi ibu bapa dan penjaga menyelesaikan urusan berkaitan dengan anak-anak mereka. Sambutan yang diterima amat menggalakkan di mana lebih daripada 90% ibu bapa hadir.Pada hari tersebut , ibu bapa turut dapat mengenali dengan lebih dekat lagi guru-guru yang bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka.
Blog Widget by LinkWithin