Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Isnin, 27 April 2009

Karnival Anugerah Seri Asrama Terbilang 2009


Naib Johan Bola Jaring

Pasukan Bola Sepak




Tarikh : 24 - 26 April 2009
Tempat : SMK JP Sultan Hj Ahmad Shah , Kuala Tahan

Aktiviti

Sekolah Rendah
1. Bola sepak
2. Bola Jaring
3. Pidato

Karnival ASAT 2009 peringkat daerah Jerantut telah berlangsung dengan jayanya. Karnival ASAT bertempat di SMKJPSHAS . Semua sekolah berasrama di Lembah Tembeling menyertainya termasuklah SK Pasir Durian , SK Chebung , SK Merting , SK Kuala Tahan , SK Pagi , SK Kuala Sat , SK Ulu Tembeling dan SK Bukit Mat Daling.
Bagi sekolah rendah , hanya tiga acara terlibat iaitu Bola sepak , Bola Jaring dan Pidato. Acara bola sepak bertempat di Padang Belia Kuala Tahan manakala bola jaring bertempat di Padang FELCRA Tembeling Tengah.
Bagi sekolah rendah , SK Kuala Tahan telah menjadi johan keseluruhan manakala SMK Temin bagi kategori sekolah menengah.
Tujuan utama diadakan kkarnival ASAT adalah untuk memilih wakil daerah Jerantut ke peringkat negeri.

Rabu, 22 April 2009

Program Canadian International School


Adat Persandingan Masyarakat Melayu

Di antara pelajar CIS , Singapura

Pasukan Kompang Sekolah

Pelajar CIS sedang menitis inai

Tarikh : 22 April 2009
Masa : 3.00 - 5. 00 pm

Tempat : Dewan Seri Gemilang , SKKT

Penglibatan : Pelajar CIS - 80 orang

Aktiviti.

Pelajar-pelajar diperkenalkan dan menyertai bersama aktiviti budaya melayu seperti :-

1. Adat bersanding masyarakat melayu

2. Bersilat

3. Menepung tawar
4. Tarian Jong-jong Inai
5. Permainan Batu Seremban
6. Sepak Raga Bulat
7. Kompang

Isnin, 20 April 2009

Santai di Lata Berkoh dan Santuari Kelah

Tarikh : 18 April
Masa : 9.00 - 1.00 petang
Tempat : Lata Berkoh dan Santuari Kelah , Lubuk Tenor
Kehadiran : 40 dewasa dan 38 kanak-kanak
Aktiviti
i . Mandi manda
ii . Bakar ayam
iii. Makan-makan
iv . Beri makan ikan kelah


Badan Kebajikan Guru dan Staf SK Kuala Tahan telah berjaya menganjurkan Hari Keluarga peringkat sekolah di Lata Berkoh dan santuari Kelah , Lubuk Tenor. Sambutan ahli amat menggalakkan di mana haampir 2/3 ahli turut serta. Pada hari tersebut , Ustaz Azmi Khalid mantan GPK Ko Kurikulum SKKT turut hadir memeriahkan suasana.
Perjalanan pada pagi tersebut bermula pada pukul 9.00 pagi. Sebanyak 12 buah bot digunakan uuntuk membawa warga SKKT ke lokasi perkelahan. Perjalanan mengambil masa kira-kira 40 minit.
Setibanya di Lata Berkoh aktiviti utama dilakukan termasuklah mandi manda di sungai Tahan yang terkenal dengan kejernihan airnya. Pelbagai aksi maaut dilakukan oleh stunt taak bertauliah. Kaum bapa tidak ketinggalan membakar ayam manakala kum ibu menyediakan hidangan.
Masa berlalu dengan amat pantas , pada pukul 12.00 tengah hari , seluruh warga SKKT bergerak menghilir ke Lubuk Tenor untuk aktiviti memberi makan ikan kelah. Rata-rata warga SKKT melahirkan kegembiraan dengan aktiviti yang dilakukan.
Ucapan jutaan terima kasih juga kepada pihak Jabatan PERHILITAN , Persatuan Bot Pelancong Kuala Tahan dan Golden Masheer , Santuari Kelah atas sumbangan dan sokongan menjayakan program tersebut.

Untuk mengaksess foto sila ke pautan foto 2009











Rabu, 15 April 2009

Piagam Pelanggan

Sabtu, 11 April 2009

Hari Bahasa Melayu


Guru Besar bergambar bersama pemenang.





Hari Bahasa Melayu peringkat sekolah telah berjaya dilaksanakan. Program ini dianjurkan oleh Panatia Bahasa Melayu dan Pusat Sumber Sekolah. Program ini melibatkan beberapa aktiviti antaranya pertandingan pantun , deklamasi sajak dan bercerita. Peserta pertandingan terdiri daripada pelajar tahap 1 dan 2.
Pertandingan pantun tahap 1 melibatkan seramai 15 orang pelajar. manakala pertandingan deklamasi sajak melibatkan seramai 12 pelajar tahap 1 dan 9 pelajar tahap 2. Tema pantun masa danbumi.
Pertandingan bercerita melibatkan pelajar tahap 1 dan 2. Jumlah peserta s pertandingan bercerita tahap 1 seramai 8 orang manakala tahap 2 seramai 15 orang.
Menurut Pn Hazlinda Mohd Tahan , ketua Panatia Bahasa Melayu , program Hari Bahasa ini merupakan menifestasi pelajaran yang diajar di dalam kelas. Di samping itu , program ini juga dapat mencungkil bakat di kalangan pelajar.
En Mohamad Zabidi b Abdullah , Guru Besar SK Kuala Tahan berharap program yang demikian dapat diadakan dengan lebih kerap sebagai satu usaha sokongan kepada pembelajaran di kelas.
Program Minggu Bahasa ini berakhir pada pukul 12 tengah hari.

