Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Selasa, 18 Ogos 2009

Ujian PKSR 3 /2009

Tarikh : 18 - 20 Ogos 2009
Hari : Isnin hingga Rabu

Aktiviti : Ujian PKSR 03


Pelajar SK Kuala Tahan telah dan sedang menduduki Ujian PKSR 03 /2009. Peperiksaan ini dijalankan serentak seluruh daerah Jerantut. Walau bagaimanapun terdapat segelintir pelajar tidak dapat menduduki peperiksaan ini kerana telah diberikan cuti selama 7 hari akibat simpton jangkitan virus H1N1. Pelajar tersebut seramai 10 orang diberikan cuti hingga 20 Ogos ini. Bagi pelajar yang terlibat , mereka akan dibenarkan menduduki ujian ini setelah mereka hadir semula ke sekolah.
Bagi pelajar tahun enam pula , mereka menduduki ujian PRA UPSR PPD anjuran PPD Jerantut. Walaupun baru sahaja menduduki ujian Percubaan UPSR JPNP , namum semangat mereka tidak pernah menurun. Program pecutan akhir ini diharapkan akan membuahkan hasil yang gemilang kepada pelajar UPSR nanti.
Kepada warga dan pelajar SK Kuala Tahan selamat menduduki peperiksaan dan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.


Pelajar Tahun 6 sedang khusyuk menjawab soalan PKSR 3

Jumaat, 14 Ogos 2009

Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadhan 1430H

Tarikh : 14 Ogos 2009
Hari : Jumaat
Masa : 10.40 pagi
Tempat : Dewan Seri Gemilang , SK Kuala Tahan
Anjuran : Panatia Pendidikan Islam

ATUR CARA

10.40 pagi Murid berkumpul di dewan
10.45 pagi Ucapan Aluan Pengerusi
Alunan Asma ul Husna
Ucapan Perasmian - En Mohamad Zabidi b Abdullah
Taklimat Program Ihya Ramadhan - Ustaz Nadzri b Ahmad
Persembahan Murid
12.10 th Majlis Bersurai


Majlis Perasmian & Simbolik Pelancaran Ihya Ramadhan
Ustaz Nadzri sedang menyampaikan ceramah
Alunan Asma Ul Husna oleh pelajar

Rabu, 12 Ogos 2009

Taklimat Panduan Mengisi Borang SBP

Tarikh : 12 Ogos 2009
Hari : Rabu
Masa : 3.00 - 4.15 petang
Tempat : Makmal Komputer , SK Kuala Tahan
Kehadiran : Penjaga Pelajar Tahun 6

Sekolah Kebangsaaan taklimat Kuala Tahan telah mengadakan program 3 dalam 1 iaitu taklimat keputusan ujian Percubaan UPSR , H1N1 , dan panduan mengisi borang SBP. Ujian percubaan UPSR menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan sama ada dari segi kualiti dan kuantiti. Guru Besar juga berkesempatan memberikan makluman mengenai virus H1N1 kepada penjaga tahun 6. Ibu bapa diminta mengambil langkah yang sewajarnya bagi mengelakkan anak-anak dijangkiti virus H1N1.
Program utama pada petang ini adalah panduan untuk mengisi borang kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh. Setiap pelajar mempunyai peluang berdasarkan kepada ujian Percubaan UPSR. Setiap ibu bapa perlu lebih peka mengenai pendidikan anak-anak.
Kehadiran ibu bapa dan penjaga amat menggalakkan.


Taklimat oleh Guru Besar

Ibu bapa sedang mendengar taklimat


Sinar Harian - Selasa 11 Ogos 2009 - Edisi Pahang

Petikan Akhbar Sinar Harian Edisi pahang
sinar Jerantut
Muka surat 16

Pertandingan Koir - Lagu Patriotik

Tarikh : 12 Ogos 2009
Hari : Rabu
Masa : 10.40 pagi
Tempat : Dewan Seri Gemilang

Atur cara Majlis
10.40 pagi - Peserta mengambil tempat
Bacaan Doa
Ucapan Guru Besar
10.50 pagi - Acara dimulakan.
1. Koir tahun 2
2. Koir tahun 3
3. Koir tahun 4
4. Koir tahun 5
11.40 pagi - Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah kepada pemenang


Majlis Perasmian

Guru turut serta menyanyikan lagu patriotik

Foto Pertandingan Koir Kemerdekaan

Selasa, 11 Ogos 2009

Ceramah H1N1

Tarikh : 11 Ogos 2009
Hari : Selasa

Masa : 10.40 - 11.40 pagi

Tempat : SK Kuala Tahan


Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut dengan kerjasama Poliklinik Kuala Tahan telah mengadakan ceramah mengenai virus H1N1 / selesema babi di Dewan Seri Gemilang , SK Kuala Tahan. Melalui ceramah ini , pelajar didedahkan apakah virus H1N1 , punca dan cara untuk mengatasinya. SK Kuala Tahan terletak di kawasan perlancongan Taman Negara dan dikunjungi pelawat dari serata dunia. Kawasan berhampiran sekolah merupakan laluan yang sering digunakan digunakan oleh pelancong. Ini secara tidak langsung meningkatnya risiko virus tersebat. Walaubagaimanapun , sehingga kini virus ini masih belum menular di Kuala Tahan.
Semua pelajar , guru dan kakitangan sekolah mendengar dengan teliti ceramah yang disampaikan. Pihak sekolah juga telah memberikan peringatan setiap kali perhimpunan sebagai
peringatan berterusan.

Penceramah dari Poliklinik Kuala Tahan

Pelajar dan Guru mendengar ceramah





Foto Ceramah H1N1 dan Program Pergigian

Kesihatan Gigi Pelajar Sekolah

Tarikh : 11 Ogos 2009
Hari : Selasa
Masa : 8.00 - 10.00 pagi
Tempat : SK Kuala Tahan

Satu program Kesihatan Pergigian telah diadakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut. Program ini melibatkan semua pelajar dari tahun 1 hingga ke tahun 6. Melalui program ini semua pelajar didedahkan teknik dan cara memberus gigi yang betul. Jururawat yang bertugas menunjukkan demonstrasi penggunaan berus gigi yang betul.
Program ini juga dilaksanakan bersama pemeriksaan gigi berkelompok.

Foto Sekitar Program Kesihatan

Isnin, 10 Ogos 2009

Pokok Buah-buahan

Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan telah memulakan program Sekolah dalam Kebun .Setiap seorang guru dan staf diminta menyumbangkan sekurang-kurangnya sebatang pokok buah-buahan untuk ditanam. Sehingga kini sambutan yang diterima amat menggalakkan .Sehingga kini semua pokok tersebut telah ditanam dalam satu aktiviti goting-royong menanam pokok tersebut. Di antara pokok tersebut termasuklah mangga , manggis , kedondong , nangka madu , kelapa mawar , dan limau bali. Pokok longan, mangga dan kedondong sehingga kini telah berbuah . Berbudi kepada tanah pasti mendapat hasilnya.


Antara buah yang sedang berbunga

Mangga

Mangga & Manggis

Nangka Madu & Cenerai

Rabu, 5 Ogos 2009

Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Tarikh : 03 Ogos 2009
Hari : Isnin / 8.00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Kuala Tahan


Majlis pelancaran bulan kemerdekaan telah selamat disempurnakan oleh En Mohamad Zabidi b Abdullah , Guru Besar SK Kuala Tahan. Pelancaran ini adalah selaras dengan bulan kemerdekaan peringkat kebangsaan. Tujuan utama sambutan ini diadakan adalah untuk memperingatkan warga SK Kuala Tahan , kini kita berada dalam bulan kemerdekaan iaitu bulan Ogos.
Pelbagai aturcara telah dirancang sempena sambutan ini....

Mengibar Jalur Gemilang

Guru Besar ... tukang buat pancang

Kandid aksi mengibar jalur gemilang..
Bergambar kenangan..


Selasa, 4 Ogos 2009

Soalan Ujian Percubaan UPSR - BM Penulisan

Bahagian A

Bahagian B

Bahagian C
Blog Widget by LinkWithin