Majlis Hafazan Peringkat Prasekolah dan Tadika





Majlis Hafazan Al Quran peringkat Prasekolah dan Tadika telah selamat dilaksanakan. Majlis tersebut merupakan anjuran bersama SK Kuala Tahan dan Tadika Kemas Kuala Tahan. Tema majlis " melentur buluh biarlah dari rebungnya"
Sambutan daripada ibu bapa dan penjaga amat menggalakkan walaupun hujan turun dengan begitu lebat sebelum majlis bermula. Dalam ucapan aluannya , Ustaz Mohd Khaidzir , Pengerusi Tadika Kuala Tahan berharap majlis ini menjadi satu platfom ke arah membentuk masyarakat berilmu bermula dari peringkat awal lagi.
Dua kategori pertandingan hafazan dipertandingkan iaitu untuk pelajar berumur 5 tahun dan 6 tahun. Ceramah motivasi untuk ibu bapa turut diadakan. Ceramah Ustaz Zulfaker begitu menarik perhatian hadirin.

Jumaat, 10 April 2009

Foto Majlis Perpisahan GPK


Baru nak mesra sudah berpisah..

pelukan sayang seorang sahabat


GPK bersama webmaster
Sebahagiaan guru lelaki dan staf

Sekeping gambar membawa seribu tafsiran

Khamis, 9 April 2009

Majlis Perpisahan GPK 1 dan GPK Ko Kurikulum


Raut wajah tersenyum , di hati siapa yang tahu...

Menerima cenderahati daripada Guru Besar

Menerima cenderahati daripada Guru Besar

Ustaz Azmi b Khalid
GPK Ko Kurikulum

En Sakri b Muda
GPK Pentadbiran

Majlis perpisahan bagi GPK 1 En Sakri Muda dan GPK Ko Kurikulum selamat dilaksanakan. En Sakri Muda dengan rasminya bertukar ke SK Jabor , Kuantan sebagai GPK Pentadbiran berkuatkuasa 01 April 2009. Manakala Ustaz Azmi Khalid pula bertukar ke PPD Raub sebagai Penyelia Agama.
En Sakri Muda mula bertugas di SK Kuala Tahan pada Oktober 2008. Sebelum ini beliau bertugas di SK Jaya Gading , Kuantan. Ustaz Azmi pula baru sahaja kembali dari Sawawak pada bulan Januari 2009. Pertukaran beliau secara rasminya pada 01 Mac 2009.
Warga SK Kuala Tahan merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan bakti selama berada di sini. Walaupun baru sahaja di sini , namun keakraban terasa. Kehadiran kedua-dua GPK ini dapat dirasai namun kehilangannya terasa. Masih banyak ruang namun apakan daya , khidmat mereka lebih diperlukan di tempat lain. Patah tumbuh hilang berganti.
Semoga suksess di tempat baru , tempat jatuh lagi dikenang.

Lawatan KS Unit Kualiti JPNP






SK Kuala Tahan berbesar hati menerima lawatan KS Unit Kualiti JPNP diketuai oleh Tn Hj Sudar pada hari selasa yang lalu ( 07 April 2009 ). Turut serta mengiringi lawatan ini Pegawai dari Pejabat Pelajaran Jerantut diketuai En Rosli Mubin , En Jamal Nasir , Ustaz Wahab dan En Suhaimi.
Lawatan ini membuka peluang kepada guru SK Kuala Tahan berinteraksi terutama sekali berkenaan dengan kurikulum khasnya bagi pelajar tahun 6. En Mohamad Zabidi dalam taklimatnya sempat membentangkan keputusan PKSR 1 .
Lawatan ini , walaupun hanya seketika , namun banyak input-input yang berguna dapat disampaikan untuk kemajuan pendidikan di SK Kuala Tahan.

Selasa, 7 April 2009

Kunjungan Muhibah ke SMKJP SHAS , Kuala Tahan

Dua GPK bakal meninggalkan SKKT..
Kalau ada sumur di ladang
Boleh kami menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Guru Besar bersama GPK Ko Kurikulum

GPK HEM bersama Pengetua SMKJPSHAS

Kunjungan hormat barisan pentadbiran SK Kuala Tahan ke SMKJPSHAS diketuai oleh En Mohamad Zabidi b ABdullah , Guru Besar dan turut serta bEn Sakri Muda , GPK Pentadbiran , Ustaz sabarno b Husin , GPK HEM dan Ustaz Azmi b Khalid , GPK Ko Kurikulum. Pengetua SMKJPSHAS En Rosdin b Rahmat berbesar hati menerima kunjungan tersebut.
Blog Widget by LinkWithin